Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Politik

Panas: Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-8

Perdana Menteri Malaysia Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke-8? Ini adalah isu yang panas sekarang. Ramai yang mahu tahu siapakah yang bakal diangkat sebagai orang paling berpengaruh di negara bertuah ini. Debaran semakin terasa apabila Yang Dipertuan Agong, akan menemubual kesemua ahli Parlimen untuk mendapatkan pendapat mereka. Desas-desus menyatakan beberapa orang tokoh politik yang lain juga turut tersebar. Para penyokong politik juga turut rancak meneka dan mahukan pemimpin mereka naik sebagai perdana menteri. Manakala Perdana Menteri Malaysia interim (sementara) adalah Tun Dr. Mahathir Mohamed yang merupakan Perdana Menteri Ke-7 dan ke-4. Adakah kali ini beliau sekali lagi dipilih sebagai Perdana Menteri? Mari kita sama-sama saksikan sejarah Malaysia ini.  Terima kasih singgah sini

Perutusan Khas Perdana Menteri Tentang Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara 2015 Pasca Banjir

PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI TENTANG PERKEMBANGAN EKONOMI SEMASA DAN KEDUDUKAN KEWANGAN NEGARA Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri YB Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah Menteri Kewangan Kedua YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian, Mukadimah 1. Pertama-tamanya, marilah kita mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini. Begitulah ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 2. Dalam Majlis ini, kita berhimpun bersama-sama, sebahagian pimpinan dan para pentadbir, penjawat awam, ketua-ketua industri dan orang-orang korporat, wakil-wakil kedutaan, golongan NGO dan para sukarelawan. Seterusnya, yang dikasihi seluruh rakyat Malaysia, sama ada yang di dalam dewan, atau yang

Open Tracker