Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Perkahwinan

Amarah Kepada Suami Yang Sangat Penting Diri Sendiri

Izinkan aku untuk melepaskan amarah kepada seorang suami orang yang aku pun tak kenal tapi kisahnya sampai sekarang membikin hati aku sebagai seorang isteri (walaupun bukan isterinya) terasa sangat-sangat. Suaminya sangat pentingkan diri sendiri! Tidak fikir panjang dengan keputusan yang diambilnya. Kisah ini berlaku beberapa tahun lalu, di selatan tanahair. Kisah mereka aku ikuti setelah viral kematian isterinya, di platform Facebook  dan membaca berita setelah pengkebumian jenazah isterinya. Jadi, fahamlah aku bahawa mereka sudah memiliki seorang anak berusia satu tahun dan si isteri hamil dengan kandungan berisiko kerana dirinya mempunyai penyakit kronik yang lain. Doktor telah nasihatkan bahawa mereka hanya boleh mempunyai seorang anak kandung sahaja lantaran isterinya sakit. Senang cakap, tidak boleh mengandung lagi kerana risiko ke atas kesihatannya. Doktor telah nasihatkan sebelum mereka bercadang mempunyai anak kedua.  Namun, mereka tidak mengendahkan nasihat pakar perubatan te

Check List Senarai Keperluan Beli Barang Masuk Rumah Baru

Di sini, aku sertakan bersama c heck list senarai keperluan beli barang masuk rumah baru. Bukan sikit tau barang yang nak kena beli. Al-maklumlah kita nak masuk rumah baru. Kalau boleh biarlah selesa. C heck list senarai keperluan beli barang masuk rumah baru Dapur 1. Peti sejuk  2. Dapur 3.  Set pinggan dan cawan  4. Tempat letak pinggan  5. Pisau  6. Papan kekuda atau papan potong memotong 7. Sudu dan garpu 8. Gelas untuk air masak 9. Jug air 10. Axion / pencuci mangkuk pinggan 11. Bakul sampah  12. Plastik sampah 13. Rice cooker 14. Water dispense - termos air panas/air masak 15. Tudung saji 16. Besen dan penapis 17. Kuali 18. Dulang 19. Blender 20. Batu tumbuk  21. Penapis kopi/teh Bilik Air 1. Berus - berus lidi untuk berus bilik air                  berus plastik untuk basuh baju kecil                  berus untuk bilik air yang keras dan ada kayu panjang 2. Sabun basuh baju 3. Detergent untuk lantai  4. Detergent untuk toilet 5. Tali hos

Dialah Ubat Saya Sekarang Ni

Dialah ubat saya sekarang ni. He is my medicine. Ewah.. Eh, betullah. Pada mula-mula, aku pun kurang percaya. Pernah dengar orang cakap juga tapi dengar sipi-sipi sahaja. Rasa macam ajaib pula. Macam hubungan mak dengan anak saja, yang mana ibulah yang boleh menyembuhkan sakit anaknya. Amazing! Hebat. Ya, kuasa ALLAH itu sangatlah hebat. Kisahnya bermula apabila aku sakit.   Tetapi aku tidak memberitahunya bahawa aku sakit. Aku pendamkan sahaja. Naluriku memang menyatakan dia boleh menyembuhkan aku. Tapi segan. Ye la, baru kahwin. Nanti dikatakan menggatal pula. Malu doe. Dia pula kuat mengusik. Nanti sampai lembab dia mengusik. Hahaha. Cara nak sembuhkan ialah ambil tangan dia dan letak pada tempat yang aku sakit. Sekejap saja, sudah sembuh. La, kalau tahu awal-awal lagi aku nak minta tolong dia. Sekejap sahaja telah sembuh. Rasa sia-sia saja masa dibuang menderitai sakit padahal ada penyembuhnya. Dua kali juga lah aku berpengalaman sakit begini. Satu lagi, aku se

Kerja Kahwin: Bukan Satu Tugas Mudah!

Orang cakap, inilah masanya darah manis dan akan tension. Ada pantang larang tak bagi keluar rumah. Namun, banyak hal akan difikirkan dan uruskan. Boleh lihat senarai semak yang aku dah buat, jika tak percaya tentang banyak yang nak kena uruskan. Kerja kahwin memang bukan satu tugas mudah. Aku rasa ada juga sedikit tekanan apabila ada perkara yang sudah selesai (settle) tapi tetiba muncul semula. Nak buat kerja kahwin ni bukan mudah. Ya, walaupun nampak ringkas tapi perlukan ketelitian. Ini anak dara nak kahwin okay, bukannya Mak Janda yang sudah ada pengalaman. Pengalaman pertama dengan karenah famili lagi membuatkan hati rasa semacam. Perlu bijak dalam menanganinya. Langkah selamat aku diamkan diri sahaja. Ataupun serahkan kepada mereka yang bertanggungjawab. Juga tidak ketinggalan untuk berbincang dengan mereka yang banyak pengalaman dan seterusnya merujuk kepada mereka yang pakar. Hati kena tabah. Banyakkan bersabar. Sebolehnya, jangan tension. Kalau tension, nanti semu

Counting 30 Days Menanti Cinta

Fuh, tak lama dah lagi nak bertukar status.  30 hari sahaja lagi. Persiapan dalam 80 peratus. Tapi banyak lagi kena semak semula. Sebab apa? Risau takut tertinggal.  Bab duit, jangan cakaplah, memang betul-betul flat. Mengharapkan encik tunang sahaja. Mujurlah dia sangat-sangat memahami. Aku bukan membazir. Tapi membeli barang untuk keperluan untuk kahwin. Sampaikan nak bayar duit rumah sewa pun tak ada, nak makan pun tak ada. Mujur ada lelaki terbaik di dunia. Eheh, puji lebih nampak. Bila bab kahwin ni, memang memerlukan duit yang sangat banyak. Itu pun aku beli sikit-sikit. Tak beli pun yang mahal-mahal. Tak beli pun yang membazir. Tak banyak sewa, tapi buat sendiri. Kalau shopping pun, duit encik tunang juga yang keluar. Tapi duit aku yang tak cukup-cukup. Duit dia pula, banyak macam tak luak-luak. Mungkin inilah disebutkan rezeki. Alhamdulillah, aku menumpang duit tunang. Selamat berjaya wahai bakal pengantin baru.

Senarai Barang Hantaran Lelaki dan Perempuan

Sesebuah perkahwinan yang meriah tak lengkap rasanya kalau tiada hantaran bertukar tangan. Senarai barang hantaran lelaki dan perempuan yang biasanya diletakkan di atas dulang hantaran. Jumlah berapa dulang akan berbeza dua. Kalau pihak lelaki bagi 5, pihak perempuan akan balas 7 dulang. Jika pihak lelaki bagi 7 dulang, pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Kebiasaannya, dalam jumlah yang ganjil. Tak ada pula jumlah yang genap seperti 4,6,8. Namun begitu, jika terdapat jumlah yang ganjil, itu adalah tidak disengajakan dan dirancang. Kerana kedua-dua pihak telah berpakat menetapkan berapa dulang berbalas berapa. Contohnya, 7 dulang berbalas 9, tetapi jadinya 8 dulang kerana ada sedara-mara yang sudah senyap-senyap sediakan sebekas dua hantaran. Tak ambil kang, kecil hati pula.

100 Hari Menanti Cinta Eh Perkahwinan Check List

Dalam sedar tak sedar, ada lebih kurang 100 hari sahaja lagi nak menanti tibanya hari besar itu, Nikah, Resepsi, kenduri dan Bertandang. Ini pun fikir nak bilang bila tengok kawan duk menghitung hari, katanya lagi 100 hari. Aku fikir, aku lama lagi. Tapi tak bilang pun. Hari ini baru bilang. Alamak, masih berbaki 100 hari. Tak lama lagi akan bertukar status sebagai isteri orang! Jom kita tengok check list cepat ini. Kalau untuk check list penuh, boleh lihat di sini ya, Checklist Perkahwinan 1.  Date for Solemnization & Receptions Solemnization: 13th November 2015 (Jumaat malam Sabtu) Bride: 22 November 2015 (Ahad) Groom: 29 November 2015 (Ahad) 2.  Theme Colour & Concept Solemnization: Peach Bride: Peach + Mint Green Groom: Hot Chocolate 3.  Documents, Kursus Kahwin & Jurunikah Bride:  Pending Groom:  Pending Booking Jurunikah:  Pending 4.  Venue Bride: Rumah, Pokok Sena, Kedah Groom: Rumah,

Tips Baju Pengantin 2015 Pilih Warna Lembut

Pilihan warna selamat dan mudah disesuaikan dengan suasana MELANGKAH ke jenjang pelamin, pelbagai aspek perlu disiapkan dengan rapi untuk majlis yang akan dilangsungkan. Persiapan ini termasuklah kad jemputan, lokasi majlis, jamuan, hantaran, cenderahati dan pelamin. Namun, salah satu persiapan utama yang perlu diperhalusi adalah pakaian untuk pengantin wanita dan lelaki yang akan digayakan pada hari bersejarah nanti. Warna dan rekaan baju persandingan yang sesuai bukan sahaja menaikkan seri pasangan raja sehari di atas pelamin, malah warna juga memberi kesan berbeza kepada personaliti mempelai. Jika pada 2014, warna-warna terang seperti hijau zamrud, biru laut, dan kuning diraja, menjadi pilihan kebanyakan pengantin, warna-warna lembut dan pucat (pastel) pula diramal akan kembali menjadi warna tema persandingan sepanjang 2015 ini. Warna Pastel lebih selamat dan mudah suai warna Andaian ini dibuat berdasarkan tinjauan beberapa

Harga Lace Di Jakel

Lace RM 150/meter Satin itali RM ? Semua RM400 Lace ambil 2 meter sahaja Satin ambil 4+5 meter rasanya. Lace 2 meter = RM 300 Satin cuma 9 meter atau 6 meter (4+2) = RM 100 sahaja. Sebenarnya, dia letak RM 448 atau RM 484 atau RM 489 macam tu. Maaf ya sebab saya ni pelupa sikit. Sebab itu saya tulis kat sni. Nak rujuk balik nanti senang. Hihi. Aku bajet bawah RM 500 sahaja. Ikutkan, aku nak je pakej RM 289. Tapi xde plak. Dapat yg RM 400 ni pn dh okay. Dah x terlajak tinggi. Jimat RM 100. Mula-mula, dia kira sampai RM 789. Pergh, gila mahal. Nasib baik, aku ambik lace 2 meter sahaja. Kalau tidak, jenuh bayar. Pekerja sana ramah. Suka. Nanti nak pergi lagi. Nak cari cadar katil. Kali ni pergi orang ramai sebab nak beli utk persiapan raya.

Tips Membeli Kain Baju Pengantin

Ini baju contoh aku. Okay tak? Sebenarnya, aku pergi gamble sahaja ke Jakel. Rasanya, itulah first time aku menjejakkan kaki ke kedai kain terbesar di Malaysia tu. Tambahan pula, kedainya di Bangunan Jakel Mall, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur yang baru beroperasi, lagilah kali pertama. Terdesak ok, terdesak. Nak naik pelamin bulan 12 ni, tapi persiapan yang dibuat cuma baru ada baju nikah lelaki dan sampingnya sahaja sudah ada. Lagi, dua minggu lepas, aku beli kain untuk dibuat baju tema adik-beradik perempuanku termasuk anak-anak buah perempuan. (Ni kira, girls day out. Hehe, lain pula maknanya). Just for girls. How about the boys? Ingat nak beli atau buatkan alias tempah baju t-shirt. Tapi kosnya, agak tinggi. Sehelai, RM10. Paling kurang kena buat 30 helai. Kena sediakan duit RM300 sahaja untuk baju t-shirt. Rasa macam membazir pun ada juga. Tengoklah, kalau ada rezeki lebih nanti, boleh buat. Selain itu, aku kata terdesak kerana balik raya kali ini, sekali

Membeli Kain Baju Pengantin Di Jakel Mall

Ini pilihan yang menjadi dambaan kalbu. Chewah. Satin Hijau dan lace pink Di kesempatan nak raya dan orang ramai ni, aku pun nak menyelit juga membeli baju pengantin di Jakel  sebab kalau tidak beli dari sekarang, siapa lagi yang nak belikan dan siapa lagi yang nak jahitkan? Sebab masa yang tinggal cuma ada empat ke lima bulan sahaja sebelum majlis resepsi. Membeli Kain Di Jakel Inilah bangunan Jakel Mall, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur Ikutkan hati, aku tak nak pergi Jakel. Aku nak pergi kedai kain biasa-biasa sahaja atau Nagoya Textile saja. Namun, disebabkan terpujuk kerana mereka kata kain Jakel tu kualitinya bagus dan tak panas, maka aku pun beranikan diri. Tapi aku setkan had bajet sekadar RM500 sahaja. Tak boleh lebih dari itu. Kalau boleh, aku nak yang pakej Pengantin yang berharga RM289 sahaja. Pakej pengantin Jakel ialah 2 meter kain lace, 4 meter kain satin untuk pengantin perempuan dan 4 hingga 5 meter untuk pengantin lelaki. Selain itu, 2 meter

Open Tracker