Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cantik

Kalau Nak Cantik, Kenalah Berusaha

Cantik Kalau nak cantik kena berusaha. Bak slogan Innershine nak lawa kenalah melabur. Ingat orang yang tetiba cantik tu, tidur dan bangun pagi, puff!! terus cantik ke? Tidak, itu hanyalah anganan Walt Disney semata-mata. Nak cantik kena usaha. Makan produk tu, sapu produk ni, pantang itu ini, mekap bagai. Nak guna produk berasaskan bahan semulajadi atau saintifik (produk yang siap untuk digunakan), terpulanglah. Yang penting, kena detox dulu. Menyahtoksin. Buang racun dalam badan. Kalau tak detox dulu, kesannya agak lambat. Nak makan supplement pun lambat berkesan kerana ada 'lemak degil' yang masih terkumpul di dalam badan. Macam mana nak berjaya mencapai hasil yang sepatutnya jika ada halangan besar? Tapi yang paling penting ialah RAJIN.  Ubat apa pun, kalau tidak cukup kuotanya, tak jalan juga. Setiap produk ada formulanya, berapa lama kena ambil consume baru akan nampak hasilnya. Lainlah orang tu memang cantik dari kecil. "Awak memang cantik dari

Fungsi Innershine Pati Prun Mencantikkan Diri, Berseri-seri

Fungsi Innershine Pati Prun dengan campuran Camu-camu membuatkan seluruh badan anda berseri-seri dan kekal menawan. Innershine, siapa yang belum kenal? Rasanya kalau tengok tv, memang sentiasa ada iklan innershine. Pengalaman sendiri pernah dan memang tahu akan kewujudan Innershine. Teringin nak guna tapi masa tu masih bergelar pelajar. Faham-faham sajalah bila bergelar pelajar ni, nak makan pun kena jimat, apatah lagi nak beli benda yang 'merapu' macam ni. Memang tak lah. Sadis tak? Hahaha. Lepas tu, tengok kawan sendiri makan Innershine untuk muka dan Innershine Beri untuk mata. Kawan yang lain perli, lepas ni mata berseri-seri lah. Hahaha. Mulai hari itu, bertekad dalam hati, nanti bila dah kerja, nak guna Innershine. Bila dah bekerja, duit kurang cukup untuk membeli innershine. Banyak lagi keperluan dan kehendak yang perlu didahulukan dan juga menabung. Bila dah tukar kerja ke Kuala Lumpur, duit banyak sikit, baru teringat balik impian nak pakai Innershine.

Kasut Pengantin Baru Yang Cantik Sangat

Kasut pengantin baru yang cantik sangat untk disarung ke kaki pengantin. Orang kata, pakailah kasutmu dan berjalanlah ke destinasi cintamu. Kasut satin dengan renda lace biru menusuk kalbu. Kerawang sepatu indahmu nan mempersona Kilauan emas itu membuat hati teruja! Keindahan lace nyata memikat hati Warna dan corak klasik tetap menjadi idaman hati Renda spandex menyerlahkan corak si tumit tinggi anda Rona kuning lembut anggun, ditambah dengan lace dan manik cukup memikat hati Kemasan kerawang berbunga menyerlah sisi ayu si pengantin baru Sungguh anggun walaupun nampak sedikit keanakan Renda halus menjadikan kasut ini sungguh romantis Merah itu cinta! Hijau itu memukau Seksi! Itu yang boleh digambarkan tatkala anda menyarungkan kasut ini di kaki Putih bersih dan menjadi idaman setiap mempelai Jelingan manja saa

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja.  Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal. Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku: Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe. Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Ti

Review Produk Freeman: Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar yang Best

Produk Freeman: Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar yang Best Hari ini aku baru membeli salah satu produk Freeman: Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar (jenama Freeman, Topeng Gilap yang ada Arang dan Gula Hitam) di Watson dengan harga RM16.07. Promosi ke apa, aku pun tak tahu. Tapi bila tengok internet harganya memang murah.  Mula-mula aku beli ingatkan mask yang boleh tarik-tarik tu, yang melekat kuat kat muka, jenama Sheshido.Okay, aku dah salah produk. Produk yang aku nak beli tu ada di Kedai Avon, harga RM19.00. Macam nak menyesal dah salah beli. Tapi, wow benda lain. Namun, aku sangat sukakan hasilnya! Jenama Freeman. Tengoklah kandungannya. Cara gunanya mudah sahaja. Picitkan sedikit gel tersebut ke tapak tangan, sapukan ke muka. Biarkan sehingga lima ke tujuh minit.Kemudian, gosokkan mask tersebut selama seminit hingga dua minit. Kemudian, basuh dengan air suam. Ingat, air suam tau. Jangan guna air biasa atau air sejuk. Kang tersumbat pula pori-por

Open Tracker