Langkau ke kandungan utama

Faktor Gigi Cepat Rosak Ketika..

gigi rosak jika...



Faktor usia bukan penentu gigi cepat rosak. Kalau gigi itu kotor, akan rosaklah gigi tersebut. Berus gigi hari-hari tetapi tidak bersih sepenuhnya tetap akan membuatkan gigi berisiko mengalami kerosakan.
 
Contoh kes:

Ya, dalam pantang aku tak dan nak cara ke gigi ke apa. Akhirnya, gigi belakang rosak. Sekejap sahaja, dalam masa 4 bulan gigi rosak. Kisahnya, masa dalam pantang dan selepas pantang, tidak sempat jaga diri sendiri. Sibuk menjaga baby. Lepas tu, asyik makan cocojar sahaja. 

Baru cabut gigi rosak tu pada tahun ini. Tidak sakit pun. Sampai balik rumah pun tidak sakit. Mungkin juga disebabkan sudah lama rosak. 


Cara untuk memastikan gigi betul-betul bersih

1. Perlu berus atau meggosok gigi dengan teknik yang betul 2 kali sehari
2. Floss sekali setiap hari

Jika tiada floss, Sha ada mendapat nasihat dari dentist, perlu gosok gigi tanpa ubat gigi selepas makan. Jangan gunakan ubat gigi selepas makan kerana ada tindakan balas kimia di dalam mulut untuk menghancurkan makanan. Jika kita guna ubat gigi dalam tempoh  kurang dari 10 minit dari selepas makan, enamel gigi akan terhakis. Sama seperti makan gigit terus lemon, enamel gigi akan mudah terhakis.


Soalan dan jawapan sekitar penjagaan gigi.

1. Sebaiknya floss dahulu, baru berus gigi atau berus gigi dahulu, baru floss?
Kedua-duanya pun boleh. Tidak kisah mulakan yang mana dahulu. Apa yang penting, jangan tinggalkan salah satu.

2. Kenapa setiap kali floss gigi, gusi akan berdarah?
Gusi berdarah petanda gusi tidak sihat. Ada kuman (bakteria). Sila dapatkan rawatan scaling dahulu. Insya-Allah, gusi tidak akan berdarah lagi untuk satu tempoh.

3. Kenapa tampalan baru yang terasa sakit bila kunyah di tempat tersebut?
Perlu buat pemeriksaan semula di klinik gigi untuk tahu puncanya.

4. Betul ke orang kata kalau makin berusia (60 tahun ke atas), gigi secara automatik mudah bergoyang?
Tidak tepat kenyataan tersebut. Usia tidak menyebabkan gigi mudah bergoyang selagi mana seseorang itu menjaga kesihatan gigi dan gusinya dengan baik. Jika tidak dijaga dengan baik, pelbagai masalah gigi mungkin muncul.

5. Gigi susu anak lambat pula tercabut bila jaga elok-elok.
Setiap gigi susu ada tahap pertumbuhannya. Jika gigi kekal sudah mula tumbuh sedangkan gigi susu belum tergoyang, boleh berkunjung ke klinik giig untuk membantu cabut gigi kekal.
Sebenarnya, apabila gigi kekal sudah muncul, gigi susu sudah goyah. Kita boleh goyangkannya. Jika tidak, gigi kekal akan muncul membesar dengan tidak teratur. Kena buat scaling pula bila dah remaja. Kosnya tinggi.

6. Bagaimana cara untuk mudahkan anak menggosok gigi tanpa perlu dipaksa?
Sila perkenalkan berus gigi tanpa ubat gigi kepada bayi anda. Bagi dia biasa dengan berus gigi khas kanak-kanak. Bagi dia kenal apa itu berus gigi. Gigi susu anak lebih cepat rosak berbanding dengan orang dewasa.

7. Berapa kalikah waktu yang sesuai untuk gosok gigi?
Dua kali wajib semasa bangun tidur dan sebelum tidur. Paling kurang, gosok gigi sebelum tidur kerana kita tidur 6-8 jam. Lama. Kalau tidak gosok gigi sebelum tidur, gigi akan cepat rosak.


Kisah Sha

Sha tidak sempat nak duk kisah pasal gigi semasa alami alahan mengandung yang teruk. Gosok gigi ke ala kadar sahaja. Sebab nak elakkan daripada muntah semasa dan selepas menggosok gigi. Duk uwerk, uwerk!

Tapi alhamdulillah, gigi Sha ok lagi. Pergi ke dentist setahun lebih (12 Sept 2021), dia kata gigi elok, tiada sebarang masalah.
Bebaru ini, pergi (10 Oktober 2022) doktor kata ada 1 gigi goyang. Gigi yang goyang itu ialah gigi yang termasuk dalam sikit sejak 2011 ke 2012 kalau tak silap. Pada masa tu, sakit gigi, gigi yang itulah. Tetiba dah siap baik tu, gigi berenjak dari tempat asalnya, masuk ke dalam sikit.

Jadi, pada lawatan kali ini, ada 2-4 gigi yang gusi sudah turun sikit (periodental). Ngilu bila dentist scaling. (Baru tahu rupa-rupanya di klinik swasta boleh minta suntikan bius jika ngilu. Tetapi suntikan bius tiada di premis klinik pergigian kerajaan).

Biasanya 30 minit sahaja masa untuk scaling. Kali ini terpaksa mengambil 1 jam untuk scaling sahaja.
 
Kemudian, disebabkan Sha buat intro whitening maka lagi 15 minit duk bertapa di dalam klinik itu. Intro whitening itu, 15% dari seluruh full whitening yang ambil masa 1 jam.

Terima kasih singgah sini.

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker