Langkau ke kandungan utama

1.2 Juta Peminjam PTPTN Disenarai Hitam Dalam CCRIS


Seramai 1.2 juta peminjam PTPTN disenarai hitam dalam CCRIS, bermula semalam iaitu 24 April 2016. Fuh, ramainya yang tak mampu nak bayar balik pinjaman pelajaran. Kalau buat macam MARA okay juga, dapat diskaun berdasarkan kelas pointer kita.


BUKIT MERTAJAM - Seramai 1.25 juta peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).
Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, peminjam tegar itu bukan sahaja disenaraikan dalam CCRIS oleh PTPTN malah oleh pelbagai institusi kewangan lain.
"Ada peminjam PTPTN itu turut gagal membayar hutang dengan institusi kewangan lain.
"Sebenarnya CCRIS bukan bertujuan menyenarai hitam nama peminjam, sebaliknya untuk kemudahan institusi kewangan lain melihat rekod peminjam untuk urusan kredit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) Plus, di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya mula menyenaraikan peminjam tegar ke dalam sistem maklumat itu secara berperingkat sejak 16 Jun tahun lepas yang bertujuan menggalakkan peminjam supaya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam membayar balik pinjaman.
Katanya, peminjam yang mempunyai rekod pembayaran buruk berisiko sukar memperoleh kelulusan pinjaman dari semua institusi kewangan, termasuk bagi permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, perumahan dan kenderaan.
Dalam perkembangan lain, Shamsul Anuar berkata PTPTN menyasarkan RM2 bilion didepositkan ke dalam produk baharunya SSPN-i Plus, yang diperkenalkan sejak Jun tahun lepas, menjelang tahun 2020.
Beliau berkata, setakat ini sebanyak 7,237 akaun SSPN-i Plus telah dibuka membabitkan nilai deposit RM534,000 dan menjangkakan 30,000 akaun lagi akan dibuka sehingga hujung tahun ini.
Katanya, pendeposit yang menyimpan dalam SSPN-i Plus boleh memilih pelbagai pakej dengan cara potongan gaji termasuk pakej serendah RM50 sebulan berserta pelbagai kelebihan lain.
Beliau berkata, sempena tahun pertama pelancaran SSPN-i Plus, PTPTN turut menganjurkan cabutan bertuah kepada pendeposit dengan tawaran hadiah berupa sebuah apartment bernilai RM500,000, kereta BMW dan Honda CRV serta barangan lain bernilai kira-kira RM3 juta.
SSPN-i Plus adalah pelan simpanan terbaik yang menggabungkan simpanan pendidikan dan pakej perlindungan takaful yang murah dan komprehensif. - Bernama

Memikirkan hutang ni buat hati tak tenang. Hutang memang nak kena bayar balik tapi hutang yang banyak ni fikir macam-macam pula. Suatu hari nanti akan jejak juga kaki ke kaunter atau pejabat PTPTN untuk melangsaikan hutang. Harap-harap ada jalan penyelesaian yang terbaik.

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)