Langkau ke kandungan utama

Hari Raya Korban Maka Hayatilah Makna Pengorbanan


Hari Khamis, 24 September 2015 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1436 Hijrah berayalah kita semua meraikan kemenangan mereka yang membuat ibadah haji. Terdapat banyak ujian dan dugaan yang hadir semasa melaksanakan dan menyempurnakan ibadah ke-lima iaitu menunaikan haji di Mekah.

Di samping itu, kita juga diseru untuk menghayati makna pengorbanan Nabi Ibrahim bersama anaknya, Nabi Ismail. Cuba bayangkan jika kita berkahwin berpuluh-puluh tahun berkahwin tiada anak dengan isteri pertama, kemudian apabila sudah dikurniakan anak, anak tersebut pula terpaksa dikorbankan. Namun, apabila hendak dikorbankan, Nabi Ismail telah ditukarkan dengan binatang yang boleh dimakan.

Marilah kita menghayati pengorbanan semua orang yang telah dilakukan kepada kita terutamanya ibu bapa dan waris terdekat. Sesungguhnya pengorbanan itu ibarat lilin yang membakar diri. Di samping itu juga, banyak daging korban yang kita akan terima raya ini. Jangan makan sampai pengsan okay. Nak buat apa ya, untuk daging yang dapat ni? Sedapnya dapat buat daging bakar cicah air asam. Tapi bagi sesiapa yang ada sakit kepala atau darah tinggi tu, kawal pemakanan anda ya.

Allahu akhbar.

Selamat hari raya, maaf zahir batin.
2 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)