Langkau ke kandungan utama

Banyak Yang Ingin Diperkatakan Namun Lidahku Kelu

Sebenarnya, banyak cerita dan entri yang mahu dikongsi bersama. Banyak idea mencurah-curah, seperti 'pepatah' iklan Coco Crunch "coklat jatuh mencurah-curah ke ladang gandum". Namun, apabila berada di hadapan komputer, idea hilang.

Lama tidak mendapat jiwa menulis. Oh ya, untuk makluman, aku telah pun selamat diakadnikahkan dan berkahwin dengan jejaka yang menyayangiku lebih dari aku menyayanginya. Alhamdulillah, termakbul juga keinginanku untuk dimiliki oleh orang yang lebih menyayangkiku. Sungguh, kalau tidak lihat kepada kesungguhannya dan keperibadiannya, belum tentu hatiku akan memilih dia. Sampai ke hari pernikahan, aku masih berasa biasa - tidak apa kalau tiada jodoh pun. Fuh, sampai tahap itu, kan. Ya, sebagai seorang perempuan, jangan jatuhkan maruah diri. Tetap optimis kalau tiada jodoh, pasti akan ada yang lebih baik. Sampailah selepas nikah, baru aku rasa sayang kepadanya. Mungkin Allah bukakan pintu hatiku untuk menerima dia seikhlasnya. Alhamdu lillah.

Kahwin
Di samping itu, sebaik sahaja nikah, aku terus mengandung. Tidak tahu lagi sampailah ada petanda muntah pagi-pagi. Baru beli Urine Pregnancy Test (UPT) kit. Positif. Tapi tidak yakin kerana risau mungkin kit tu rosak. Pergi Guardian lagi. Beli dua terus. Kalau rosak pun, bolehlah cover. Lebih meyakinkan.

Alahan
Alahan yang dialami rasanya agak teruk. Muntah sampai keluar air pahit warna kuning kehijauan pada waktu pagi. Muntah bila makan makanan pada waktu malam pula. Asyik rasa nak muntah sahaja. Badan lemah. Malam rasa demam teruk, siangnya boleh bekerja. Muka pucat.  Makan kena on time. Pukul 12.00 tengahari kena makan dan makan malam dalam pukul 7.30-8.00 macam tu. Kalau lewat sikit, perut meragam, masuk angin dan muntah sampai lembik.

Nak makan gula-gula berangin pun tak boleh. Nak makan halia untuk buang angin pun, orang cakap tak elok, panas. Efek ke bayi nanti. Nak makan madu, pun orang cakap panas. Nak makan kurma, orang cakap akan ada efek pada janin sebab baru nak terbentuk.

Makanan kegemaran semua tak boleh nak makan, muntah. Memasak pun tak boleh, sebab pening. Sampai pernah rasa rindu untuk memasak. Tapi apa kan daya, tak larat. Masuk dapur sampai sinki pun dah pening. Tak boleh bau makanan yang dimasak di dalam rumah. Kalau makan juga makanan yang dimasak di dalam rumah, akan muntah juga.

Seksanya, hanya mereka yang mengalami alahan sahaja yang tahu. Punch card untuk dua-tiga bulan tu memang teruk. Cuti dan Medical Certificate (MC) bersepah. Malu rasanya tengok prestasi macam tu. Sebelum ini tak ada pun rekod macam tu.

Bayi Bergerak-gerak
Sekarang ni, baby dah masuk ke 32 minggu (lapan bulan). Seronok dah bergerak-gerak. Berguling la, ke sana ke sini la. Bayi akan memberi respond yang kuat apabila bapa dia menyentuh perut dan bercakap dengannya. Amboi, bukan main suka ya, baby boy dengan papanya. Kalau dengan mamanya, lembut sahaja. Gentleman anak mama ya.

Sudah ada nama. Pada minggu ke 27 scan, doktor bagitahu jantina baby. Lelaki. Ala, baru je berangan nak beli baju itu ini. Baru je berangan nak letak nama perempuan. Tapi bayi lelaki jadi nama yang disepakati dari banyak nama yang dicadangkan ialah Muhammad Harraz Iqbal. Yang Terpuji Yang Warak, Yang Kejayaan.

Berat badan memang naik. Muka sudah bulat, tangan pun sudah tembam.

Kehidupan berumahtangga dengan single agak berbeza. Asam garam berumahtangga. Mujur suami banyak membantu membuat kerja rumah, sampaikan memasak untuk makan ketika tidak larat dengan alahan. Selepas aku sihat, memang aku masaklah. Tapi suami tetap membantu. Alhamdulillah.

Kesimpulan
Banyak yang tak terungkap dalam beberapa bulan ini. Apa pun, kena hadapi juga. Sabar, redha dan mohon pertolongan dari-Nya. Yang penting, kita tetap baik.


Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker