Langkau ke kandungan utama

Counting 30 Days Menanti Cinta





Fuh, tak lama dah lagi nak bertukar status.  30 hari sahaja lagi. Persiapan dalam 80 peratus. Tapi banyak lagi kena semak semula. Sebab apa? Risau takut tertinggal. 

Bab duit, jangan cakaplah, memang betul-betul flat. Mengharapkan encik tunang sahaja. Mujurlah dia sangat-sangat memahami. Aku bukan membazir. Tapi membeli barang untuk keperluan untuk kahwin. Sampaikan nak bayar duit rumah sewa pun tak ada, nak makan pun tak ada. Mujur ada lelaki terbaik di dunia. Eheh, puji lebih nampak.

Bila bab kahwin ni, memang memerlukan duit yang sangat banyak. Itu pun aku beli sikit-sikit. Tak beli pun yang mahal-mahal. Tak beli pun yang membazir. Tak banyak sewa, tapi buat sendiri. Kalau shopping pun, duit encik tunang juga yang keluar. Tapi duit aku yang tak cukup-cukup. Duit dia pula, banyak macam tak luak-luak. Mungkin inilah disebutkan rezeki. Alhamdulillah, aku menumpang duit tunang.

Selamat berjaya wahai bakal pengantin baru.

Ulasan

  1. Stress kan bila nak kawen ni , haha tp bila da selesai sgt2 lega .. Papepun moga diprmudahkan :)

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. hai

    terima kasih singgah kat blog

    ohh tgh menghitung hari ya, selamat pengantin baru diucapkan

    semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar

    jgn stress ya mmg kerja kahwin byk guna duit tp 'less is more'

    BalasPadam
  4. Qaseh Dalia: Stress bila tak ada duit. Ada duit, tak apa. Tak rasa apa-apa pun. Terima kasih ya atas doanya.

    BalasPadam
  5. Miracle Delight: terima kasih, sis. Amin ya rabbal alamin.

    BalasPadam
  6. Lina: Sama-sama.
    Ya, menghitung hari. Tak lama dah. Sekejap sahaja lagi. Terima kasih atas iringan doa syahdu.

    Bab duit tu tak stress tapi bila ada masalah itu yang stress.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker