Langkau ke kandungan utama

Pengalaman Buat Pemeriksaan Check Up Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan

Al kisah, Pengalaman Buat Pemeriksaan Check Up Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizanpada 4 Ogos 2016, Sha bersama suami ke HAT Tuanku Mizan, Wangsa  Maju untuk membuat pemeriksaan pertama mengandung kerana merancang untuk bersalin di sini. Kalau nak bersalin di HAT Mizan kena sekurang-kurangnya sekali sahaja melakukan pemeriksaan tahap kesihatan di sana.

Kami parkir di tingkat 2 (walaupun macam nampak satu tingkat sahaja, namun ia adalah tingkat 2). Lepas tu cari lift untuk ke tingkat 3. Masuk ke Klinik Pakar, sebelah lobi tu ye. Pergi ke Klinik Obstetrik dan Ginekologi (O&G). Tanya jururawat yang berada di kaunter, bagaimana untuk mengambil no giliran. Sha dimaklumkan pergi ke bahagian hasil untuk mendapatkan no giliran. Ha, kat mana pula bahagian hasil tu. Sha masuk ke farmasi (pintu kaca), tanya kepada farmasis kat situ. Diorang pula blur. Akhirnya, Sha perasan yang tersalah tempat. Sha bagitau, di mana bahagian hasil. Farmasis tersebut memberitahu keluar balik dari sini dan ke lobi, pandang kanan. Kaunter pendaftaran.

Lor, kaunter pendaftaran tu dipanggil hasil rupanya. Sedangkan tak ada pun tulisan berkenaan hasil. Maaf, Sha tak pernah berurusan dengan pihak hospital. Tak pernah masuk hospital. Kalau ada famili yang masuk pun, bukan Sha orang yang pergi berurusan. Jadi, Sha tak tahu. Pernah juga orang cakap pasal hantar Guarantee Letter (GL) dan bayar di Bahagian Hasil. Sha bayangkan bahagian hasil tu betul-betul bahagian la, ada pejabat yang luas.

Setelah Sha terangkan sikit pasal nak ambil no giliran, staf di kaunter hasil terus faham. Fuh, senang sikit kerja, tak perlu nak terang panjang-panjang. Dia minta kad temujanji yang telah diberikan semasa datang untuk mendapatkan (booking) tarikh jumpa doktor. Oh ya, Sha belum bercerita lagi mengenai pengalaman mendapatkan tarikh booking. Dia juga minta GL untuk dicop. Lepas tu, Sha dapat no giliran.

Kali ini, Sha dengar lagi cakap kawan. Kata kawan Sha, dapat no giliran tu, pergi makan sarapan dulu. Kafeteria di tingkat dua ya. Sha terus ajak suami pergi sarapan. Lagipun, dia duk tunjuk perut je masa kat rumah lagi, petanda lapar lah tu. Sha suruh makan apa yang ada kat rumah, dia enggan pula. Jadi, Sha ambil masa yang ada untuk pergi makan sarapan dahulu. Lagipun, menurut kawan Sha, no giliran akan dipanggil pukul 8 lebih. Jadi, adalah lebih baik pergi sarapan dahulu.

Sha ajak suami turun balik lift yang kami naik tadi, kat parking lot. Sebenarnya, kafeteria bersambung (attached) dengan bangunan lobi tu. Tapi Sha risau sesat je, sebab jarang ke sini. Sebab tu guna lift yang tadi sahaja. Tapi jenuhlah berpusing. Ya, kafeteria HAT Mizan memang di tingkat 2. Tapi kalau dari tempat parkir jauh lah nak kena berjalan dan berpusing. Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga kafe. Suami dah nak mula marah dah. Nasib baik dia tak naik angin. Ye la, dah lapar, kena jalan jauh pula. Kami bersarapan di situ. Kecil sahaja kafenya. Tapi masakan sedap.

Selepas selesai makan, kami naik ke Klinik Pakar. Kali ini, naik lif terus ke sana. Tak lalu dah tempat parkir. Kang berpusing lagi. Kali ini, Sha tahu lah arah mana. Cari petunjuk Klinik Pakar sahaja. Tingkat 3. Terus kami ke Klinik O&G, tunggu no giliran dipanggil. Rupa-rupanya, kena letak no giliran tu di kaunter. Lor, mana tahu. Lama tak lama kemudian, nama Sha dipanggil oleh jururawat. Pergi timbang berat dan ambil tekanan darah. Berat Sha 52.2 kg padahal semalam baru timbang di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Setapak, baru 51.9 kg. Ayoyo, banyaknya naik. Baru sehari, tau. Tekanan darah pula kena tiga kali ambil. Sebabnya, Sha tak bersandar. Letak beg kat belakang. Hehe.

Kemudian, tunggu lagi no giliran dipanggil. Lama juga. Mungkin doktor check betul-betul. Sha tengah tunggu no giliran dipanggil (selepas ni, memang no Sha la) apabila nama dipanggil. Terus pergi masuk ke bilik no 7. Oh ya Klinik O&G ada bilik no 7,8, dan 9.


Sha risau juga kalau-kalau HAT Mizan enggan terima untuk bersalin di hospitalnya. Estimate Due Date (EDD) Sha adalah pada hari hujung minggu, Sabtu dan Ahad. Sebab kawan Sha tiada pakar semasa hari Sha nak bersalin. Katanya, hari minggu Sabtu dan Ahad, pakar tidak bertugas. Namun, apabila Sha bertanya kepada kawan-kawan yang lain, katanya, kalau kita sudah booking, doktor akan bersedia (stand by on call).




Ulasan

  1. Sha mb kena kerap pi hospital lagi tu. t dah ada anak senang bila dorang sakit pening. wan da lali dengan hospital. hospital besar daerah, hospital negeri, hospital sains universiti, pusat rawatan universiti, klinik desa n macam2 ag. sha patut belajar sebab anak sha 6t kena ambik suntikan tiap2 bulan.

    BalasPadam
  2. masa IbuNoey ada appointment pakar mata kat HAT Mizan pun jenuh gak dengan keadaan dalam tu.tapi sebenarnya sambung-menyambung je.kalau dari Kafe nak ke Klinik Pakar,naik tangga pun boleh.lagi dekat daripada naik lif.

    BalasPadam
  3. Hai. Orang awam boleh ke bersalin dekat HAT Tuanku Mizan ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sejak pertengahan tahun lpas dah tutup rawatan utk org awam sis. sblm ni dibuka pd org awam

      Padam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker