Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Blogging

Day 7 : Favourite Movie

Favourite Movie from Google, not from me Tajuk tugasan pada kali ini ialah favourite movie . Susah sebenarnya nak cakap pasal favourite movie pada seorang Sha. Sebab dirinya tidak terlalu suka hiburan. Ceewah! Entahlah, rasanya sama je, suka je apa-apa jenis movie kecuali yang ganas-ganas dan seram ( horror) . Layan je semua dari mana-mana negara dan warna mata. Melayu, Inggeris, Cina, Hindustan, Tamil, Turkey, Korea, Taiwan, Jepun dan lain-lain lagi. Gituuu.. Sebab ini juga Sha jadi blank dan blur nak tulis apa pasal tajuk ni. Susah. Sampaikan Sha skip 2 hari tak menulis. Hehe. Favourite movie tu entahlah. Sebab tengok semua. Taklah sampai jadi filem kegemaran ke membenci ke apa.  Nak tahu tak, sebenarnya, Sha dapat inspirasi menulis ni daripada kawan facebook, tak kenal pun. Dia menulis kat fb. Sha fikir, ada baiknya juga Sha tulis kat blog untuk membangkitkan rasa dan mood menulis lagi. Tapi tahu tak, dia tak buat semua rupanya. Lepas tu, dia tukar challenge cabaran yang lain.

Tips: Lama Betul Nak Buat Comeback Blog

Blog Lama betul nak buat comeback untuk kembali aktif berblog. Sekurang-kurangnya kemaskini ( update ) sekali sehari, kalau tak mampu nak update tiga kali sehari. Update 3 kali sehari itu adalah terbaik sepanjang zaman.  1. Update 3 kali sehari Sejak aktif berblog tahun 2010, adalah jumpa tips berblog yang blogger famous buat. Dia akan update blog sehari sekurang-kurangnya 3 kali. Ala, korang kenal rasanya siapakah dia. Bebaru ini, Sha juga ada masuk kelas untuk Tiktok, pun sama. Dia suruh update 3 kali sehari. See , kepentingan update . 2. Update isu semasa Dia update isu semasa atau apa sahaja yang mahu diupdate new entry . Tapi biasanya nak rating tinggi, kena update apa yang orang cari. Contoh, bantuan kerajaan ke kemasukan ke sekolah ke.. Duit bloggingnya memang kaching-kachinglah. Cubalah, pasti berjaya, insya-ALLAH. 3. Setiap perenggan ada 3 ayat Tips untuk Google Adsense pula ialah setiap perenggan ada 3 ayat. Ayat di perenggan pertama mestilah sama dengan tajuk. Se

Akhirnya Akaun Google Adsense Sha Berjaya Diluluskan Sepenuhnya

Screen shot dari emel Google Adsense menyatakan akaun lulus sepenuhnya. Yay! Akhirnya akaun Google Adsense Sha berjaya diluluskan sepenuhnya! Alhamdulillah, syukur. Sebenarnya sudah lama Sha mohon sejak 2011 macam tu. Seingat Sha tiga kali Sha mohon. Reject. Ditolak kerana katanya tak memenuhi syarat. Dia kata Sha tak lepas sebab ada entri yang copy atau menyalahi undang-undang. Seingat Sha, mana ada entri macam tu. Sha buat blog sendiri tau. Entri dan cerita yang tersendiri. Sha susah payah bangunkan tau. Tapi, bila Sha fikir balik, oh ada entri Sha yang copy masa mula-mula nak bertapak dalam dunia blog ini. Tapi, tapi, tapi.. Sha copy dari surat khabar online, tau. Alah, orang lain pun buat jug.. Siap dapat lulus Google Adsense lagi, tau. Jadi, Sha tak ambil serius perkara ini. Tambahan pula, nak cari balik entri lama-lama tu? Nak padam entri cerpen Cikgu Rania? Oh tidak! Sha sayangkan cerpen tersebut. Sha malas nak cari balik dan padam. Sekian. <script async src=&quo

5 Blogging Worth Tips from Careen Tan

Ice-cream Aku rasa entri di bawah ini amat berharga. Sebab itu aku salinkan di sini supaya lebih memberi manfaat kepada mereka yang lain. Ilmu patut dikongsi, kan? Sharing is caring, right? Korang bacalah satu-satu dan hayatilah. Memang berbaloi.Ok, mari kita baca tips dari Careen Tan . Tip #1: Be Yourself I asked myself that as a blog reader, why do I like reading some blogs more than the others? What is it that makes my favourite bloggers well, my favourite? XiaXue, Fourfeetnine and Cheeserland are my favourite bloggers, and they all have one thing in common- they let their personalities shine through in their blogs. As a blog reader, I want to read about my favourite blogger’s lives and get to know who they are. It doesn’t matter if they’re nice or nasty, showing their personalities on their posts breathe life into their blogs, and nobody likes to read a dull blog that says nothing about the bloggers themselves. Translate everything that you are into

Awek Blogger Cantik dan Hensem Kacak Bergaya.

Ramai yang mencari akan blogger perempuan yakni awek cantik dan lelaki hensem kacak bergaya. Biasalah bila kita ada rupa, ramai yang akan tertarik, menarik dan kau memang da bomb. Itu memang lumrah. Gambar Fatin Liyana ini menjadi ikutan gaya bergambar. Pada pendapat aku, blogger awek cantik jatuh kepada Fatin Liyana . Walaupun dengar-dengar dia sudah mahu menamatkan musim bunga, eh maksud aku, zaman bujangnya, tetapi dia memang benar-benar cantik. Aku suka tengok. Taste aku. Cantik macam itu. Putih melepak. Dia pula pakej. Dah la pandai, datang dari famili kaya, cantik pula tu. Pakej beb, beruntung. Dia padamkan entri pun dah jadi isu dalam dunia blogger. Orang cantik dan berpengaruh lah katakan. Zarul Umbrella yang kacak Blogger lelaki hensem kacak bergaya pula jatuh kepada er, siapakah gerangannya ya? Jap, nak fikir. Oh ya, pada aku, taste aku, Zarul Umbrella la. Hensem. Ketua Pramugara Malaysia Airline. Kacak. Bergaya. Wak Doyok? Er, Wak Doyok bukan blogger. Dah tu,

Ramadhan Penuh Berkat, Semoga Taubatku Diterima

 Lama rasanya tidak mengemaskini entri terbaru. Masa yang agak mencemburui kita. Alasan! Sebenarnya, broadband aku ada masalah dengan line semput macam siput ini tidak memungkinkan aku untuk update entry. Nak up date. Blogger akan ada selalu idea nak up date apa. Aku ada idea tapi internet tak ada. Kat pejabat pula, diorang block sekat blogspot. Kalau tak, hari-hari aku update. Hehe. Tapi, kerja aku akan tetap buat.  Jadi, kesempatan pada hari ini, aku nak kemaskini entri-entri lama yang lama tidak mesra SEO. Search Engine Official. Sebab entri aku yang lama-lama sebelum aku belajar pasal SEO tu banyak tapi tidak memberi trafik ke blog. Agak rugi di situ. Jadi, nak edit kasi mesra SEO dan buang gambar yang tidak menutup aurat. Aku tak nak berdosa dan terus berdosa kerana menayangkan aurat orang lain.   Sekarang ini, Bulan Ramadan, dah tengah bulan. Alhamdu lillah, masih dipertemukan-Nya dengan bulan yang penuh berkat ini. Kita ini banyak dosa, rebutlah peluang dengan ganjar

Tips Petua Meningkatkan Trafik Blog Untuk CPUV Iklan Nuffnang

Pertanyaan ini dari entri Rahsia Makna CPUV Nuffnang Dapat Tiga Iklan Sudah lama rasanya aku tidak menulis bab ilmu blogging ini. Apa yang ada, simpan dalam dada dan kepala. Sebab sudah hadam dan faham sangat dengan dunia blog Malaysia. Tapi, bebaru ini, aku ada mendapat satu soalan yang mana aku kira, aku perlu menjawabnya. Ilmu yang bermanfaat adalah elok untuk dikongsi. Sebenarnya, telah banyak entri yang aku buat berkenaan cara meningkatkan trafik blog dan ramai juga blogger lain yang turut sama membuat entri yang memberi tips tersebut. Untuk ke link tips blog yang aku kongsikan, korang boleh klik sini, Tips Blog . Tips Cara Nak Dapat Tambah Duit dalam Akaun Nuffnang 19 tips Mudah Jana trafik Blog Korang boleh godek-godek lagi entri kat dalam tu. Macam-macam ada. Terbaik punya. Tapi sekarang ini, aku cuma nak kongsikan petua tips nak dapatkan iklan CPUV yang aku rasa pihak Nuffnang tengok. Trafik UV (unique views) korang mestilah cecah 100 setiap hari. Kekalkan trafik unik seba

Idea Oh Idea Buat Entri Datanglah Kepadaku

Oh idea, datanglah kepadaku.. Sebenarnya, bila buka tempat menaip entri, kepala terus kosong, tak tau nak menaip apa. Aku yakin, korang pun mengalami nasib musibah yang sama, terutama blogger baru dan blogger yang dah lama tak up entri (macam aku). Masa lain, ada saja idea nak up entri. Tapi bila duk depan ni kelu seribu bahasa. Cerita banyak nak dikongsi tapi tak tau nak kongsi apa. Blur. Tapi, tak apa. Kita kena mulakan menulis. Seperti yang aku menulis. Luahkan sahaja apa yang terpendam. Sebab bila kita tulis, kita akan dapat kemahiran. Ye la, dah hari-hari menulis, kita akan pandai menulis entri. Dari situ kita akan bina kekuatan dan kemahiran menulis. Tak apa kalau teruk. Kita boleh belajar dan baiki. Sebenarnya idea menulis ni banyak. Ada di mana-mana. Cumanya sama ada kita nampak dan pandai nak goreng saja.. Bacaan lanjut: http://sha-myheart.blogspot.com/2011/07/tips-cara-tangani-tak-ada-idea-nak-buat.html

Tahniah. Ini Blog Terbaik dari Ladang!

Assalamualaikum. Apa khabar? Terima kasih kerana sudi singgah blog aku ni. Mungkin jugak korang tersesat ke sini. Tak apa lah. Yang penting korang boleh baca dan aku harap korang singgahlah lagi. Tu pun kena tengok juga la kontent blog aku okay atau tak yang korang nak singgah pun kan.. Eh, korang faham tak apa yang aku merepek ni. Hahaha~ Sebenarnya, aku nak cakap yang kat blog aku ni ada entri-entri yang menarik. Korang boleh pilih dan baca kategori mana yang korang suka. Tips blog Ping Group Percintaan Pesanan terbaik dan banyak lagi la.. Korang godek-godeklah sendiri ye. Justeru, sokonglah blog tempatan. Eh, dah macam suruh sokonglah barangan buatan  Malaysia. Ehehe~

Lamanya Tak Up date

gambar di Hari Raya yang mulia. Assalamualaikum. Lama tak jumpa di alam maya, kan? Keinginan memang ada nak update blog tapi tapi tapi (sengaja membuat pengulangan di sini) tapi aku ada halangan tersendiri. Tak apa la, bagi kat blogger-blogger lain sajalah yang mengup date story. Hehe~ Oh ya, aku dah dapat cek hasil dari 'penyewaan iklan Nuffnang ' di blog ini. Beratus-ratus ringgitlah juga hasilnya. Alhamdu lillah. Side income. Kehidupan aku masih biasa tapi syukur sebab tetap ceria mendepani hari-hari yang mendatang. Oh ya, terima kasih juga kepada bloggers yang masih ingat kepadaku ini. Puasa dan raya pun masih ingat pada aku. Oh terharu! Sesungguhnya persahabatan ini amat indah. Seindah bunga yang mekar di pagi hari. Cubalah korang bayangkan. Jadi, di kesempatan ini, aku mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Semoga jumpa lagi, ya.

Buat Duit Internet, Boleh Dapat Ke

Assalamualaikum. Buat duit dengan internet? Boleh. Ada kawan-kawanku buat duit beribu-ribu dengan internet. Diorang main Churp-churp. Kawan yang buat duit dengan Nuffnang baru ada beratus-ratus. Aku ada la sikit, setakat seratus lebih. Kira ok la kan, siapa nak bagi duit macam tu free je kan? Hajat nak buat duit dengan internet memanglah tinggi tapi nampaknya blog pun tak la banyak sangat trafik. Nak apply dengan syarikat yang besar-besar, jangan haraplah. Tapi Bro Framestone ada cakap blog bangsa lain walau dengan blog yang ada follower berapa kerat dan trafik pun tak tinggi tapi boleh dapat duit poket beratus-ratus sebulan. Sampai bila nak tulis blog dengan percuma? Iya, memang mahu dapat side income dengan blog tapi tak tahu cara. 1. Churp-churp Kalau korang nak join, klik sini:  churp-churp Churp-churp ni dikira bila korang kongsi iklan dan diklik. Kongsi pada facebook, twitter, myspace, blog, web dan sebagainya. 2. Nuffnang Apa yang aku tahu, korang mestilah mempun

Tips Blogging: Blogging Biarlah Ikhlas

Assalamualaikum. Bebaru ini aku berkenalan dengan seorang blogger yang hebat. Aku tanya apakah rahsia atau tips yang dia nak kasi kepada aku selaku blogger (dia tak tau pun blog aku nama apa, berapa follower). Katanya, yang penting ikhlas. Aku kurang faham. Aku tanya dia, ikhlas apa. Dia kata keikhlasan dalam membuat entri, biarlah kita rasa sempurna dan ikhlas dari kita untuk orang lain hadap entri kita . Terfikir juga aku. Ada betulnya kata-kata blogger tersebut. Melepaskan batuk di tangga Kita ni buat entri pun bagai melepaskan batuk di tangga saja. Begitukah layaknya kita memberi kepada orang lain. Begitukah yang kita ingin pamerkan kepada orang lain? *Serius, aku pun terasa malu juga bila fikir macam ni. Entri aku pun ada juga yang macam ni, setakat bagi ada entri sahaja. Malu. Typo Kadang-kala ada typo. Kadang kala ayat entah apa-apa. Orang nak faham pun kena baca berkali-kali. Aku salute dengan mereka yang menggunakan bahasa baku tetapi boleh lagi bersahaja, macam Ar

Blogger Datang Sembah Balik, WTHelicopter

Blogger datang sembah. What should i say? Ini adalah sebuah kisah yang benar dan rekaan juga supaya suspek tidak merasakan aku sedang bercakap mengenai dirinya. Hahaha~ Terus terang, aku cakap, aku tak punya sesiapa dalam dunia blogging ni. Maksudnya, masa mula-mula aku nak kenal benar-benar apa itu blog dan blogging. Tak ada sesiapa. Aku belajar dan explore sendiri. Agak susahlah sebab tutorial pun tak ada. Ada juga beberapa rakan-rakanku terlibat dalam dunia blog ni. Tapi, masa aku minta tolong ajarkan blog, langsung tak dipandang, ok. Ye la, aku kan masih merangkak dan tak tahu apa sangat dalam blogging ni. Follower ada pun sorang, aku sendiri (haha) sedangkan mereka sudah ada beratus-ratus follower. Tambahan pula, mereka cemburu jika aku berjaya bergelar blogger berbanding dirinya. Aish, apa la manusia ni! Masa aku sudah kenal sikit-sikit cara nak post entri, nak daftar Nuffnang , aku ajak adik-adik yang menjadi peneman setiaku untuk turut membuat blog. Hasilnya ada juga ya

11 Tips Laman Web/Blog yang Baik

Laman web boleh juga disamakan dengan blog tetapi blog lebih mudah diuruskan. Aku ada belajar mengenai ciri-ciri yang baik tentang sesebuah laman web dan blog. Inilah dia 11 tips laman web/blog yang baik 1. Navigasi Menu mudah dilihat dan dicapai. Pilih warna yang sesuai supaya mudah pembaca cari atau terus ternampak. Selain itu, navigasi perlulah teratur, tak kiralah di atas, kiri, kanan mahupun bawah. 2. Grafik kena optimisekan supaya cepat load. Kalau blog, template dan headernya biarlah ringan dan mudah dimuat (loading laju). Reka bentuk grafik yang menarik dapat mencuri hati pembaca. 3. Logo atau nama Pastikan jelas kerana ia melambangkan identiti. Kalau blog, header dan URL blog adalah sangat penting. Buat URL blog yang senang ingat. Contohnya inibelogsaya.blogspot <- ini blog Hanis Zulaikha yang lama. Kini dia beralih ke .com. 4. Font Pilih font yang standard sahaja sepertia 'Times New Roman, Arial, Verdana', dan lain-lain. Jika pilih font yang tak

4 Sebab Kenapa Blogger Tak Balas Kunjungan Anda

Assalamualaikum. Ayat di bawah adalah keras dan berbisa. Kalau anda bertelinga kuali (eh patut ke?) silalah baca sampai habis. Tetapi kalau terkena batang hidung sendiri, silalah ingat siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya . Hehe~ Sebab kenapa blogger tak balas kunjungan anda 1. Blog korang sangat teruk a.       Fizikal blog - Lambat loading sebab dah campak macam-macam eksesori. Dah macam pokok krismas pun ada. Hihi~ Buanglah semua tu, tinggal benda yang penting je. Ingat, orang terpikat pada entri yang memikat hati bukannya hiasan blog. -Satu lagi, ada notification word pada komen. Macam mana nak buang, sila google. Aku bukannya tak nak kasi tau caranya. Tapi bila aku dah terangkan satu persatu dia kata guna dashboard baru. (Ello, ko ingat aku ada satu blog ni je ke? Ko tak tahu kan, aku ni dah setting berapa buah blog? Tak kan semua hal aku nak kasi tau dalam blog ni, bukan macam blog ko, semuanya nak sumbat sampai tak fikir halal haram [sarcastic]). S

Open Tracker