Langkau ke kandungan utama

Pengalaman Bersalin Sha di Hospital Angkatan Tentera

Baby Sha, hari kedua lahir

Sha nak cerita pasal pengalaman bersalin. Sebenarnya memang dah lama nak cerita, sejak Sha lalui pengalaman tersebut. Namun, rasa nantilah, nanti lah, nak ambil feels dulu. Nak penceritaan yang menarik dan best. Sebab cerita ini ada sesuatu.

Dan ada juga rasa patah hati pada orang yang merendah-rendahkan kita. Ye la, kita bersalin kat hospital kerajaan. Dia bersalin kat hospital swasta, berbayar RM10 ribu, k. Ko hado? Nan hado.. Hihi. Sha tunggu suasana redha dulu baru nak cerita.

Selain itu, faktor yang Sha nak cerita juga sebab bebaru ni, Sha dah terlupa nama Brig Jen Dato' Lecmi.. Aduh. Sha risau terlupa semua nanti. It's very precious moment that u cant forget. But, if i am forget, how terrible my memory. That's why i want to jot down  here and elaborate then. Okay.

Sebelum itu, korang boleh baca dulu sebab kenapa Sha nak bersalin di Hospital Angkatan Tentera.
dan pengalaman buat check up di hospital tersebut.

Sha masukkan apa yang asas dulu ya.
9hb Ogos 2017 check in hospital, 6 petang
10hb Ogos ada keluar tanda 'show' macam darah haid tapi sekali sahaja. Kalau periodkan panjang dan berterusan. Show ini macam bersalin lah, sekali lalu sahaja.
Malam, Sha demam. Pakai baju tebal 2 lapis pun masih rasa sejuk. Menggigil. Doktor suruh Sha mandi pukul 10 malam.

11hb Ogos 4 pagi, doktor check bukaan 4cm. Terus minta masuk labor room (LR) pukul 7 nanti. Tapi dia pesan untuk sarapan (minta suami bawakan) dan mandi.
Suami datang pukul 6 lebih. Bawa roti dan tuna. Sha tengah mandi masa tu. Nurse cakap Sha mandi.

Makan tuna, muntah lagi. Makan juga, muntah juga. Kecewa juga sebab dia bawa tuna. Dah pesan beli nasi kandar.

Boleh pula masa Sha call dia buat tak tahu je. Mengantuklah, malaslah. Mandi lah, bersiaplah. Sape yang nak bersalin ni? Ya ampun..  Banyak kali call juga la, baru nak bersiap datang hospital. Padahal dekat sahaja. Geram juga Sha.

Sebelum nak gerak ke LR, Sha pergi berak dulu.

Salam cium tangan suami sambil minta maaf. Naik wheel chair yang Nurse dah tunggu depan muka pintu sebab katil Sha tepi pintu.

Masuk LR pukul 7 pagi.
Suamilah yang layan Sha. Sambil sembang-sembang. Nurse borak kat luar. Ubat tahan sakit.
Baby tidur.
Makin lama, makin banyak contraction. Macam pengisar dalam perut.
6cm
8cm pukul 12. Doktor suruh tunggu tapi nurse nak cepat. Boleh makan lunch sesama.
Ramai bagi sokongan, rasa macam berlumba lawan lari je. Hihi.
pukul 12.54 lahirlah anak sulung mama.

Jahit. Ayah azankan di bilik sebelah. Air milo dan biskut disediakan.
Maiden (bidan). Darah mercik.
Doktor datang, buka balik.
Doktor pakar.
3.15 tolak masuk Operation Teather (OT)

Urusan masuk OT siap 3.30 masuk OT.
Pakar Bius - Doktor Faiz
Bius separuh atau tidur terus.
Tidur terus.

Cucuk. 3 kali tarik nafas. terus tak sedarkan diri.
Sedar pukul 6.30 petang, nama dipanggil.

Pukul 7, masuk wad.
Tukar bilik. Dekat dengan pemerhatian nurse.
Doktor tak kasi makan atau minum. Ya ALLAH, dari pukul berapa lagi. Dari 7 pagi sehingga 7 malam, tak makan lagi. Tadi pun makan tapi muntah, kan..

Disiapkan dengan tiub air kencing.

Bersambung. Nanti ada masa yang fine, Sha cerita satu persatu, k.


Terima kasih singgah sini

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker