Jun 2015 | ! sha my heart

.

Selasa, 30 Jun 2015

Tips Beli Baju Pengantin


Tips Beli Baju Pengantin anda mestilah mementingkan perkara yang disebutkan di bawah ini:

1.     Bajet
2.       Kos tambahan – kasut, veil, tudung, kerongsang, barang kemas
3.       Bawa seorang untuk memberi pendapat
4.       Pakaian ke butik pengantin –kasual, coli yang sesuai dan tanpa mekap
5.       Beli terlalu awal atau lewat – Awal: ada benda nak ubah lagi
Lewat- tak sempat nak beli, dah ada orang lain ambil dulu
6.       Penyelidikan – tempat majlis, tengok gambar, apa yang sesuai untuk anda: suka yang banyak perincian atau senang tanggal dari yang serabut
7.       Cuba banyak pilihan warna
8.       Saiz yang tepat : pilih pakaian yang sesuai sekarang
9.       Cuba pakai, duduk dalam baju –korset yang menyekat, punggung ketat dan tidak selesa
10.   Beli pakaian yang anda suka lebih daripada yang lain – baju impian anda kerana majlis perkahwinan hanyalah sekali sahaja

Rabu, 24 Jun 2015

Pantun Pengacara Majlis Ke Perkahwinan

Walimatulurus
Salam bertaut kasih berpadu,
Kami ingin merafak sembah duri semalu
Merungkai ilham kasih kayangan
Agar janji senantiasa segar
Dalam lipatan ingatan mekar
Dengan sukacita dan rendah hatinya, kami ingin menjemput:
Ke teratak usang kami

kerana melangsungkan perkahwinan putera/puteri kami yang disayangi.

Apalah yang ada pada kami, rupa tiada, jasa tiada, budi pun tiada. Namun, kami amatlah berbesar hati jika Tuan sudi bertandang mencemar duli dan noda, hadir ke majlis kecil kami. Tiada serinya majlis ini tanpa kehadiran Tuan yang ibarat cahaya api pelita di dalam pekat malam.

Selasa, 23 Jun 2015

Resipi Juadah Berbuka Puasa


Resipi di kala berpuasa di dalam Bulan Ramadhan adalah sangat dicari kerana siang kita berpuasa, tiba malam kita mahu menjamu selera.

Beli juadah di Bazaar Ramadhan? Boleh juga tetapi lebih seronok bila dapat dimasak sendiri dan lebih terjamin kebersihannya.

Di sini, Sha paparkan resipi yang sesuai dibuat untuk berbuka puasa.

Resipi 1: Ayam Krim Mentega (Butter Cream Chicken)

Bahan-bahan:
500 gram isi ayam -dipotong senipis satu inci
2 biji bawang putih - dicincang
1 biji telur ayam - untuk disalutkan ke atas ayam, kacaukan sedikit dengan garfu
2-3 pelepah daun kari
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu pekat manis (boleh juga digantikan dengan susu cair)
10 biji cili padi - dipotong nipis-nipis
2 sudu besar tepung gandum - untuk salut ayam
Minyak untuk menggoreng ayam
Sedikit air - untuk membuat salutan
Garam secukup rasa.

Cara-cara:
1. Celupkan isi ayam ke dalam tepung gandum yang telah ditambahkan sedikit garam. Gaulkan.
2. Seterusnya, gaulkan ayam sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk berisi telur. Kemudian masukkan semula ke dalam tepung.
3. Panaskan kuali. Tunggu kuali panas, masukkan minyak yang banyak untuk menggoreng. Apabila minyak telah panas, masukkan ayam yang telah digaul dengan tepung dan telur tadi.
4. Semasa mengalih ayam yang telah masak, lurutkan pelepah daun kari ke dalam minyak yang panas. Ini akan menaikkan aroma ayam goreng tadi. Goreng sehingga ayam bertukar warna keemasan.
5. Panaskan kuali yang berasingan. Masukkan butter. Apabila butter telah cair, masukkan bawang putih.
6. Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan susu. Kacau. Masukkan cili. Kemudian, tutup api. Siap. Boleh dihidangkan. Boleh dimakan bersama nasi panas atau roti.


Resipi 2: Cekodok Pisang

Bahan-bahan:
3 biji pisang berangan yang sudah masak -dikupas kulit
1 sudu besar gula
2 sudu besar tepung gandum
sedikit garam
sedikit air

Cara-cara:
1. Lenyekkan pisang menggunakan hulu lesung batu di dalam besen.
2. Masukkan tepung dan garam serta gula. Masukkan gula. Gaulkan sebati.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Ambil sesudu bancuhan tepung pisang yang telah digaulkan dan letakkan di dalam kuali. Masakkan sehingga bertukar warna keemasan. Jangan lupa untuk kalihkannya.
4. Angkat, sejatkan minyak dahulu. Kalau tiada bekas sejat minyak. Kaut cekodok pisang ke atas bekas yang diletakkan tisu. Tujuan tisu disediakan ialah untuk menyerap minyak.

Bau cekodok pisang akan mewangi sampai satu rumah dan hinggap ke rumah jiran. Selamat mencuba.

Sambal bilis dengan bawang

10 tangkai cili kering - dikisar
3 ulas bawang putih (1 ulas dikisar, 2 ulas dicincang)
2 ulas bawang merah (1 ulas dikisar, 1 ulas dicincang)
1 labu bawang holland (Bawang kuning) - dipotong nipis
1 genggam ikan bilis - rendam dalam air dan toskan
2 sudu besar minyak
1 keping asam keping
1 sudu besar gula
secubit garam

Cara-cara:
1. Panaskan kuali, masukkan minyak. Apabila minyak panas, tumis bawang putih. Apabila bawang putih sudah layu, masukkan bawang merah.
2. Apabila bawang kekuningan dan naik bau, masukkan cili kering yang telah dikisar bersama dengan bawang putih dan bawang merah. Masak sehingga pecah minyak dengan api sederhana.
3. Apabila cili telah pecah minyak, masukkan asam keping, ikan bilis dan gula. Gaul sebati. Tunggu sekejap.
4. Masukkan bawang holland. Masukkan garam. Gaul. Siap untuk dihidangkan.

Sambal bilis sedap dimakan bersama nasi panas dan roti. Aromanya yang cukup istimewa memikat hati. Sesuai untuk juadah berbuka puasa atau bersahur.

Resipi ini semua Sha olah sendiri hasil daripada resipi turun temurun. Apa yang pasti, ianya sangat menambat hati dengan aroma yang sungguh mencairkan selera. Selamat mencuba ya. Rugi kalau tak cuba.

Salam Ramadhan

Selasa, 16 Jun 2015

Tips Interview Sektor Kerajaan, Sektor Awam: Cara Susun Sijil



Tips temuduga sektor kerajaan atau juga dikenali sebagai sektor awam.

Cara susun sijil yang akan ditemuduga. Adalah dengan mudah, apabila kita dipanggil nama untuk semakan sijil, sijil kita dalam keadaan tersusun. Tidaklah nanti kita kalang-kabut dan sijil terbang. Ini bukan cerita tipu. Aku nampak dengan mata kepala sendiri. Kakak itu kalang-kabut dan sijil-sijilnya terbang hingga ke kaki calon lain. Fuh, kesian sangat aku melihatnya. Aku yang sudah bersiap sedia ini pun bila diminta salinan ic dan salinan surat beranak, aku nak bagi yang original. Nampak tak kekalutan dan kedebaran yang berlaku di situ?

Cara susunan sijil adalah seperti berikut:
1. Kad pengenalan
2. Surat Beranak (Sijil Kelahiran)
3. SPM
4. Tamat Sekolah SPM - untuk tingkatan 5
5. Sijil akademik yang lain (jika ada) - STPM dan tamat sekolah untuk tingkatan 6.
6. Diploma/Ijazah dan transkrip
7. Sijil berkaitan dengan kerja (jika ada)
8. Sijil penglibatan aktiviti (ASAL sahaja)

Kesemua perkara di atas, perlu dibuat salinan (fotostat) dan dapatkan pengesahan daripada pegawai kerajaan berpangkat 41 ke atas. Salinan ini perlu dicop dengan nama pegawai, pangkat, jabatan berkhidmat (biasanya dalam satu cop sahaja merangkumi semua ini). Mestilah bertandatangan empunya cop dan copkan juga SAH SALINAN SEBENAR atau yang setara maksudnya.

Oh ya, biarlah bekas fail sijil kita nampak kemas. Kalau plastiknya pun dah lunyai, ada eloknya membeli yang baru. Biar nampak kekemasan dan profesional kita. Tak kan nak usung ke mana sahaja fail sijil yang digunakan sejak darjah enam. Beli fail sijil yang baru. Tak mahal mana pun. Di samping menggambarkan siapa diri kita sebenarnya.

Selasa, 2 Jun 2015

Kalender Cuti Umum Malaysia, Cuti Negeri, Cuti Sekolah dan Penggal Malaysia 2015

Cuti

Cuti adalah perkara terindah yang hadir dalam setiap pekerja mahupun pelajar. Di lampirkan kalendar cuti Umum yakni Kelepasan Am bagi tahun 2015 dan senarai cuti umum dan cuti negeri berdasarkan sebab dipilih cuti seperti cuti peristiwa. Di samping itu, turut disertakan dengan kalendar cuti sekolah dan penggal cuti sekolah.

January
S
M
T
W
T
F
S
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
February
S
M
T
W
T
F
S
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
March
S
M
T
W
T
F
S
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
April
S
M
T
W
T
F
S
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
May
S
M
T
W
T
F
S
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
June
S
M
T
W
T
F
S
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
July
S
M
T
W
T
F
S
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
August
S
M
T
W
T
F
S
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
September
S
M
T
W
T
F
S
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
October
S
M
T
W
T
F
S
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
November
S
M
T
W
T
F
S
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
December
S
M
T
W
T
F
S
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31

Petunjuk:
   
Cuti Umum Malaysia
   
Cuti Negeri
   
Cuti Sekolah
* Tertakluk kepada perubahan

Jadual Hari Kelepasan Am 2015
Tarikh
Cuti Umum
Negeri
1 Jan (Khamis)
Tahun Baru 2015
Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu
3 Jan (Sabtu)
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)
Seluruh negara
14 Jan (Rabu)
Hari Keputeraan YDB Negeri Sembilan
Negeri Sembilan
18 Jan (Ahad)
Hari Keputeraan Sultan Kedah
Kedah
1 Feb (Ahad)
Hari Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan dan, Putrajaya
3 Feb (Selasa)
Hari Thaipusam
Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor
19 Feb (Khamis)
Tahun Baru Cina
Seluruh negara
20 Feb (Jumaat)
Tahun Baru Cina (Hari Kedua)
Kecuali Kelantan dan Terengganu
4 Mar (Rabu)
Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu
Terengganu
3 Apr (Jumaat)
Good Friday
Sabah dan Sarawak
15 Apr (Rabu)
Hari Melaka Bandaraya Bersejarah
Melaka
26 Apr (Ahad)
Hari Keputeraan Sultan Terengganu
Terengganu
1 May (Jumaat)
Hari Pekerja
Seluruh negara
3 May (Ahad)
Hari Wesak
Seluruh negara
7 May (Khamis)
Hari Hol
Pahang
16 May (Sabtu)
Israk dan Mikraj
Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis
17 May (Ahad)
Hari Keputeraan Raja Perlis
Perlis
30&31 May (Sabtu&Ahad)
Pesta Kaamatan (Pesta Menuai)
Sabah dan Labuan
1&2 Jun (Isnin&Selasa)
Perayaan Hari Gawai Dayak
Sarawak
6 Jun (Sabtu)
Hari Keputeraan YDP Agong
Seluruh negara
18 Jun (Khamis)
Awal Ramadan
Johor, Kedah dan Melaka
4 Jul (Sabtu)
Hari Nuzul Al-Quran
Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu
7 Jul (Selasa)
Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia
Pulau Pinang
11 Jul (Sabtu)
Hari Jadi YDP Pulau Pinang
Pulau Pinang
17&18 Jul (Jumaat&Sabtu)
Hari Raya Puasa
Seluruh negara
31 Aug (Isnin)
Hari Kebangsaan
Seluruh negara
16 Sep (Rabu)
Hari Malaysia
Seluruh negara
13 Sep (Sat)
Hari Jadi YDP Sarawak
Sarawak
24 Sep (Khamis)
Hari Raya Qurban
Seluruh negara
25 Sep (Jumaat)
Hari Raya Qurban (Hari Kedua)
Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
3 Oct (Sabtu)
Harijadi YDP Sabah
Sabah
9 Oct (Jumaat)
Hari Jadi YDP Melaka
Melaka
14 Oct (Rabu)
Awal Muharram (Maal Hijrah)
Seluruh negara
24 Oct (Sabtu)
Hari Keputeraan Sultan Pahang
Pahang
10 Nov (Selasa)
Hari Deepavali
Kecuali Sarawak
11&12 Nov (Rabu&Khamis)
Hari Keputeraan Sultan Kelantan
Kelantan
18 Nov (Rabu)
Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
Johor
22 Nov (Ahad)
Hari Keputeraan Sultan Johor
Johor
27 Nov (Jumaat)
Hari Keputeraan Sultan Perak
Perak
11 Dec (Jumaat)
Hari Keputeraan Sultan Selangor
Selangor
24 Dec (Khamis)
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)
Seluruh negara
25 Dec (Jumaat)
Hari Krismas
Seluruh negara
Sumber: Fail pdf Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri 2015 dari laman web rasmi Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan.

Kalendar Cuti Sekolah 2015 Malaysia
Berikut adalah jadual cuti sekolah untuk sesi persekolahan bagi tahun 2015.
Cuti
Tarikh
Cuti pertengahan Penggal 1
14.03.2015 - 22.03.2015
Cuti pertengahan tahun
30.05.2015 - 14.06.2015
Cuti pertengahan Penggal 2
19.09.2015 - 27.09.2015
Cuti akhir tahun
21.11.2015 - 03.01.2016
*Cuti untuk sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula dan berakhir sehari lebih awal.

Rancang cuti dengan bijak dan bermanfaat untuk diri dan keluarga anda.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...