Langkau ke kandungan utama

Kembali Bekerja Setelah Tiga Bulan Cuti Bersalin

Ni gambar bekerja sebelum bersalin

Sha kembali bekerja setelah tiga bulan cuti bersalin. Empat bulan sebenarnya, Ogos, September, Oktober dan November tapi kira 90 hari sahaja. Hahaha, trick bulan saja tu. Ikutkan hati, nak saja cepat masuk kerja. Duk rumah bosan. Kejap sahaja masa berlalu. Rasa terlalu cepat, pagi, tengahari, petang dan malam. Esok mulakan hari yang baru. Tapi dekat nak kena masuk kerja, mula rasa tak nak lagi, nak duk rumah dulu. Hehe, mengada.

Cuti Lama

Seronok cuti lama? Memang seronok cuti dapat berehat. Tapi yang tak seronoknya adalah kerana suami jauh. Dua minggu sekali balik jenguk anak bini kat kampung. Itu pun cuti tidak lama. Sehari dua sahaja. Ada juga yang balik hari. Tak apalah daripada nak menanggung rindu. Hohoi, tak tertahan rasa rindu ini. Dua minggu nak tunggu pun rasa hari berlalu macam nak dipercepatkan sahaja. Jadi, tiga bulan tu tak ada la terasa sangat. Rasa nak cepat jumpa suami sahaja.
Ilmu Keibubapaan

Kalau jumpa suami, baru rasa ada orang nak back up kalau buat salah. Hehe. Padahal tak pun. Kalau salah, suami yang akan marah dulu. Sha nak suami ada di sisi, sebab boleh belajar dan lihat perkembangan bayi sama-sama. Al-maklumlah anak pertama dan kami kurang ilmu keibubapaan dan cara uruskan bayi. Banyak belajar dari mak ayah dan adik yang sudah ada anak dua orang. Sebenarnya, Sha tak bersedia pun dengan ilmu ni semua. Persediaan ilmu nak bersalin pun dua minggu sebelum bersalin, baru cari. Ayo, teruknya Sha.

Lapor Diri

Naik pejabat, terus pergi lapor diri kepada big boss. Ye lah, kita kan bawah dia. Tak mengadap kang, apa plak katanya. Pagi-pagi Sha dah lapor diri kembali bertugas. Jumpa kawan-kawan. Ramai yang tegur. Gembira.

Apa pun, banyak nak kena catch up balik. Ye lah, sudah tiga bulan tinggalkan pejabat. Banyak sudah kena up date kemaskini balik. Gosip dah up date dah seawal hari pertama. Hahaha. Itu yang penting untuk sama-sama bekerja. Senang bila semua berita sudah tahu. Tak de la blur-blur bila orang cakap double meaning lagi.


Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker