Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Counting 30 Days Menanti Cinta

Fuh, tak lama dah lagi nak bertukar status.  30 hari sahaja lagi. Persiapan dalam 80 peratus. Tapi banyak lagi kena semak semula. Sebab apa? Risau takut tertinggal.  Bab duit, jangan cakaplah, memang betul-betul flat. Mengharapkan encik tunang sahaja. Mujurlah dia sangat-sangat memahami. Aku bukan membazir. Tapi membeli barang untuk keperluan untuk kahwin. Sampaikan nak bayar duit rumah sewa pun tak ada, nak makan pun tak ada. Mujur ada lelaki terbaik di dunia. Eheh, puji lebih nampak. Bila bab kahwin ni, memang memerlukan duit yang sangat banyak. Itu pun aku beli sikit-sikit. Tak beli pun yang mahal-mahal. Tak beli pun yang membazir. Tak banyak sewa, tapi buat sendiri. Kalau shopping pun, duit encik tunang juga yang keluar. Tapi duit aku yang tak cukup-cukup. Duit dia pula, banyak macam tak luak-luak. Mungkin inilah disebutkan rezeki. Alhamdulillah, aku menumpang duit tunang. Selamat berjaya wahai bakal pengantin baru.

Open Tracker