Langkau ke kandungan utama

Petua Tips Tambah Pendapatan Sampingan Di Rumah


Pendapatan sampingan yang menyeronokkan!

Petua Tips Tambah Pendapatan Sampingan Di Rumah. Banyak yang Sha cari dalam internet kalau tips nak tambah pendapatan sampingan, disuruhnya buat kerja online. Hmm, kalau dah jadi surirumah, mananya nak sempat pegang laptop dan mungkin duit nak beli data internet pun tiada peruntukan. Nak kena buat kerja translate atau ajar orang pula atau jawapan kepada soalan peperiksaan. Huh, 'masak'!

Pada pendapat Sha, ianya tidak sesuai kerana sibuk menjaga anak, nak main laptop, anak juga akan mengganggu. Tarik dan gigit wayar laptop. Hah, sudah! Hahaha..

Kalau korang ada anak yang behave dan buat hal sendiri sahaja, mungkin boleh guna laman web yang khusus untuk jana duit dengan melakukan kerja menulis sikit.

Jadi, idea Sha ni lain sikit ya.

1. Pengasuh Transit Budak Sekolah

Kalau korang mampu, boleh jadi pengasuh. Seorang budak dicaj RM250-350 seorang. Bayi biasanya RM350. Bila dah besar sikit, boleh caj RM250 bila budak dah pandai urus diri sendiri. Pengasuh kanak-kanak di rumah adalah terikat kepada 3 orang sahaja. Jika masuk kepada 4 orang, wajib berdaftar dan mengambil Kursus Asuhan Permata (KAP).

Kalau tak tahan bingit telinga dengar budak menangis, merengek dan kena berdukung bagai, korang boleh up grade kepada pengasuh transit sekolah pula. Apa yang perlu disediakan ialah memasak dan sediakan bilik mandi dan tempat tukar baju serta rehat kepada anak-anak sekolah. Apa yang penting, rumah berdekatan dengan sekolah. Jika ada 'kelebihan', boleh sediakan pengangkutan ambil dan hantar anak-anak transit dari dan pergi sekolah atau ke rumah mereka. Seorang budak boleh dicaj sehingga RM250. Bayangkan kalau 4 orang budak, dah dapat RM1000 kasar.


2. Letak kuih di kedai-kedai mamak

Letak kuih di kedai-kedai mamak. Ada seorang kenalan kongsikan beliau mampu menjana beribu-ribu ringgit sebulan hanya dengan meletakkan sandwich di kedai-kedai mamak. Kenapa sandwich? Kenapa kedai mamak?

Sandwich orang akan makan tak kira masa. Siang, malam, pagi dan petang. Selain itu, kuih Melayu banyak sangat jenisnya. Kalau boleh korang fokus. Kuih juga cepat basi sebab ada santan. Korang kena cari kuih yang tahan lama dan tak leceh proses pembuatannya.


Manakala kenapa kedai mamak? Sebab kedai mamak biasanya buka 24 jam. Salah satu lagi sebab memilih kedai mamak ialah kerana semua bangsa dan kaum suka lepak situ. Kira kan 1 Malaysia. Jadi, keuntungan lebih tinggi.

Tapi tak salah kalau nak letak kat kedai Melayu atau kat tempat lain. Aha, lagi satu tempat, kat Petronas. Tapi agak ketat sendiri prosesnya. Sepupu Sha pernah cuba nak masuk situ tapi tak berjaya.


Untuk semua tempat ini, korang kena keluarkan modal dahulu. Bagi tauke rasa dahulu. Buat lebih. Biar mereka membuat penilaian. Kalau setuju, alhamdulillah. Korang dah boleh letak barang niaga korang kat tempat mereka.

Untuk letak kuih di kedai-kedai mamak, korang perlu bangun awal pagi untuk sediakan makanan tersebut. Awal pagi edarkan ke kedai-kedai terpilih. Kemudian, pukul 10-11 pagi dah boleh collect (kutip) duit untung dari sana!


2.1 Boleh juga buat khidmat katering

Katering sekarang ni masyuk juga. Tapi pastikan bersih dan sedap. Harga yang berpatutan. Konfirm orang akan cari lagi.


3. Cari kerja dari supplier

Kupas kulit bawang ambil dari supplier (pembekal) di mana mereka perlu hantar ke rumah dan kita kupas kulit bawang seberapa banyak yang boleh sambil membawang.

Ada di kilang-kilang selalunya di kawasan tertentu ada yang hantar untuk buat kotak milo, barangan untuk  hotel-hotel, kasut kanak-kanak dan pelbagai barangan untuk di berikan kepada kaum surirumah tangga menambah ekonomi daripada tak buat apa-apa, asyik main whatsapp dan facebook sahaja.

Selalunya kilang-kilang akan beri dan mereka akan hantar ke rumah dan ambil. Dibayar ikut kemampuan apa yang diberi. 


Dia macam ni, benda-benda tu kilang yang keluarkan product. Mereka bagi pada kita suruh buat sebab ada order daripada pihak luar. Jadi mereka ni bagi la pada suri2rumahtangga buat untuk tambah ekonomi melalui pekerja kilang tersebut yang tahu pada siapa mereka nak beri.

Benda ni dah lama. Itu sebab kalau kita tengok kaum Cina rumah mereka ada bermacam barang-barang, itu la kerja mereka. Ada yang susun kerta ang pau. Kertas ang pau dimasukan dlm plastik dan bila sudah ada 3000 keping mereka ambik dan letak di pasaraya-pasaraya untuk dijual.

Inilah kerja yang kilang bagi pada mereka.

Kalau bawang kita tengok di pasaraya ada bawang yang di jual sudah siap kupas kulit seperti bawang putih dan bawang besar.

Kasut kanak-kanak selalunya ada di kedai kedai babyland. Kasut ni mereka suruh kita jahit butang atau apa saja. Kelengkapan mereka beri untuk buat kerja. Terpulang kepada mereka.

Kalau yang pandai menjahit mereka hantar baju ke rumah dan suruh jahit tepi dan mesin mereka bagi. Dah macam kilang rumah kita.

Kadang kala ada yang suruh susun beg laundry hotel.




Apa pun, bila kita berusaha, kita akan mendapat hasilnya. Bumi Malaysia ini sudah lama digelar Suvarna Bumi = Bumi semenanjung emas. Orang luar (pendatang asing) berebut-rebut mencari rezeki di Malaysia. Bila ada peluang mereka membuka perniagaan servis mereka sendiri dan lebih kaya dari kita.


Terima kasih singgah sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker