Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2019

Makanan Sampingan Yang Sesuai Untuk Tom Yam

Absolute Thai Nak makan tom yam? Tapi tak tahu apakah pilihan makanan sampingan (kawan-kawan) yang sesuai untuk dipadankan dengan menu utama? Di sini Sha kongsikan sedikit berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sendiri. Bebaru ni Sha keluar dengan bos dan kawan sekerja untuk serahkan dokumen penting kepada salah sebuah agensi kerajaan di Kuala Lumpur. Dah waktu rehat, kami singgah Sunway Putra Mall (SPM orang panggil). Mula-mula pilih Secret Recipe tapi boss nak cuba sesuatu yang lain. Jadi, kami pilih Absolute Thai. Aha, kat Wangsa Walk pun ada. Sha dah masuk kedai Thailand macam ni, memang nak makan makanan Thai la terutamanya tom yam. Perut dah lapar. Nak nasi. Tapi kalau semua tak nak tom yam yang besar sesuai untuk 3-4 orang makan, Sha kena ambil mee hoon tom yam lah. Tapi, akhirnya bos cakap kita beli tom yam n share. Nasi putih. Dia tanya, lagi apa.. Sha cakap lah. Kalau tom yam, sesuai dengan sayur kailan ikan masin, telur dadar. Complete. Pergh, sedapnya!

Eleh, Bundle Branded2 Pun Made In China Jugak

'Eleh, bundle branded2 pun made in china jugak'. Hello, mindset gini boleh blah jauh2. Nah. Sila baca dan hadam. Koran biasa dengar tak, barang tu datang dari US (Amerika Syarikat), tapi bila belek-belak balik tag buatan dia, ada tertulis “Made In China”, “Made In Indonesia”, “Made In Bangladesh” dan macam-macam lagi negara dan bukan US. Susah juga sebenarnya kalau nak jumpa tag made in US ni. Betul tak? Kalau di Malaysia, kebanyakan barang yang made in China ni selalunya barang tiruan atau barang branded yang kualitinya jauh lebih rendah. Malah, kadang-kadang orang panggil barang cap ayam a.k.a ayam brand. Tapi bukan ikan sardin cap ayam tu ye. Kang salah konsep pula. Hihi. Ok, berbalik barang daripada US tadi, sebenarnya tiada masalah dengan barang tersebut. Barang-barang branded seperti pakaian, hand bag, kasut, pinggan mangkuk dan sebagainya kebanyakan diperbuat di luar Amerika. Kenapa Jadi Macam Ini ? Sebenarnya pihak pengilang produk dari US se

Open Tracker