Langkau ke kandungan utama

Beg Tangan Adalah Kawan Baik Wanita Di Pejabat


Wanita dan beg tidak dapat dipisahkan

Beg tangan adalah kawan baik wanita di pejabat. Beg tangan? Aku dulu pun malas gile nak bawa beg tangan. Rasa macam mak-mak jer. Tapi bila dah start masuk universiti, gunakan beg tangan untuk letak buku dan alat tulis. Ha, kejam tak beg tangan tu buat letak buku dan kertas-kertas. Seharusnyalah beg tersebut adalah jenis besar sedikit.

Itu part masa belajar. Semasa kerja pula, aku guna handbag tapi tetap agak besar.  Sedang-sedang saiznya, tak besar, tak kecil. Tujuan menggunakan beg-beg yang agak besar  ni disebabkan senang nak masukkan barang dalamnya. Pernah juga beli beg tangan yang kecil semasa praktikal. Tapi tak puas hati sebab hanya muat letak telekung sahaja. Kainnya pinjam. Hehe.

Tote bag yang sesuai di bawa ke pejabat dan untuk aktiviti kasual

Bila sudah kerja di pejabat, bawa beg besar. Tapi puas hati sebab semua benda boleh masuk. Sumbat jer. Nak apa semua ada. Dah macam poket doreamon. Hihi.

Encik suami pun kadang-kadang masukkan juga barang dia dalam beg tu. Nak juga nak menyelit.

Beg tangan untuk ke pejabat kenalah lebih vouge sikit. Bila tengok kawan-kawan bawa beg yang berjenama, cantik dan bergaya, mulalah menjeling ke beg sendiri. Tak kisah kalau tidak berjenama mahal pun asalkan nampak setanding. Namun, kalau nak beli yang berjenama pun, biarlah berbaloi dengan nilai dan ketahanannya.

Untuk ke pejabat kena bawa beg yang bergaya sikit. Baru nampak cantik, anggun dan menawan. Orang lain pun akan lebih respek. Bos pula tidak akan pandang rendah akan kemampuan kita untuk membuat kerja. See, nampak tak betapa pentingnya beg yang digayakan memberi impak kepada kerjaya.

Jangan tak tahu pula ada jenis beg yang sesuai dibawa ke pejabat dan kasual. Beg yang versatil untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Seperti shopper bag ini.

Shopper bag yang menarik untuk dijinjing ke sana ke mari

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)