Langkau ke kandungan utama

Petua Tips Petua Untuk Memasak Sedap



Makanan Malaysia memang sedap-sedap.

Dah lama Sha nak kongsikan tips petua untuk memasak sedap. Sha pun tak ada lah pandai masak sangat. Masak biasa-biasa sahaja. Tapi bolehlah ada rasa sedap tu. Dapat pujian "sedap" dan 5 bintang dari suami pun dah cukup baik. Lepas tu, suami akan cakap, "Esok awak masak lagi macam ni"

Kira ok la kan..

1. Nasi sedap Wangi Satu Rumah
 Kadang beras kita tu tak elok atau rasa tawar sahaja. Aha, nak tambah bagi sedap sikit dan berselera nak makan nasi?

Sha ada petuanya.

2-3 ulas bawang putih - dipotong panjang-panjang
1 inci halia - dimayang
1 helai daun pandan - disimpul

Basuh, toskan beras dan letak air macam biasa. Kemudian masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam periuk. Tak perlu kacau. Masak nasi seperti biasa. Nanti, nasi akan harum semerbak. Pasti ada yang akan bertanya masak apa wangi sangat ni.

2. Telur Dadar Sedap Nak Mati

Telur dadar, ada je yang sedap. ada yang tak berapa nak sedap. Tapi kalau nak tau resipi telur dadar sedap nak mati boleh baca kat bawah.

1. Asingkan telur putih dan telur kuning ke dalam bekas yang berasingan.
2. Dalam telur putih. buangkan telur yang agak keras sikit. Itu yang membuatkan telur hanyir.
3. Blend / putar guna mesin telur putih sehingga naik buih
4. Dalam bekas berasingan, kacau dengan garfu telur kuning bersama-sama bahan untuk masak seperti serbuk kunyit, garam, gula, bawang merah, bawang putih, cili padi potong, daun sup dan lain-lain yang dimasukkan.
5. Tuang telur putih yang telah diputar tadi ke dalam bahan telur kuning. Kacau bagi rata.
6. Goreng seperti biasa. Jangan lama sangat, sebab cepat hangus.

Tips: jangan campurkan telur putih dan telur kuning untuk diputarkan. Kalau bercampur, tidak gebu (fluffy) nanti.


Ini sahaja untuk kali ini. Ada lagi tapi tak ingat. Semoga dapat dipraktikkan dan memberi manfaat.

Terima kasih singgah sini

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker