Langkau ke kandungan utama

Nasihat Sharnaaz Kepada Caprice: "Jangan Buat Perangai Budak-Budak"


Live


Sha ada tengok satu IG Live ni. Nasihat Shaarnaz kepada Caprice: "Jangan buat perangai budak2". Ini adalah alasannya.. 

Ada ke pula Caprice nak gaduh dengan orang itu ini. Okay boleh tapi kena tengok dulu back up awak macam mana.. Power ke x. Sebab kita ni mentimun sahaja. Nak lawan dengan durian.

(Aduhai, orang kata durian dah nak habis musim.. Sha x beli pun lagi. Hari tu tak jadi sebab nak vaksin. Kang panas. Sekarang ni, sebab fikir, nak beli durian ke keperluan lain? Yang durian pun, awatlah mahai sangat?)

Lepas tu, dia cakap ada satu rahsia nak bagitau.. Ingatkan rahsia apa lah. Sekali, dia kata dia xkan balik Malaysia selagi tak tukar kerajaan sekarang. Tergelak je sorang lagi yang join live tu.

Memang budak2 betullah si budak ni. Dia nangis tau masa tu. Teringat parents dia kot. Masalahnya, parents nya pun dia minta tolong kawan dia tolong jenguk, jagakan.. Aigoo, x boleh nak brain!

Negara kita ni ada undang2. Ada raja berperlembagaan. Ada YDPAgong. Ada Parlimen.

Nak tukar pemerintah bukan senang yakmat kalau dari kita rakyat marhaen kecuali Pilihanraya Umum (PRU). Kalau xde PRU ingat senang nak tukar kerajaan dari tangan rakyat? Pasal PH ke PN tu lain. Bukan tangan rakyat.

Rakyat kita pula bukan jenis rakyat negara lain. Contoh terdekat Indonesia dan Thailand, sanggup berdemontrasi setiap bulan pun xpe. Kalau di Thailand, berbulan2 kan dulu Puak Kuning dengan Puak Merah. Ingat tak?

Malaysia berdemontrasi pun masa Reformasi, DS Anwar kena pecat je la. Tu pun lebih 20 tahun yang lalu. Lepas tu, BERSIH je la sampai siri BERSIH 4.0 kalau x silap.

Lepas tu kan diorang dapat mandat. Tapi x reti nak perintah. Duk ulang cakap kerajaan tak ada duit. Buang pekerja kontrak beribu2 orang. Kutip derma. Huru hara juga rasanya pentadbiran Kabinet Malaysia masa tu. Ye la, yang puak pelik2 pula rasa kuat. LGBT la, subversif la, Komunis la, macam2 la bagai diiktiraf.

Dapat tukar PN ni lega sikit. Nampak hala tuju Malaysia. Tapi tengah Covid. Kalau PH, jangan haraplah nak dapat bantuan kerajaan dan moratarium serta pengeluaran KWSP.

Tapi PN ni pun ada salah juga. Tengah Covid pi buat PRN Sabah. Sekali puak pembangkang pun join tapi balik Semenanjung duk kutuk PN.

Satu lagi lemahnya PN ni tak bagi angkat bendera putih. Eh, ko dah kenapa.. Ini inisiatif rakyat kepada rakyat. Ko nak tolong, ko tolong lah sendiri. Eh, ada juga YB PN menangguh di air keroh. Macam inisiatif dia pula. Tapi ok la dia sokong daripada YB lain yang menentang.

YB, awak tak rasa denyut nadi orang dalam kesusahan. YB duk rumah besar, laman luas, ada aircond. Cuba mai duk rumah flat ni.. Nak pijak tanah, tanah pun xde.. Sedih!

Kita ni dah besar. Ada fikiran. Boleh tengok. Boleh perhati. Ambil pengajaran.

Semoga Covid 19 ni cepat2 musnah dari muka bumi.

Jaga diri. Pakai mask. Jaga jarak.

P/s: cari apa yang lucu?

#BorakPanjang
#Luahan
#Perhati

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker