April 2016 | ! sha my heart

.

Isnin, 25 April 2016

1.2 Juta Peminjam PTPTN Disenarai Hitam Dalam CCRIS


Seramai 1.2 juta peminjam PTPTN disenarai hitam dalam CCRIS, bermula semalam iaitu 24 April 2016. Fuh, ramainya yang tak mampu nak bayar balik pinjaman pelajaran. Kalau buat macam MARA okay juga, dapat diskaun berdasarkan kelas pointer kita.


BUKIT MERTAJAM - Seramai 1.25 juta peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).
Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, peminjam tegar itu bukan sahaja disenaraikan dalam CCRIS oleh PTPTN malah oleh pelbagai institusi kewangan lain.
"Ada peminjam PTPTN itu turut gagal membayar hutang dengan institusi kewangan lain.
"Sebenarnya CCRIS bukan bertujuan menyenarai hitam nama peminjam, sebaliknya untuk kemudahan institusi kewangan lain melihat rekod peminjam untuk urusan kredit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) Plus, di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya mula menyenaraikan peminjam tegar ke dalam sistem maklumat itu secara berperingkat sejak 16 Jun tahun lepas yang bertujuan menggalakkan peminjam supaya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam membayar balik pinjaman.
Katanya, peminjam yang mempunyai rekod pembayaran buruk berisiko sukar memperoleh kelulusan pinjaman dari semua institusi kewangan, termasuk bagi permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, perumahan dan kenderaan.
Dalam perkembangan lain, Shamsul Anuar berkata PTPTN menyasarkan RM2 bilion didepositkan ke dalam produk baharunya SSPN-i Plus, yang diperkenalkan sejak Jun tahun lepas, menjelang tahun 2020.
Beliau berkata, setakat ini sebanyak 7,237 akaun SSPN-i Plus telah dibuka membabitkan nilai deposit RM534,000 dan menjangkakan 30,000 akaun lagi akan dibuka sehingga hujung tahun ini.
Katanya, pendeposit yang menyimpan dalam SSPN-i Plus boleh memilih pelbagai pakej dengan cara potongan gaji termasuk pakej serendah RM50 sebulan berserta pelbagai kelebihan lain.
Beliau berkata, sempena tahun pertama pelancaran SSPN-i Plus, PTPTN turut menganjurkan cabutan bertuah kepada pendeposit dengan tawaran hadiah berupa sebuah apartment bernilai RM500,000, kereta BMW dan Honda CRV serta barangan lain bernilai kira-kira RM3 juta.
SSPN-i Plus adalah pelan simpanan terbaik yang menggabungkan simpanan pendidikan dan pakej perlindungan takaful yang murah dan komprehensif. - Bernama

Memikirkan hutang ni buat hati tak tenang. Hutang memang nak kena bayar balik tapi hutang yang banyak ni fikir macam-macam pula. Suatu hari nanti akan jejak juga kaki ke kaunter atau pejabat PTPTN untuk melangsaikan hutang. Harap-harap ada jalan penyelesaian yang terbaik.

Jumaat, 8 April 2016

6 Sebab Bateri Telefon Cepat Habis, Tidak Seperti Ketika Baru Beli

Tips Penjagaan Bateri Handphone
6 sebab bateri telefon cepat habis tidak seperti ketika baru beli, ramai yang ingin mengetahui apakah puncanya. Masa awal beli bateri tak caj dua hari pun tahan. Sekarang ini, baru sahaja penuh, tetiba eh dah habis! Terdapat dua punca utama iaitu manusia dan mesin.

Manusia

1. Penggunaan yang kerap
Kejap-kejap nak pegang telefon. Kejap-kejap tekan telefon bimbit. Buka itu ini.

2. Menggunakan perisian (software) yang dimasukkan (install) ke dalam telefon bimbit (handphone) adalah besar dan berat. Ini akan memakan ruang simpanan (storage) dan juga penggunaan bateri akan meningkat.

3. Penggunaan data internet
Ini adalah faktor utama yang ramai giler mengeluh, apabila guna data internet, bateri cepat habis. Ya, apabila kita mengaktifkan data internet, bateri akan cepat habis. Hal ini disebabkan oleh telefon bimbit kita perlu bekerja sentiasa untuk memberi kita update terbaru. Kita mungkin tidak nampak di belakang tabir apa yang berlaku.

4. Penggunaan yang banyak
Kita simpan itu ini dalam handphone. No telefon, calender, what to do, gambar, video, game dan pelbagai lagi mak nenek kita sumbat dalam handphone yang hanya mempunyai berapa GB (giga byte) sahaja memorinya.

Mesin

1. Memori
terdapat dua jenis memori iaitu internal memory dan Internal memory. Internal memory. itu sudah dibina bersama-sama dengan handphone kita (dipanggil juga memori handphone) manakala external memory ialah SD Memory -kad memori yang biasanya kita boleh pilih nak yang berapa gb seperti 2 gb, 4gb, 8gb, 16 gb, 24gb dan sebagainya.

2. Virus
Aha, ini yang menakutkan. Bila virus menyerang, fuh nauzubillah lah jawabnya. Selamatkan data dan dokumen yang ada dahulu. Lepas itu, bawalah pergi ke kedai untuk baiki.

3. External Memory (Memori Luaran) Tidak Berfungsi (malfunction)
Apa kena mengena memori dengan bateri?Ada kaitannya. Apabila external memory tidak berfungsi, memori handphone akan penuh. Ia akan memakan bateri kita.


Solusi/Penyelesaian

1. Hadkan penggunaan
Jangan asyik nak 24/7 je pegang handphone. Pegang Quran lagi bagus. Hehe. Bersosiallah dengan dunia luar sama. Jangan cipta sejarah dalam surat khabar di Malaysia, mati kerana terlalu asyik dengan telefon. Kat negara luar, mungkin sudah ada. Oh tidak.

2. Buat 5 S
Buka dan kemaskini balik apa yang tersimpan dalam gerobok hp anda tu. Mungkin dah terlampau banyak data atau dokumen yang dimasukkan. Jika boleh buat seleksi (pilihan) simpan apa yang perlu sahaja. Yang mana tidak perlu, bolehlah dialihkan ke tempat simpanan yang lain seperti menyalin ke dalam komputer dan external hard disk. Padam apa yang tidak perlu. Tak perlu simpan.

3. Bateri tambahan
Bateri tambahan yang popular sekarang ialah power bank. Terdapat pelbagai pilihan power bank. Harga pun tidaklah mahal. Benda ini penting untuk menyelamatkan bateri anda bila dah merah/hampir flat (habis). lagipun, dengan membawa power bank bersama, kebimbangan telefon akan mati akan kehabisan bateri tidak akan timbul.

4. Caj sekadar penuh sahaja
Apabila bateri penuh, tutuplah atau cabutlah sambungan daripada  cajer. Ramai yang suka sambil mengecas, sambil main handphone. Hindari tabiat buruk tersebut.

Kesimpulan

Gunakan handphone dengan berhemah. Handphone sangat penting pada zaman ini kerana pelbagai perkara boleh dibuat hanya menggunakan telefon bimbit tambahan pula ia seperti satu 'kewajiban' untuk mempunyai data kerana semua maklumat akan disalurkan melalui internet seperti whatsapp, telegram, facebook, email, dan sebagainya.

Entry yang berkaitan dengan tajuk ini:
http://sha-myheart.blogspot.my/2011/06/tips-penjagaan-bateri-handphone-telefon.html
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...