Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Agama

Buat Pemula Umrah atau Haji: Kenalpasti Rukun Yamani dan Rukun Hajarul Aswad

Rukun Yamani Buat pemula Umrah atau Haji, pastinya tidak kenal mana satu Rukun Yamani dan Rukun Hajarul Aswad. Yang mana satu ek? Pasti keliru. Nah, saya bawakan ilmu ringkas berkenaan Rukun Yamani dan Rukun Hajarul Aswad untuk rujukan. Rukun Yamani Rukun Yamani bucunya hanya disulam dengan emas tanpa bertulis apa-apa. Berbeza dengan rukun Hajarul Aswad yang d itulis dengan Rangkap Allahu Akbar Biasanya dari Rukun Yamani kita lambai ke arah Rukun Yamani dan membaca: بسم الله الله اكبر ولله الحمد "Bismillaahi Allaahu akbar Walillaahil hamd" Kemudian sambil melangkah itu kita membaca: "Rabbana Aatina Fiddunya Hasanah" hingga sampai habis. Rukun Hajarul Aswad Rukun Hajarul Aswad Kemudian sampai di Rukun Hajarul Aswad, kita baca "Bismillaaahi Allaaahu akbar!!" Dan teruskan sampai lengkap 7 pusingan. Note: Yang memanjang tu penjuru yamani sunat juga istilam tanpa kucup. Yang ada lima Allahuakbar tu, penjuru hajarulaswad tempat mula istilam dan tawaf.  Sumber

Apa Kesudahan Hidup Kita

Apa kesudahan hidup kita.. Satu pertanyaan yang membuatkan kita juga boleh terdiam dan berfikir. Siapakah kita? Cukup baikkah kita? Cukupkah amalan baik kita untuk bawa kita ke syurga? Pada aku pula, untuk apa aku kutuk mahupun maki dia? Dia tak ada buat salah kat aku. Yang pasal dia teruk, itu hal dia dengan Tuhan. Dengan aku, dia ok, dia baik. Tadi  ada seorang 'kawan lama' datang jumpa aku. Dia kata walau pun dia teruk tapi aku tak pernah kutuk, maki-maki dia. Dia kata, se;ama ini, aku senyum dan diam saja tanpa kata apa-apa yang boleh menyakitkn hati dan perasaan dia. Itu kata dia. Untuk makluman, kawan aku ini seorang yang hmm.. orang kata sampah masyarakat. Dia seorang kaki mabuk, kaki dadah, dan lain-lain lagi. Selalu nampak terbaring kat tepi kaki lima kedai sebab high dadah atau mabuk. Tidur terbaring, beb. Tak sedar diri, tak sedar orang lalu lalang. Tak sedar matahari cucuk mata. Kalau korang boleh ke nak sucikan hati tak kata atau umpat mahupun kutuk kat

Hari Raya Korban Maka Hayatilah Makna Pengorbanan

Hari Khamis, 24 September 2015 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1436 Hijrah berayalah kita semua meraikan kemenangan mereka yang membuat ibadah haji. Terdapat banyak ujian dan dugaan yang hadir semasa melaksanakan dan menyempurnakan ibadah ke-lima iaitu menunaikan haji di Mekah. Di samping itu, kita juga diseru untuk menghayati makna pengorbanan Nabi Ibrahim bersama anaknya, Nabi Ismail. Cuba bayangkan jika kita berkahwin berpuluh-puluh tahun berkahwin tiada anak dengan isteri pertama, kemudian apabila sudah dikurniakan anak, anak tersebut pula terpaksa dikorbankan. Namun, apabila hendak dikorbankan, Nabi Ismail telah ditukarkan dengan binatang yang boleh dimakan. Marilah kita menghayati pengorbanan semua orang yang telah dilakukan kepada kita terutamanya ibu bapa dan waris terdekat. Sesungguhnya pengorbanan itu ibarat lilin yang membakar diri. Di samping itu juga, banyak daging korban yang kita akan terima raya ini. Jangan makan sampai pengsan okay. Nak buat apa ya, untuk daging y

Waktu Solat Sunat Dhuha

Waktu solat-solat yang lain kita tahu bila waktunya dengan mendengar muazin melaungkan azan, melihat takwim solat atau mengira panjang pendeknya kedudukan matahari . Waktu solat dhuha ramai yang ingin tahu bilakah masa yang sesuai melaksanakannya. Okay, katakanlah waktu syuruk itu pada pukul 7.00 pagi . Waktu dhuha bermula selepas 28 minit habis waktu syuruk. Jadi, 28 minit selepas pukul 7.00 pagi ialah 7.28 pagi. Itu adalah andaian kalau waktu syuruknya pada pukul 7.00 pagi. Setiap tiga hari sekali, waktu biasanya akan berubah. Jadi, rujuk takwim solat bilakah waktu syuruk dan tambahkan 28 minit ya. Waktu yang disarankan dan paling afdhal ialah pada pukul 9.30 pagi iaitu matahari tinggi segalah (tujuh ke lapan hasta). Dari 9.30 pagi ke 10.30 pagi macam tu. Kalau mula awal 8.00 pagi-9.30 atau 10 pagi sudah habis waktu dhuha. Tujuan buat solat sunat dhuha ialah untuk meminta kepada ALLAH supaya memurahkan rezeki kita . Ya, commonly, orang buat solat ni sebab nak rezeki m

Solat di Mana-mana Sahaja, Di Depan Sogo Pun Boleh

Sehijau Daun shared Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan 's photo . Jawapan bagi yang musykil tentang solat di mana mana..susulan dr program STREET DAKWAH di SOGO. Berikut adalah jawapan dari Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre,moga be rmanfaat Kan banyak lagi surau, kenapa nak solat di luar? Program ini namanya dakwah. Dakwah itu mengajak. Nak mengajak orang solat walau dalam keadaan bagaimana sekalipun. Dalam masa yg sama ia juga pengajaran bahawa solat tak semestinya di surau dan masjid sahaja walau ia tentu terbaik. Jangan sampai kerana surau dikunci, tak jumpa atau tak sempat ke surau, terus dijadikan alasan untuk tinggalkan solat. Semua yang sertai hari ini memang lebih suka solat di masjid dan surau tau. Tempat sucikah? Kan mungkin ada kena ludah, anjing dah jalan dsb? Kaedahnya, yakin tak hilang dengan yang syak. Asal pada sesuatu tempat itu suci, selagi kita tak yakin ada najis di situ. Sekadar, "mungkin", "rasanya", "biasanya&q

Doa Iftihah dalam Rumi

Bacaan di dalam bahasa rumi:- Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila.  Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha, hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin.  Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin. Maksudnya: Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam). Perhatian: 1. Ayat: 'hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin . Inna solati wanusuk

Kita Akan Jadi Kufur Nikmat Bila Dapat Sesuatu

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah SWT. Begitulah kebanyakan manusia apabila sudah diberi nikmat. Dia lupa dengan siapa yang sudah memberikan nikmat tersebut (mengkufuri nikmat tersebut). Jadi, tak perlulah kita mempunyai nikmat tertentu kalau kita jauh dari ALLAH, kan?

Mari Banyakkan Istighfar

“Barangsiapa memperbanyak istighfar, Allah akan menjadikannya dari setiap kesusahan ada jalan keluar, dan dari setiap kesempitan ada penyelesaian, serta menganugerahinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”(HR. Ahmad dan Ibnu Majah). "Perbanyaklah memohon ampunan kepada Allah, agar anda mendapatkan kelapangan dan ketenangan hati, rizki yang halal, keturunan yang soleh dan pertolongan yang berlimpah disisi-Nya." Nasihat Ulama : "Ketika di tempat-tempat mustajab, janganlah kamu berdoa meminta agar dimudahkan rezekimu atau dipanjangkan umurmu, tapi mintalah agar dosa-dosamu diampuni". (dengan bersihnya dari dosa-dosa maka segala urusan akan dimudahkanNya, termasuk rezeki, jodoh, pekerjaan, ilmu dan lain sebagainya.) FirmanNya, "Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya." (Surat At-Thalaq.) Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu ter

Surah Al-Insyirah dan Maknanya dalam Bahasa Melayu

Surah Al-Insyirah بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu ?, وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu , الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ yang memberatkan punggungmu ? وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu . فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan , إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan . فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain , وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. Amin

Doa Ibu Bapa

Mahu Redha ALLAH Mesti Kena Ada Redha Ibu Bapa

Assalamualaikum. Biarlah gambar berbicara. Padahal dalam gambar dah ada tulisan! Hehe. Kan.. Redha mak bapa kita tu sangatlah penting. Tak guna korang 'berjaya' tanpa redha mak bapa. Kunci syurga kita ada pada ibu bapa kita. Ingat tu. Ibu adalah berkat kita. Bapa pula karamah. Semoga bertemu lagi ya.

Tangisan Melimpah Seperti Bendang pun Tak Guna

Assalamualaikum. Aku nak bagi tazkirah sikit. Ceduk dari senior aku masa sekolah dulu. Dia baru kehilangan ayahanda tercinta. " Tiada yg kekal didunia ini..Sesungguhnya Allah maha kuasa..titisan air mata yg melimpah seperti bendang takkan mampu menghidupkan semula org yg kita syg..sayangilah ibubapa kamu semua sementara mereka masih ada"    Beliau adalah Leman Raja Lawak  Kami satu sekolah. Dia peramah dan lucu orangnya. Suka menghiburkan orang. Beza umur kami lima tahun tapi kami pernah beberapa kali terlibat dalam perkhemahan Kelab Kembara dan Rekreasi. Best sangat. Kenangan oh kenangan. Indahnya. Sayangnya gambar tak ada. Entah di mana gambar.   Dah lama tak menulis ni, jadi balik la tak tau nak tulis apa. Lama duk fikir. Bila tak buka blog, idea mencurah-curah datang. Haish!

I Know You are There!

I know You are there Allah. I know You see my tears.  I know You hear my prayers.  I know You are testing me.  And all I ask from You is to strengthen my Imaan so I can handle the struggles in life and have patience. I love you my Lord.  My Allah.  Please keep me safe.  Ameen

Percakapan Meningkatkan Iman

Assalamualaikum. Aku nak berkongsi sesuatu kepada korang. Aku dapat dalam group kawan aku. Rasanya elok untuk dikongsi-kongsikan.. Allah yang bagi rezeki, bukan majikan yang bagi rezeki. Allah yang memberikan kesihatan, bukan ubat-ubatan yang memberi kesihatan. Allah yang berikan kebahagian, bukan harta yang memberi kebahagiaan. Hanya Allah yang Berkuasa, makhluk tak ada kuasa.. Ucaplah Lailahaillallah insya-Allah Iman kita akan meningkat. Percakapan ini ialah percakapan iman supaya kita tidak yakin selain pada Allah. Sebab itu syirik Khafi yg lebih bahaya dari Dajjal Laknatullah. Syirik yang kita tidak sedar. Nauzubillah minzalik P/s: Jadikan amalan harian di pagi hari. Pesanan buat aku yang sering lupa...amalkanlah. Insya-Allah, i man akan meningkat.

Apa itu Zikrullah

ZIKRULLAH (mengingati Allah) yang dimaksudkan ialah mengagungkan Allah,mensucikan-Nya,menyebut kalimah Allah,mengucap 'Subhanallah' dan melakukan pujian dengan berbagai bentuk dan cara. Manfaat zikrullah ini sangat besar sekali sebagaimana firman Allah di dalam sebuah hadis Qudsi: Maksudnya: Wahai anak Adam!Apabila kamu ingatkan aku (Allah) dalam keadaan sunyi sepi, Aku akan ingat pula kepadamu dalam keadaan sunyi sepi. Dan apabila kamu mengingati Aku di tengah khalayak ramai nescaya Aku akan mengingatimu di dalam khalayak ramai yang lebih baik dari tempat kamu ingat kepadaku. -Riwayat Bazzar dari Ibnu Abbas.

Wahai Lelaki, Utamakan Ibumu

PERHATIAN KEPADA SESIAPA YANG MERASAKAN DIRINYA LELAKI !!! Utamakanlah IBU anda terlebih dahulu berbanding ISTERI/AWEK anda.. Kerana walau secantik mana sekalipun isteri anda.. Berleher jinjang..Hidung bak seludang..Rambut ikal mayang..Pipi... bak pauh di layang-layang..^__^.. Isteri anda belum tentu dapat membantu anda ke syurga.. Tapi..Sehodoh mana pun Ibu anda..Berkedut sana sini..Beruban d merata tempat..Hatta tidak sempurna fizikalnya.. Tapii..ITULAH SYURGA ANDA SEBENARNYA !!

Hal Terindah Dari Wanita

Assalamualaikum. Hal terindah dari WANITA adalah: Bukan saat ia tersenyum bahagia, tetapi saat air matanya jatuh dalam DOA.  Bukan kerana kata2nya yang indah tapi saat bibirnya basah kerana ZIKRULLAH. Bukan kerana kecantikan yang mempesona tapi kerana SUJUDnya pada ALLAH. Bukan kerana keelokan tubuhnya tapi kerana keteguhannya dalam menjaga AURAT." Jom jadi wanita SOLEHAH! Fokus utama untuk jadi SOLEHAH. Haluskan hati dengan CINTA ALLAH dan RASUL. Tumpu dan hanya kisahkan DIA dan KEKASIHNYA sahaja. Semoga anda dapat sesuatu =)

Tujuan Berkahwin, Kerana Apa

Kahwin dan perangkap Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrap. Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut. Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak. Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya. Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati. Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI. HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya .

Open Tracker