Langkau ke kandungan utama

Aktiviti Riadah Jabatan atau Organisasi



Aktiviti Taman Botani Negara Shah Alam, Selangor

Berikut merupakan contoh aktiviti riadah jabatan atau organisasi yang boleh dilakukan pada masa akan datang. 


Assalamualaikum dan Salam Satria : Nadi Negara Ku

YBhg. Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI AKTIVITI REKREASI DI TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM ANJURAN RUMAH HIJAU MINDEF

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Rumah HIjau MinDef akan menganjurkan Aktiviti Rekreasi di Taman Botani Negara Shah Alam, Selangor pada 25 November 2017 (Sabtu). Penyertaan bagi aktiviti ini akan diberi keutamaan kepada ahli Rumah Hijau MinDef seramai 40 orang. Walau bagaimanapun, sekiranya kuota tersebut tidak dipenuhi oleh ahli Rumah Hijau MinDef, ianya terbuka kepada ahli rumah lain berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam senarai aktiviti yang dirancang seperti berikut:   

Masa
Aktiviti Rekreasi Di Taman Botani Negara Shah Alam Anjuran Rumah Hijau Mindef
25 November 2017 (Sabtu)
Caj individu bagi peserta Rumah Hijau MinDef
(RM)
Caj individu bagi peserta Rumah Biru/Oren/Merah MinDef
(RM)
7.00 pagi
Bertolak dari MinDef
RM15.00
RM25.00
8.00 pagi
Sarapan pagi
9.00 pagi  
Senamrobik
10.00 pagi  
Jungle Trekking
11.30 pagi  
Aktiviti Memanah (15 Arrows)
1.00 tengah hari    
- Makan tengah hari
- Cabutan Bertuah
- Solat
2.30 petang 
Bertolak balik ke MinDef
Nota:
Setiap peserta dikehendaki membawa satu (1) cenderahati dengan nilai tidak kurang RM10.00 bagi sesi pertukaran hadiah/cabutan bertuah.


3.         YBhg. Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh melengkapkan borang penyertaan seperti di Lampiran A beserta bayaran yang telah dinyatakan di atas dan diserahkan kepada Urus Setia Rumah Hijau MinDef di Pintu 02.02, Wisma Pertahanan sebelum 19 November 2017 (Ahad). Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pihak Urus Setia seperti berikut:

Bil.
Nama
No. Telefon
i.
Encik Ahmad Al-Muhaymin bin Abd Wahab
ii.
Puan Asmariah binti Ahmad
iii.
Encik Mohd Faizal bin Baharom
iv.
Encik Mohd Nazrul bin Abdul Latiff




Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"PERTAHANAN NEGARA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
URUS SETIA RUMAH HIJAU MINDEF
UNIT URUS SETIA DAN KEWANGAN
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
TEL: 03-2071 5717 / 5074
FAKS: 03-2059 8449
EMEL: urusetiabpsm@mod.gov.my

Terima kasih singgah sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker