Langkau ke kandungan utama

Cara Buat Ujian Saringan HIV untuk Perkahwinan, Sakit Ke




Salah satu perkara untuk melangsungkan perkahwinan dalam Malaysia ialah mendapatkan kelulusan membuat saringan HIV untuk perkahwinan Islam. Cara buat saringan HIV untuk perkahwinan adalah terlalu mudah.

Pertama, pergi ke mana-mana Klinik Kesihatan Malaysia atau Hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dahulu, buat di klinik dan hospital swasta pun boleh. Tetapi sekarang, sudah tidak boleh kerana ada kes penipuan. Jadi, ingat ye, hanya boleh dibuat di klinik atau hospital kerajaan sahaja. Masa urusan pula ialah 2.00 atau 2.30 petang hingga 4.30 petang hari bekerja sahaja. Maka, pastikan anda ambil separuh hari bekerja dan tepat pada masanya. Jika ramai orang, akan akan kelewatan.

Kedua, pergi untuk membuat pemeriksaan darah. Jangan lupa untuk membawa bersama kad pengenalan dan pen. Minta untuk membuat ujian saringan HIV untuk perkahwinan.
Isi borang sampai habis. Kalau tak lengkap, akan kena isi semula. Oh ya, letak alamat tempat untuk menikah (kampung) dan alamat tempat tinggal sekarang. Petuanya di sini, jika anda membuat ujian saringan HIV di tempat yang bukan anda tinggal, maka adalah lebih elok untuk meletakkan alamat tempat tinggal di dalam daerah yang sama, malah lebih afdal jika tempat tinggal anda adalah berdekatan dengan tempat pemeriksaan tersebut.

Ketiga, buat ujian darah apabila nama anda dipanggil. Anda akan ditemubual biasa untuk bagaimana cara jangkitan HIV, adakah sesiapa yang anda kenal mempunyai HIV, pernah tercucuk jarum ke bila ke hospital, pernah menderma darah tak. Soalannya juga, sudahkan menghadiri kursus kahwin dan bilakah tarikh untuk berkahwin. Ini adalah untuk memastikan anda tidak membuang masa kerana ujian ini hanya sah untuk 6 bulan sahaja.

Keempat, dapatkan keputusannya. Satu kertas salinan berwarna hijau akan diserahkan kepada anda. Jika kertas tersebut dipulangkan kepada anda bermakna anda lulus ujian iaitu didapati negatif HIV dan boleh teruskan urusan perkahwinan. Tetapi jika anda tidak dapat salinan kertas tersebut dan anda didapati positif HIV maka anda akan diberi kaunseling.


Soalannya, sakit ke buat ujian darah untuk saingan HIV? Tidak sakit. Hanya sedikit sahaja darah yang diambil untuk ujian tersebut. Rasa macam kena gigit semut sahaja.


Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker