Langkau ke kandungan utama

Tips Baju Pengantin 2015 Pilih Warna Lembut


Pilihan warna selamat dan mudah disesuaikan dengan suasana


MELANGKAH ke jenjang pelamin, pelbagai aspek perlu disiapkan dengan rapi untuk majlis yang akan dilangsungkan.
Persiapan ini termasuklah kad jemputan, lokasi majlis, jamuan, hantaran, cenderahati dan pelamin.

Namun, salah satu persiapan utama yang perlu diperhalusi adalah pakaian untuk pengantin wanita dan lelaki yang akan digayakan pada hari bersejarah nanti.
Warna dan rekaan baju persandingan yang sesuai bukan sahaja menaikkan seri pasangan raja sehari di atas pelamin, malah warna juga memberi kesan berbeza kepada personaliti mempelai.
Jika pada 2014, warna-warna terang seperti hijau zamrud, biru laut, dan kuning diraja, menjadi pilihan kebanyakan pengantin, warna-warna lembut dan pucat (pastel) pula diramal akan kembali menjadi warna tema persandingan sepanjang 2015 ini.

Warna Pastel lebih selamat dan mudah suai warna

Andaian ini dibuat berdasarkan tinjauan beberapa butik pengantin di sekitar Kuala Lumpur.
Ini sekali gus memberi inspirasi kepada bakal raja sehari untuk memilih warna bersesuaian pada hari bahagian nanti.
Pemilik Butik Pengantin Chintafifi, yang hanya mahu dikenali sebagai Fifi, menjangkakan pada 2015 ini warna-warna lembut akan menjadi pilihan persandingan.
“Warna-warna lembut seperti pic, warna-warna hidupan laut, coklat dan warna semula jadi mempunyai kesan menarik kepada si pemakai
“Warna lembut adalah warna selamat yang sesuai dipakai oleh semua jenis kulit. Mereka yang mempunyai kulit cerah atau gelap boleh memilih persalinan ini sebagai pakaian raja sehari,” katanya.
Menurut Fifi lagi, pemilihan warna lembut atau pastel juga tidak susah untuk disesuaikan dengan padanan warna pelamin.
“Sebaiknya apabila pengantin memilih busana pengantin berwarna lembut dan cerah, set pelamin pula perlu dipadankan dengan warna yang sedikit kontra supaya pengantin tidak nampak tenggelam
“Contohnya, jika baju berwarna ungu, pelamin seeloknya berwarna cerah dan sedikit menggunakan warna ungu. Hiasan lebih ditumpukan pada gubahan bunga-bungaan dan dekorasi pada bahagian pelamin
Pakaian untuk ahli keluarga pengantin juga perlu berbeza dengan warna persalinan pengantin supaya seri pengantin lebih menyerlah,” katanya

Warna Manis dengan perincian mutiara dan sulaman

Seorang lagi pemilik butik pengantin Cleo Studio, Mayizatul Najwa Abdul Mutalib, 38, turut mengakui warna-warna lembut akan menjadi warna pilihan bagi tema perkahwinan 2015 kerana nampak manis apabila digayakan.
“Walaupun 2015 baru masuk seminggu, saya sudah menerima tempahan baju pengantin untuk sepanjang tahun ini. Kebanyakan pelanggan memilih warna-warna pucat dan lembut untuk persalinan hari bersejarah mereka.
“Pada tahun ini juga perincian menggunakan mutiara dan sulaman lebih diberi keutamaan pada bahagian leher dan tangan baju
“Material seperti syifon dan sutera, serta renda perada digunakan sebagai pelengkap hiasan pada baju. Rekaan gaun labuh masih menjadi pilihan mereka yang inginkan gaya ringkas dan sesuai digayakan oleh semua jenis saiz dan bentuk badan,” katanya.
Tambah Mayizatul lagi, untuk kesesuaian pelamin dengan warna baju, beberapa aspek penting juga menjadi keutamaan kepada pereka fesyen.
Pelamin daripada warna krim dan putih gading merupakan pilihan sesuai untuk dipadankan dengan persalinan pengantin.
“Penggunaan bunga-bunga segar masih menjadi pilihan pada hiasan pelamin kerana kesannya pada pandangan mata dan dekorasi lebih menarik dan cantik
“Padanan rona baju persalinan dengan pelamin juga perlu bersesuaian supaya pengantin kelihatan lebih menonjol daripada pelamin,” katanya

Pelamin 3D

Seorang lagi, pemilik butik pengantin Ke Qaseh, Anas Abdullah, turut mengandaikan bahawa tahun ini warna-warna pastel akan menjadi pilihan dan penyelamat bagi persalinan pakaian pengantin.
“Warna-warna ini sesuai digayakan oleh mereka yang mempunyai kulit gelap dan cerah.
“Fabrik jenis syifon dan net menjadi pelengkap gaya dengan tambahan perincian seperti mutiara berbentuk bulat dan kristal pada bahagian-bahagian tertentu
“Pemilihan warna sesuai penting supaya pengantin nampak menyerlah. Pemilihan baju pengantin tidak semestinya mengikut warna kegemaran kerana warna yang tidak sesuai akan menonjolkan kulit yang kusam dan tidak berseri,” katanya.
Ujarnya lagi, bagi pemilihan pelamin pula, dia akan kekal menggunakan konsep tiga dimensi (3D) supaya pengantin lebih menyerlah berbanding pelamin.
“Kesan pencahayaan lampu akan diaplikasikan pada pelamin supaya lebih menarik dan cantik. Lampu hiasan selalunya akan digunakan di bahagian belakang atau tepi pelamin.
Elakkan juga warna baju sama dengan warna pelamin pada hari berkenaan. Pakaian untuk keluarga juga seeloknya tidak sedondon dengan warna pakaian pengantin.
“Bakal pengantin juga dinasihatkan supaya membuat persediaan terutama daripada aspek bajet. Gunakan laman sosial untuk membuat kajian butik-butik yang menawarkan pakej yang bersesuaian dengan bajet. Pastikan juga butik tersebut wujud supaya tidak berlaku masalah di kemudian hari,” katanya.
“Beberapa perkara perlu dipertimbangkan oleh bakal pengantin sebelum membuat pemilihan warna baju termasuklah konsep persandingan, karakter pengantin dan jenis kulit.
“Saiz badan dan ketinggian pengantin juga perlu dilihat supaya warna dan rekaan baju yang digayakan sesuai dengan personaliti mereka.”


Demikian nasihat pemilik pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail, yang turut mengakui warna-warna lembut akan kembali menguasai tema persandingan pada tahun ini.
“Saya jangkakan warna-warna lembut seperti kelabu, aqua marine dan tangerin menjadi pilihan kerana memberikan gaya lebih anggun dan elegen kepada pengantin.
Katanya lagi, pemilihan warna baju dengan dekorasi pelamin juga perlu mendapat sentuhan yang baik supaya pengantin kelihatan lebih menyerlah berbanding pelamin pada hari persandingan.
Pilih warna dan kombinasi bersesuaian dengan pelamin dan baju pengantin. Seeloknya pastikan warna pelamin tidak sama dengan warna baju. Jika warna baju lembut, pilih pelamin dengan warna kontra dan sedikit terang supaya nampak kelainannya.
“Pastikan juga pengantin memilih pereka baju yang sesuai dan tepat supaya dapat memberikan hasil yang terbaik. Tempahan pakaian juga perlulah bergantung kepada kemampuan dan bajet pengantin. Jangan terlalu mengikut perasaan dan kehendak yang ingin dicapai yang akhirnya memberi kesan kepada diri sendiri,” katanya.

Sumber: utusan.com.my

Kesimpulan
Jadi, kita perlu membuat pilihan yang terbaik. No more dark colour, okay. Warna pastel nampak manis. Namun, baju pengantin dan bride maids dan famili mestilah berbeza. Begitu juga dengan pelamin. Biar kontra, berbeza. Baru nampak cantik dan ceria.

Selamat mencari warna yang diingini ya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker