Langkau ke kandungan utama

Demam Selesema, Terima Kasih Sang Suami Berkorban


suami dan anak terchenta masa ni kat UTC Kedah
Semalam, 20 Disember 2016, aku dapat demam selesema. Mujur lah dapat suami yang sangat memahami dan banyak berkorban. Terima kasih sang suami berkorban untuk isteri dan anaknya. Baby pun duk baik sahaja malam tadi.

Kat tempat kerja, teruk dah jadinya. Demam, bersin, sejuk gila kaki dan jari. Macam ais dah. Kepala berat rasa ada virus dan pening. Muntah juga. Petang tu pukul 3.45 petang, sudah tak larat lagi. Suami tanya, mahu balik rumah ke, ambil MC ke. Tapi fikir balik, rugi saja 'hari bekerja' hari ini kalau balik rumah dan ambil MC. Lagipun tunggu lagi dua jam sahaja untuk punch card dan balik!

Suami tanya juga kalau-kalau mahu pergi klinik untuk ambil ubat dan MC pada sebelah petangnya. Tapi, aku tak mahu. Tahu-tahu saja lah klinik sebelah KL ni bukannya nak bagi MC untuk esok. Bagi MC untuk hari tersebut sahaja. Baik pergi ke klinik esok pagi sajalah kalau tak larat sangat.

Pagi ini, terjaga. Masih berfikir, nak pergi kerja ke tak. Kalau tak pergi kerja, air paip pun tak ada (sebab ditutup nak buat selenggara TNB. Satu KL dan Selangor pun kena. Suami dah ambil air dari Alam Flora tapi dalam masa satu malam sahaja dia habiskan. Aku tak tahu apa yang dia buat dengan air tu. Yang tahu, dia basuh mangkuk pinggan yang tak terbasuh sebab air tak ada. Aku tidur awal sebab tak larat. Jaga pun pukul 2.15 pagi. Pergi bilik air, tengok tong air dah kosong. Mungkin dia guna untuk bersihkan diri).

Baby pun duk baik sahaja malam tadi. Tak nangis-nangis. Nangis pun sebab nak susu. Aku susukan dia dalam dua kali. Aku pun masih manyau2. Tak ingat sangat. Nasib baik ada suami tolong tengok-tengokkan dia. Alhamdulillah.

Pagi ini, sudah segar. Ikut hati malas nak ke tempat kerja. Tapi, fikir balik, kalau tak kerja, air tak ada kat rumah (kat tempat kerja ada air), makanan pun tak ada (kena masak atau beli). Kalau tak pejabat, ada makanan untuk hari ini kerana ada jamuan. Pula tu, aku dah berjanji nak bawakan makanan untuk jamuan. Lagipun jamuan untuk meraikan kakak tempat kerja nak berpindah. 

Semasa mendapat tahu pertukaran beliau, aku sedih gila. Nak balas whatsapp group pun tak mampu, air mata nak mengalir. Dah la aku berada di bank dengan orang ramai penuh sesak. Nak tukar kad baru yang ada MyDebit dan PayWave. Kan dia bagi masa hingga minggu lepas punya. Lepas ini, kena caj RM12.70 satu kad.

Ini adalah entri peribadi. Apa guna blog kalau tak gunakan fungsinya iaitu berkongsi tentang personal..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker