Langkau ke kandungan utama

Tips Terima Panggilan Temuduga (Interview)? Jangan Ambil Mudah!


Interview temuduga -sumber gambar: deviantart.com

Tips terima panggilan temuduga (interview), jangan ambil mudah. Banyak calon yang bagus tapi gagal hanya kerana gagal interview. Jadi, bersedialah ya.

1. Hafal cara-cara untuk menjawab soalan dan belajar perbaiki diri. Semua ini boleh diakses melalui internet. Banyak orang berkongsi cara untuk menghadapi temuduga (interview).

2. Perlu juga anda tahu apakah syarikat yang kita akan masuk interview tu  berada di dalam industri apa.

3. Bagitau, "Pengalaman saya bekerja selama 15 tahun." Matikan di situ. Tak perlu cerita pengalaman apa terlebih dahulu. "Saya pilih jawatan ini kerana saya yakin saya boleh menyumbang ke arah kejayaan cemerlang, tuan."

Kalau anda adalah kerani akaun, cakap, "Saya berpengalaman selama 15 tahun dalam accounting. Akaun syarikat tuan akan fine dan rigit."

Tipsnya, jangan bagi dia banyak tanya. Bagi cerita yang bagus-bagus, yang positif. Bolehlah tambah apa yang patut. Bagi bakal majikan rasa rugi jika tak ambil kita bekerja dengannya.


Nak minta gaji?

Seeoloknya, bab gaji ini agak sensitif. Ada tu dah lulus semua, majikan pun dah berkenan. Sekali gagal sebab demand gaji. Jadi, kita boleh berbasa-basi tentang gaji dengan majikan.

"Mengikut tuan punya pilhan. Bayar atas pengalaman saya. Jangan bayar atas saya." Majikan pasti akan terfikir untuk memberikan gaji yang setimpal. Sewaktu awal kerja dan dengan ekonomi Malaysia sekarang ini, bakal majikan hanya boleh memberikan gaji RM1.3-1.5K sahaja. Tak apa, bila dah comfirm kerja nanti, dapatlah kenaikan gaji.

Pointnya sekarang untuk membuatkan majikan sangkut dengan anda. Sangkut bagi kerja. Lepas tu, nak cari kerja lain ke, nak minta gaji naik ke, pandai-pandai lah ya.


Penutup

Point-point di sini, Sha dapat dari pegawai Jobs Malaysia yang memberi taklimat. Semoga bermanfaat dan selamat maju jaya. Semoga berjaya. Good Luck. Doakan Sha juga ya dapat kerja yang bagus-bagus dan gaji yang berbaloi-baloi.

Terima kasih singgah sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker