Langkau ke kandungan utama

Sakit Pinggang Itu Adalah Batu Karang!


Sakit pinggang, jangan ambil endah


Pada pagi semalam (3.12.2017), Sha pergi hospital nak ambil ubat antibiotik utk kencing kotor dan sakit pinggang (dlm istilah doktor UTI). Kalau kencing kotor dan ada sakit pinggang maknanya bakteria dah merebak ke buah pinggang.

Tapi result air kencing menunjukkan ada batu karang! 😱 Oh My God! Terkejut jugak. Memang terkejutlah.

Ingatkan ada kencing manis sebab kerap kencing malam, kencing kuantiti banyak dan sakit sikit bila kencing.

Sebab batu karang dan kencing kotor ialah selalu tahan kencing dan kurang minum air. Tahan kencing sebab malas nak pergi tandas selalu bila kat ofis dan bila malam sebelum tidur tu, hei penyakit M (malas) tu memang besar la. Walaupun dah terasa nak kencing tapi masih lagi duk tahan, nak kencing esoknya. See, very bad habit. Bila ada dengar orang kena batu karang, baru nak perbaiki habit balik. Bila dah lupa buat balik. Aip, nak kena babab ni!

Sha nak cerita sikit. Sha memang duk sakit pinggang tapi sekejap sahaja dan sebelah malam je. Sebelah kanan, sebelah kiri. Ingatkan salah tidur sebab memang ada tertidur awal. Sebenarnya, memang rasa macam-macam alasan. Tu yang tak alert.

1.  Jumaat (24.11.2017) ada buat pot luck. Sha asyik duk minum air manis je. Kebetulan sedap pula Sha bancuh hari jamuan ni. Air kosong memang tak minum pun. Makan pun berulang-ulang kali. Masak lemak ikan masin nenas, sambal udang petai dan ulam jantung pisang dan petai. Sedapnya..

2.  Zumba. Maaf bukan nak salahkan aktiviti sihat berzumba. Tapi dah lama giler tak bersenam. Rindu zaman berpeluh dulu. Bersilat..Jadi otot yang tegang itu dah sakit.

3.  Kat ofis memang tak ada bekalan air minum kerana telah tamat kontrak. Tunggu tahun depanlah. Jadi, makin kurang minum air.


Cara Ubati Sakit Pinggang

Urut? Dah suruh suami urutkan. Ya, ok lah sikit. Tapi lepas tu sakit balik.

Sha memang dah minum air barli. Kesannya memanglah ok. Jap je ok. Lepas tu, sakit balik. Sakit sebelum habis kencing dan sakit pinggang kat belakang dan depan.

Sha up status dalam facebook. Ada kawan kata makan ubat dan urut. Kemudian ada kawan yang background kesihatan bagitau mungkin dah berjangkit kat buah pinggang dan perlu melalui ujian urin untuk memastikan bakteria.

Pantang makan

Dah sakit ni, kenalah berpantang makan.

Udang
ikan bilis
kerang
tiram
kupang
kepah
lala-lala

daging

bayam
ubi keledek
kacang
lobak merah
daun seleri
pasley (pasli)
kale (daun kubis)
lada hitam
garam

coklat
koko
teh
kopi

buah anggur

 air mineral yang botol tudung biru


Ha, banyak la.. Jenuh kena pantang.


Pengajarannya, kawan-kawan jangan tahan kencing dan banyakkan minum air ya.

Kadang-kadang tak sedar tabiat buruk yg kita dah buat boleh jejaskan kesihatan. Kesihatan amatlah berharga dan mahal harganya.


Terima kasih singgah sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker