Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel #PekaBahasa

#PekaBahasa 7: Killfie ertinya Swafoto Maut

Killfie ertinya Swafoto Maut adalah bermaksud mengambil gambar foto sendiri dengan menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital di tempat berbahaya yang boleh mendatangkan kematian. Contohnya mengambil gambar di huruf IPOH yang viral beberapa bulan lepas. Netizen mengecam tindakan tersebut dan anak-anak muda itu dihadapkan ke mahkamah kerana membuat sesuatu yang berbahaya dan dibimbangi akan diikuti oleh belia yang lain. "BAHASA JIWA BANGSA" Terima kasih singgah sini

#PekaBahasa 6: Dwibulanan Prakata Sosioekonomi Subseksyen Antidadah

Salah: Dwi bulanan Betul: Dwibulanan Salah: Anti dadah Betul: Antidadah Salah: Pra kata Betul: Prakata Salah: Sosio ekonomi Betul:  Sosioekonomi Salah: Sub-seksyen Betul: Subseksyen "BAHASA JIWA BANGSA" Terima kasih singgah sini

#PekaBahasa 5: Tatabahasa Pengulangan

Salah: di masa Betul: pada masa Salah: dari tuan Betul: daripada tuan Salah: senarai barang-barang Betul: senarai barang Salah: lain-lain faktor Betul: faktor-faktor lain Salah: berbanyak terima kasih Betul: berbanyak-banyak terima kasih BAHASA JIWA BANGSA  Terima kasih singgah sini

#PekaBahasa 4: Nap Jom, Meridap Sebentar

Take a nap, bila dah letih sangat atau tengahari Nap ialah meridap Meridap? Ha, sape tau apa itu meridap? Nap ? Sha pasti lebih ramai yang faham nap dari meridap. Meridap itu adalah nap dalam Bahasa Melayu Malaysia. Sha pun lebih suka pakai perkataan nap . Lepas ini boleh dah dapat guna perkataan meridap. "BAHASA JIWA BANGSA" Terima kasih singgah sini #PekaBahasa #Nap #DBP #BahasaMelayu

#PekaBahasa 2: Photobomb Menjadi Tunafoto Dalam Bahasa Melayu

Photobomb  Photobomb ialah tunafoto iaitu gambar foto yang terganggu atau rosaj disebabkan sesuatu yang tidak dijangka semasa mengambil foto. Pada Sha, gambar itu menjadi lawak apabila jadi tunafoto.   "BAHASA JIWA BANGSA" Terima kasih singgah sini #PekaBahasa #Photobomb #DBP #BahasaMelayu

#PekaBahasa 1: Pick-Up Line Ramai Nak Tahu Apa Erti Dalam Bahasa Melayu

Erti Pick-up Line dalam Bahaasa Melayu Pick-up Line ialah Kata Pikat. Ia merupakan komunikasi dengan niat untuk melibatkan orang yang tidak dikenali dengan menggunakan kata-kata atau ayat lucu dan romantik untuk menarik perhatian dan membuat janji temu. Pick-up Line ini mula popular dalam Maharaja Lawak Mega yang menghimpunkan ramai pelawak-pelawak dari Nusantara yang melibatkan negara Malaysia, Singapore, Brunei, dan Indonesia. Pick-up Line menjadi popular apabila pelawak-pelawak tersebut menyatakan "tidak sampai pick-up line" atau "pick-up line lambat" di dalam persembahan mereka. Selain itu, para pelawak menggunakan pick up line berirama seperti pantun dan ibarat. Contohnya,  "Awak ni kan, Nak Tau tak nak tau tak apa beza awak dengan banduan" Tak, Apa? "Banduan terperangkap dalam penjara, tapi awak terperangkap dalam hati saya. Cia, cia, cia" Banyak lagi contohnya yang popular. Anda boleh cari sendiri. #PekaBahasa #P

Open Tracker