Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Persahabatan

Korang Ada Kawan Baik BFF Tak

Aku mempunyai bffs dan aku sayang mereka. Aku nak cari lagi kawan baik. Bukan tak cukup, bukan tamak. Tapi best bila ada ramai sahabat. Aku bersyukur sangat, semasa aku susah, ramai kawan kawan muncul. Bagi nasihat, bagi sokongan. Itu lah gunanya sahabat. Dan seorang bff aku sentiasa di hati.. *kau lah selalu, selalu di sisiku, menemaniku, pahit manis hidupku* Korang ada bff, sahabat, teman tapi mesra, kawan baik, kawan rapat, best friend, best friend forever bff tak? Maaf, entri pendek. Entri panjang penuh bermakna yang dah siap taip, hilang ditelan macam tu je. Penat tau menaip pakai hp biasa sahaja, bukan qwerty. Entri ini ditaip pada 18 Jan 2013, pada masa itu pakai hp Nokia sahaja yang berkey-pad biasa, buka qwerty seperti papan kekunci komputer. Tahu-tahulah nak taip pakai hp biasa tu. Lambat, tau.

Doa Orang Teraniaya Itu Betul-betul Makbul, Kisah Benar Dari Penulis Blog Sendiri

Doa orang teraniaya itu betul-betul makbul, kisah benar dari penulis blog sendiri. Kisahnya memang benar-benar berlaku. Nyata. Realiti, tau. Sha teringat mengenai kisah benar dua orang kawan Sha ni. Diorang tu sepasang suami isteri. Sorang tu kawan Sha, seorang lagi bos Sha. Okay, kita letak nama. Suaminya Din adalah kawan Sha. Isterinya, Kak Nor pula merupakan bos dan boleh kata kawan juga la, sebab jarak umur kami cuma setahun tapi kami boleh berborak macam kawan. Kebetulan kawan Sha, Aida juga kawan Kak Nor. Diorang sama batch. Aida juga kenal dengan si Din, juga sama batch.  Kisahnya, pada Sha betul-betul buat Sha terkejut gila-gila. Tapi tu la, kan.. Allah itu ada. Dia Maha Melihat dan tidak pernah tidur. Bukan kawan Sha yang teraniaya tapi mereka yang menyaniaya orang lain. Terkejut Sha dengar macam tu. Ye la, kawan sendiri dan Sha pernah bekerja dengan mereka. Sha kenal mereka. Tak sangka mereka sanggup buat begitu. Tapi, biasalah kan kalau orang yang berbisnes

Kisah Tazzabarnya Aku Nak Balik Ke Kampung Berhari Raya, Meriahnya

Inilah barang-barang aku yang tengah tunggu masa nak pack dalam beg Ya Rabbi, tazzabarnya (tak sabarnya) nak balik kampung untuk berhari raya. Hari ni, tak ramai orang kat pejabat. Jalan pun sudah sedikit lenggang. Tambahan pula, radio terus-menerus menyiarkan lagu raya. Oh, kampungku tunggu aku. Aku akan ke sana malam nanti. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam tetapi bila nak balik raya macam ni, pastilah sesak ( jammed ), maka akan bertambah lagi jadi semua 7 jam. Dari Puduraya (nama baru: Pudu Sentral), Kuala Lumpur ke Alor Setar. See,  awal betul sepupu aku ni tanya bila nak balik raya. Dia tengah berpantang melahirkan anak sulungnya. Paling tak boleh sabar bila adik sepupu dari awal-awal lagi tanya bila nak balik beraya (sila rujuk gambar). Pastinya dia pun tak sabar nak jumpa. Kami membesar bersama. Oh, kenangan. Indahnya zaman kanak-kanak tak kan boleh terulang. Oh, sangat merindui zaman itu. Jalan bertanah merah, mandi parit, berkelah, main dangau (pondok-pondok

Lapan Remaja Disedut Pasir Jerlus di Johor, Kisah Persahabatan Sejati

8 DISEDUT PASIR JERLUS Satu demi satu ‘ditelan sungai’ Segamat: “Ya Allah... Zikri... Ayoi... tolong aku.” Itu ungkapan terakhir mangsa pertama tragedi lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap, dekat sini, yang mengorbankan tiga remaja manakala lima lagi rakan mereka masih hilang, semalam. Dalam kejadian jam 8.50 pagi itu, Mohd Hafizuddin Kamal, 16, yang berjalan di kawasan berpasir di sungai itu bersama 11 rakannya, tiba-tiba tergelincir ke dalam sungai itu sebelum tujuh rakannya yang cuba membantu turut hilang. Sehingga jam 11 malam tadi, tiga mayat ditemui iaitu Mohd Hafizul Daniel Norhashim, Mohd Zikri Zaidi dan Naz-rul Aminuddin. Ketiga-tiga mayat itu ditemui dasar sungai berhampiran satu sama lain. Daripada lapan remaja berkenaan, dua daripada mereka adalah adik beradik, iaitu Mohd Zikri dan abangnya, Mohd Zaki. Empat lagi rakan mangsa, Mohd Shahrul Abd Halim, 14; Mohd Amerul Shah Ammar, 14; Hafizuddin Zamri, 15; Norshafila A

Pesta Penang 2013 Best dan Meriah

Ada sesiapa yang berhajat nak ke Pesta Penang? Pergilah. Aku sendiri telah sampai ke sana. Tak sangka juga keinginan untuk ke sana termakbul. Aku ke sana pada 29 Disember 2013. Balik kerja, Isha budak rumah ajak keluar. Aku yang kebetulan tak kerja pada keesokan harinya aku cuti. Sekali Isha cakap nak ke Pesta Penang. Pucuk dicita, ulam mendatang! Aku pergi berempat orang. Aku, Adda, Isha dan Ashraf. Tempatnya sebelah dengan Stesyen Bas Sungai Nibong, Pulau Pinang. Kalau tak tahu jalan nak ke Tapak Pesta Pulau Pinang, senang saja. Korang ambil jambatan Pulau Pinang (Penang Bridge) dan lalu ke depan USM, Gelugor. Jumpa lampu trafik, buat U turn, lepas tu terus sahaja sampai jumpa. Kat tapak pesta dikenakan bayaran masuk RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Tapi, aku dan kawan-kawan pergi tu masa dah dekat pukul satu pagi, sebab tutup pukul satu, dah tak de sapa nak jaga untuk caj kami masuk. Mainan pun last je diorang nak habiskan minit-minit terakhir. Aku terk

Tips Penjagaan Mata Tanpa Naik Power Cermin Mata

Cermin mata yang membantu anda yang rabun melihat dengan lebih jelas. Al-kisahnya, pada 23 Disember 2013, aku pergi buat cermin  mata baru Dr: Mcmna jaga mata? Aku: Er, ntah. Sepanjang tiga tahun ni, lagi banyak guna lappy siang malam mengadap je (membangunkan blog selama setahun dan menonton Korean Drama). DR HAIRAN MACAM MANA AKU BOLEH JAGA MATA. Sebab si budak kaca mata, power akan naik jugak. Tapi mata aku maintain dengan power lama. Alhamdu lillah.. Tips aku pentingkan: -Tak buat kerja dalam lampu samar-samar. -Buat kerja dalam cahaya yang cukup. Tengok tv atau mengadap lappy pun, lampu kalimantang tetap kena buka. Ada kawanku p0wer mata dah naik sebab suka teng0k tv dalam gelap dan tengok tv deka-dekat. Rugi duit dia, bru saja terbang beratus-ratus batua spek. Ni power naik lagi.. Kena buat spek lagi. Haish! -Tidur dengan lampu tertutup. Kalau lampu terbuka boleh menambah power cermin mata anda. -Penggambilan ulam-ulaman dan sayur-sayuran. Buah-buahan aku am

Tangisan Melimpah Seperti Bendang pun Tak Guna

Assalamualaikum. Aku nak bagi tazkirah sikit. Ceduk dari senior aku masa sekolah dulu. Dia baru kehilangan ayahanda tercinta. " Tiada yg kekal didunia ini..Sesungguhnya Allah maha kuasa..titisan air mata yg melimpah seperti bendang takkan mampu menghidupkan semula org yg kita syg..sayangilah ibubapa kamu semua sementara mereka masih ada"    Beliau adalah Leman Raja Lawak  Kami satu sekolah. Dia peramah dan lucu orangnya. Suka menghiburkan orang. Beza umur kami lima tahun tapi kami pernah beberapa kali terlibat dalam perkhemahan Kelab Kembara dan Rekreasi. Best sangat. Kenangan oh kenangan. Indahnya. Sayangnya gambar tak ada. Entah di mana gambar.   Dah lama tak menulis ni, jadi balik la tak tau nak tulis apa. Lama duk fikir. Bila tak buka blog, idea mencurah-curah datang. Haish!

Pilih Kawan Pada Pakaian

Assalamualaikum. Ini adalah kisah seorang teman aku. Tak berapa rapat kerana baru beberapa kali bertemu. Nama dia? Er, terlupa plak. Tak apa la, kita letak nama lain. Nama Alif. Dia ni orang miskin. Dia duduk dengan.. er, dia duduk sorang. Ibu bapanya telah meninggal dunia. Dia anak yatim piatu. Dulu dia duk dengan abang dia. Sekarang ni, dia buat blok kat belakang rumah yang abang dia huni. Mungkin itu adalah rumah pusaka mereka. Ye la, nak duduk sekali mungkin isteri abang dia tak selesa. Ye la, kalau aku pun tak nak la ada orang menumpang. Bukan apa, nanti jadi masalah lain. Better duduk rumah sendiri daripada duk rumah orang. Kecik-kecik pun, rumah kita. Bersih ke berselerak ke, rumah kita. Tak ada sape nak kisah kan sangat. Kira dia hidup sendirilah. Makan minum pakai semuanya sendiri. Kadang-kala kesian juga kat dia. Tapi apa yang boleh dibuatkan. Dia ada kawan, nama dia (ubah sikit ye, Hanif). Hanif ni boleh kata anak orang berada juga la. Diorang ni rapat. Hanif ada teman wan

Buat Duit Internet, Boleh Dapat Ke

Assalamualaikum. Buat duit dengan internet? Boleh. Ada kawan-kawanku buat duit beribu-ribu dengan internet. Diorang main Churp-churp. Kawan yang buat duit dengan Nuffnang baru ada beratus-ratus. Aku ada la sikit, setakat seratus lebih. Kira ok la kan, siapa nak bagi duit macam tu free je kan? Hajat nak buat duit dengan internet memanglah tinggi tapi nampaknya blog pun tak la banyak sangat trafik. Nak apply dengan syarikat yang besar-besar, jangan haraplah. Tapi Bro Framestone ada cakap blog bangsa lain walau dengan blog yang ada follower berapa kerat dan trafik pun tak tinggi tapi boleh dapat duit poket beratus-ratus sebulan. Sampai bila nak tulis blog dengan percuma? Iya, memang mahu dapat side income dengan blog tapi tak tahu cara. 1. Churp-churp Kalau korang nak join, klik sini:  churp-churp Churp-churp ni dikira bila korang kongsi iklan dan diklik. Kongsi pada facebook, twitter, myspace, blog, web dan sebagainya. 2. Nuffnang Apa yang aku tahu, korang mestilah mempun

Dah Putus, Kena Pukul Sampai Cacat

Assalamualaikum. Aku nak sambung cerita yang dulu, pasal kawan aku yang kaki sentap tu. Boleh klik sini untuk membaca ceritanya, sebab ini adalah sambungannya. Dah la si perempuan itu menolak lamaran yang bakal dihantar oleh si lelaki, dia boleh pula upah gangster suruh pukul mamat tu. Sampai masuk hospital. Aku memang terkejutlah. Ingatkan masuk hospital sebab frust tapi sebab lain. Sebab kena pukul. Lagilah aku terkejut. Lebih mengejutkan, si gadis pujaan hati itu yang rancang semua ini. Ok, kira dah tak mahu dengan lelaki yang ikhlas nak kahwin dengan dia, upah gangster suruh pukul. Kalau pukul sikit-sikit tak apa lah. Tapi teruk juga la siap masuk hospital, bukan sehari dua,  lama juga. Pula tu sekarang ni si lelaki tu (kawan aku) mengadu dia bakal buta sebab hentakan yang kuat di bahagian mukanya. Aku kasihan dan bersimpati dengan dia. Sudahlah ditolak keinginan hati yang suci murni nak bina masjid, dipukul pula, akan cacat lagi. Aku tak dapat nak bayangkan kalau aku terima

Sahabat itu Ibarat Bintang Yang Jauh

Sahabat itu ibarat bintang walau jauh ia tetap bercahaya Aku rindukan sahabat-sahabatku..  Korang ada sahabat tak?

Pilih Kawan atau Memilih Kawan

Assalamualaikum. Perlu ke kita pilih kawan atau kita memilih untuk berkawan? Aku akan pilih kawan tapi aku tak memilih untuk berkawan. Erk, apakah? Tak faham? Macam ni, aku tak kisah nak berkawan dengan sesiapa pun. Baik ke, buruk ke, warak ke dajal ke aku tak kisah nak berkawan. Itu membuktikan aku bukan jenis memilih untuk berkawan. Memilih untuk berkawan tu maksudnya dia akan tengok dulu, perhati, kaji orang tu macam mana, baru akan berkawan. Contohnya, dia hanya pilih kawan yang kaya-kaya, cantik-cantik dan pandai je. Kita yang kurang ni, tak layak la jadi kawan dia. Masa sekolah dulu selalu ada jumpa kawan macam ni. Aku pula sekarang ni, kalau nak jadi kawan aku, aku agak memilih. Tapi bukan bermakna aku tengok dia dari segi harta, muka dan status. Aku hanya akan terima dia jadi kawan aku bila akhlak dia okay, pass. Aku tak kisah dia nak jahat ke apa ke. Yang penting hati dia baik dengan aku. Tak de cakap bukan-bukan. Aku tak kisah kalau nak merapu sebab aku pun memang

Pendengar Setia yang Awesome

Assalamualaikum. Aku ada ramai kawan tak kira kat luar atau kawan yang kenal kat dunia maya. Erk, macam mana nak mulakan cerita ni? Korang jangan cakap atau fikir apa-apa tau. Aku bukannya nak bangga diri ke apa, aku cuma nak kongsi cerita sahaja. Aku pun tak tau apakah aku ni ada bakat jadi kaunsellor tak terlatih atau boleh jadi motivator. Hahaha, mula la nak berangan. Kalau ada kawan-kawan aku ada masalah diorang akan cari aku. Nampak malu-malu je nak kongsikan masalah mereka tu tapi kalau dah duk like-like je apa je yang ada dalam wall aku tu, nampak sangat la nak aku yang tanya-tanya dulu. Adei, manja betul kan kawan aku ni? Nasib baik la aku ni pakar bab ni. Bukan seorang dua dapatkah khidmat aku selama ini. Aku akan nasihat elok-elok. Kena juga fahami hati dan perasaan orang lain kan. Put you in their shoes. Kalau lelaki, jangan mengada nak bagi pendapat tanpa mereka minta. Kadang-kadang, diorang nak kita dengar masalah mereka sahaja tanpa perlu kata apa-apa. Bukan

Awesome Lor, Suka sangat

Assalamualaikum. Cari idea Entah bagaimana harus aku mulakan entri ini. Semua yang berada dalam kepala aku ni ada dua je temanya. Tapi tak boleh nak keluarkan apa-apa lagi memandangkan ada isu tengah hot. Kang meletup lagi Gunung Kalimanjaro kat Indonesia tu. Hahaha~ Kita kasi sejuk dulu la.. Kita minum dulu. Hehe~ Aku duk cari idea tapi masih tak jumpa-jumpa lagi nak buat entri baru. Tips tak ada idea nak buat entri (Ini perkara biasa bagi seseorang blogger. Jangan nafikan). Ideanya telah aku buat untuk entri autopublish pun untuk tiga hari yang akan datang. Best juga entri-entri tu, maka janganlah korang ketinggalan untuk singgah di sini lagi pada  3,4,5 hari bulan April ya. Sedikit promosi di situ. Masalah bertimpa Sekarang ni, aku menghadapi ujian. Agak besar. Bertimpa-timpa juga la. Kadang-kala rasa tak sanggup juga tapi kadang-kadang rasa nak tergelak pula bila fikirkan. Hahaha~ Apa-apa je la, kan? Janji aku tetap tabah dan kuat sambil tersenyum dalam mendepani hidup

Simsimi Applikasi Bual yang Super Cool

Assalamualaikum. Korang tahu tak, ada benda yang best rupanya. Aku terlepas pandang apa itu Clever Robot . Pernah dengar tapi tak pernah main. Ingatkan macam ym je. Hehe, geeknya aku~ Kemudian, aku jumpa Simsimi ni. Best. Buat aku tergelak sorang-sorang. Best kot main ni. Sangat best. Lagipun ia belajar 10 juta perkataan. Yang bestnya, lain aku tanya lain yang dia jawab. Kadang-kadang lair jauh tapi kadang-kadang okay je dia jawab. Haha, lepas ni tak perlu la sangat kawan aku yang mereng-mereng lagi sebab aku dah jumpa cinta hati. Haha~ Tak la, kawan aku tetap aku sayang. Diorang bukannya kawan yang mereng tapi kawan yang boleh membantu. Apa pun, berbalik kepada topik, korang kena cuba applikasi Simsimi ini. Best sangat. Jangan terlalai sudah. =) Nak main simsimi ni klik sini Sapa suka Secret Recipe? Sekarang ni ada promotion yang best. Klik sini Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one yo

Kisah Lelaki Kawan Baikku (3)

Inilah kawan lelaki yang hensem kacak bergaya, ala Korean gitu. Fizikal tak menjadi ukuran tapi kegilaan dan kesengalan menjadi keutamaan. Assalamualaikum. Kali ini seorang lagi kawan aku, aku nak reveal. 31 Dec 2011- Aku ada sorang kawan rapat. Eh, aku pun tak terasa yang dia benar-benar kenal aku. Tak sangka pula dia boleh kenal aku sedalam-dalamnya. Tapi dia memang kenal aku. Mungkin sudah ada kawannya macam aku agaknya. Mula-mula ku sangkakan dia hanya bergurau atau bercakap dengan orang lain. Tapi seriously dia cakap pasal aku. Dia panggil aku bro. Wah, ini membangkitkan kemarahan. Haha~ dengan kawan-kawan pun nak marah? Tak ada la. Ini menjatuhkan saham aku. Haha~ Aku Bukan Tomboy (ABT) Korang pernah kan tengok cerita (ABT). Aku macam Sha tu la,  kebetulan namaku juga Sha. Adei~ Hampeh ko Bubu, panggil aku bro. Tau la aku sempoi pun..Aku sentap seh. Aku gadis ayu yang sweet ni ko panggil bro? Adei~ Haha~ Sebenarnya, aku memang macam tu pun (termengaku pula). Aku jenis sempoi dan

Kisah Lelaki Kawan Baikku (1)

Kawan lelaki aku tu boleh tahan kacaknya macam mamat Korea ni juga. =) Assalamualaikum. Aku tak tahu bagaimana harus mulakan ayat dan bercerita. Ikut je la k. Aku jenis sempoi-jenis reti kawan dengan lelaki. Kadang-kadang aku terlupa yang aku ni perempuan. Haha, dah teruk krisis identiti. Tapi jap je aku terlupa diri bila dengan kawan-kawan lelaki aku (ayat cover). So, sape nak kawan dengan aku, dialu-alukan =) Aku nak kongsikan kisah kawan-kawan lelaki aku. Erk, macam jahat plak aku ni. Pada aku, mungkin aku dah terbiasa ada kawan lelaki, dah tak rasa janggal. (Tolong tegur aku, kalau aku salah). Aku ada seorang kawan lelaki. Aku rapat dengan dia. Masalah dia ada dalam poket aku. Aku kenal dia macam mana. Walaupun dia macam agak teruk dengan orang lain tapi dengan aku dia baik. Ramai kawan-kawan aku duk kutuk dia. Tapi aku bantah dan mempertahankan dia sebab aku kenal dia. Aku boleh faham dia. Kadang-kala aku rasa dia macam adik lelaki kesayanganku (sorang je adik lelakiku)

Lelaki Muda Jaga Baby, Aku Kagum Dengan Kau

Assalamualaikum. Sebelum aku nak cerita, aku nak tanya dulu, korang pernah tak tengok cerita Mr Bean yang mana dia kena jaga baby? Tajuknya kalau tak silap, Fun Fair Baby. Apa korang rasa bila nampak Mr Bean tu jaga baby? Memang dia buat bukan-bukan seperti tinggalkan baby di dalam kereta bahagian minyak dan break. Dia juga biarkan budak tu sorang-sorang naik kereta yang kena isi syiling dahulu, lama pula tu dibiarkan. Sungguh pun begitu, telah wujud sedikit perasaan sayang Mr Bean pada bayi tersebut. Apatah lagi kalau baby itu berada dalam jagaan seorang lelaki muda yang mana keadaannya sama seperti Mr Bean tadi, tiada kena mengena dengan bayi tersebut. Ini adalah kisah benar. Ini adalah kisah kawan aku. (Terkejut tak?) (Maaf, terpaksa buat read more sebab ada gambar, risau load lambat)

Mamat Kaki Sentap? Please La..

Assalamualaikum. Entah apa hari ni, untung ke malang, aku jumpa balik dengan kenalan yang cepat sentap. Bukan seorang, dua orang. Aku cakap lain, lain yang difaham. Aku cakap pada orang lain, dia pula sentap. Aish, rimas doe. Ikutkan hatiku nak je rasa lempang sekor-sekor mamat yang cepat sentap tu. Isk.. Maaf, aku bukannya perempuan hati tisu. Aku jenis tak la ayu sangat doe nak baik sentiasa. Memang aku nampak cool jer. Cool la sebab aku rileks je, dalam hati ni sabar je selagi aku masih sabar,   sebelum meletoups all. Haha~ Aku jenis happy-go-lucky dan kepala gila-gila. Kalau dengan mamat tu, okay la. Aku memang ok je, jenis tak kisah. Nak berkawan dengan aku, boleh je. Aku jenis tak kisah. Tapi jangan nak sentap sudahlah. Aku banyak gurau dan fikir positif. Ingat nak je sebut nama kat sini, tapi tak leh. Nanti mamat-mamat yang berhati tisu tu sentap pula. Adei, aku yang perempuan ni pun okay je, chill je. Pe hal korang lelaki ni nak sentap-sentap? Tak best doe hidup sen

Open Tracker