Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

Pengalaman Buat Pemeriksaan Check Up Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan

Al kisah, Pengalaman Buat Pemeriksaan Check Up Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizanpada 4 Ogos 2016, Sha bersama suami ke HAT Tuanku Mizan, Wangsa  Maju untuk membuat pemeriksaan pertama mengandung kerana merancang untuk bersalin di sini. Kalau nak bersalin di HAT Mizan kena sekurang-kurangnya sekali sahaja melakukan pemeriksaan tahap kesihatan di sana.
Kami parkir di tingkat 2 (walaupun macam nampak satu tingkat sahaja, namun ia adalah tingkat 2). Lepas tu cari lift untuk ke tingkat 3. Masuk ke Klinik Pakar, sebelah lobi tu ye. Pergi ke Klinik Obstetrik dan Ginekologi (O&G). Tanya jururawat yang berada di kaunter, bagaimana untuk mengambil no giliran. Sha dimaklumkan pergi ke bahagian hasil untuk mendapatkan no giliran. Ha, kat mana pula bahagian hasil tu. Sha masuk ke farmasi (pintu kaca), tanya kepada farmasis kat situ. Diorang pula blur. Akhirnya, Sha perasan yang tersalah tempat. Sha bagitau, di mana bahagian hasil. Farmasis tersebut memberitahu keluar balik dari sin…

Sebab Bersalin Di Hospital Angkatan Tentera

Kenapa nak bersalin kat hospital angkatan tentara (HAT)? Sebab bersalin di Hospital Angkatan Tentera (HAT) berbanding dengan hospital awam. Ya, hospital tentera juga adalah hospital awam tapi hospital ini lebih sukar nak masuk check in. Ada syarat-syaratnya.

1. Kemudahan bagi staf Kementerian Pertahanan Sebab nak bersalin kat sana adalah kerana ia adalah salah satu kemudahan untuk penjawat awam yang bekerja di bawah Kementerian Pertahanan. Tak semua orang dapat masuk ke hospital ni, tau. Setahu Sha, tak semua penjawat awam boleh bersalin di sini. Hanya mereka yang bekerja di bawah Kementerian Pertahanan sahaja dibenarkan dan layak untuk bersalin di sini. Sha memang kerja di bawah Kementerian Pertahanan, maka layaklah.
2. Tidak Sesak Sebab keduanya ialah tidak sesak. Dah tak semua orang boleh masuk, maka memang tidak sesak la. Kawan-kawan bercerita, HAT best sebab tak ramai orang. Ada kawan yang bersalin hari ini, semasa nak check out, baru ada orang lain pula masuk. Hospital Kuala Lum…