Langkau ke kandungan utama

Resipi Kek Pisang Yang Mudah, Sedap dan Lazat Tanpa Telur



Aku memang sukakan kek pisang semenjak kecil lagi. Kantin sekolah yang menjadi mangsaku untuk mendapatkan kek pisang. Kek pisang dengan aromanya yang memikat tidak pernah tidak untuk menggoda aku menjamahnya. Namun, kebelakangan ini, aku mendapat alergik yang mana tidak boleh makan telur padahal kek pisang adalah kegemaranku. Akhirnya, aku temui jua kek pisang tanpa telur yang paling mudah, sedap dan lazat.

 Hujung minggu baru ini, aku ada terbaca resipi kek pisang. Aku cuba buat walaupun baru semalam dan malam tadi makan kek pisang. Ya, keknya masih ada ada beg plastik. Namun, dek kerana bahan-bahan semua ada aku usahakan juga. Pisang berangan tiga biji yang sudah layu itu ada juga manfaatnya. Ingatkan nak buat cekodok pisang sahaja. Cukuplah pisang tiga biji untuk aku seorang. Suamiku katanya kurang minat dengan kek pisang apabila aku agah dia dengan makanan tersebut malam tadi.

Bila dah lecek pisang, eh, pisang ni cuma cukup untuk satu cawan sahaja. Tapi, aku ikut resipi yang menggunakan dua cawan pisang. Ya, aku kena kurangkan jumlah kuantitinya jadi setengah. Nak buat macam mana, itu sahaja pisang yang ada. Lagipun suamiku tidak makan. Cukuplah untuk aku dan adikku yang akan bertandang sebentar lagi.

Apabila siap semua bahan sudah sedia dalam bekas, alamak mana ada pengukus. Aku teringat yang aku pernah terbaca orang buat kek dalam rice cooker. Ya, rice cooker ada. Aku masukkan adunan ke dalam rice cooker. Tekan pemanasnya untuk memasak. Sekejap sahaja sudah jentat kembali. Aku buka periuk, belum masak lagi keknya. Aku tekan lagi. Tak lama kemudian, jentat lagi. Aku tekan lagi dan aku dapat idea untuk panaskannya terus. Rice cooker aku ada aplikasi untuk jimatkan elektrik atau alihkan elektrik sepanjang masa. Kalau rice cooker korang tak ada aplikasi tersebut, kena banyak kali tekan balik pemanas rice cooker.

Resipi Kek Pisang Yang Mudah, Sedap dan Lazat Tanpa Telur

Bahan-bahan:
1 cawan pisang masak
1 cawan tepung gandum
½ cawan gula pasir
½ cawan minyak masak
1 sudu the soda bikabornat

Cara-cara:
1    1. Tekan pisang yang sudah dibuang kulit dan bijinya (jika ada biji) dengan menggunakan bawah gelas.
2     2.    Masukkan tepung dan soda bikabornat. Gaul sebati.
3     3.    Masukkan gula pasir dan minyak. Gaul.
4   4. Masukkan ke dalam acuan untuk dibakar atau dikukus selama 45 minit. Boleh juga     menggunakan rice cooker apabila telah jentat plug rice cooker yang kita tekan, tekan lagi. Lakukan sehingga tiga kali atau sehingga masak.
5     5.    Untuk memastikan kek yang dimasak telah masak elok, di bawahnya berwarna coklat cair. Selamat mencuba.

       Suamiku balik dari kerja. Aku beritahu bahawa aku buat kek pisang dan lempeng (Teruja sebab kek aku jadi sedap). Lempeng itu khas untuk dia (dia kan tak suka kek pisang). Tetiba dia makan kek pisang, dan makan dan makan lagi. Eh, aku kehairanan. Katanya, dia tak makan kek pisang yang aku bawa balik kerana rasanya tidak sedap. Tetapi berlainan pula dengan kek pisang yang aku buat. Sedap katanya.

       Kalau macam ni, memang kena buat lagi lah lain kali. Bahan-bahan pun mudah jumpa. Semua sudah ada kat rumah kecuali pisang. Kalau tak, hari-hari aku buat kek pisang. Hehe.

    Cubalah, tak rugi. Memang sedap. Mudah pula tu. Lazat sudah tentu. Yang pastinya tiada telur.


Ulasan

  1. Mudah nya resepi. Boleh tau tak suhu berapa kalau bakar di oven?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker