Tips Interview Sektor Kerajaan, Sektor Awam: Cara Susun Sijil | ! sha my heart

.

Selasa, 16 Jun 2015

Tips Interview Sektor Kerajaan, Sektor Awam: Cara Susun Sijil



Tips temuduga sektor kerajaan atau juga dikenali sebagai sektor awam.

Cara susun sijil yang akan ditemuduga. Adalah dengan mudah, apabila kita dipanggil nama untuk semakan sijil, sijil kita dalam keadaan tersusun. Tidaklah nanti kita kalang-kabut dan sijil terbang. Ini bukan cerita tipu. Aku nampak dengan mata kepala sendiri. Kakak itu kalang-kabut dan sijil-sijilnya terbang hingga ke kaki calon lain. Fuh, kesian sangat aku melihatnya. Aku yang sudah bersiap sedia ini pun bila diminta salinan ic dan salinan surat beranak, aku nak bagi yang original. Nampak tak kekalutan dan kedebaran yang berlaku di situ?

Cara susunan sijil adalah seperti berikut:
1. Kad pengenalan
2. Surat Beranak (Sijil Kelahiran)
3. SPM
4. Tamat Sekolah SPM - untuk tingkatan 5
5. Sijil akademik yang lain (jika ada) - STPM dan tamat sekolah untuk tingkatan 6.
6. Diploma/Ijazah dan transkrip
7. Sijil berkaitan dengan kerja (jika ada)
8. Sijil penglibatan aktiviti (ASAL sahaja)

Kesemua perkara di atas, perlu dibuat salinan (fotostat) dan dapatkan pengesahan daripada pegawai kerajaan berpangkat 41 ke atas. Salinan ini perlu dicop dengan nama pegawai, pangkat, jabatan berkhidmat (biasanya dalam satu cop sahaja merangkumi semua ini). Mestilah bertandatangan empunya cop dan copkan juga SAH SALINAN SEBENAR atau yang setara maksudnya.

Oh ya, biarlah bekas fail sijil kita nampak kemas. Kalau plastiknya pun dah lunyai, ada eloknya membeli yang baru. Biar nampak kekemasan dan profesional kita. Tak kan nak usung ke mana sahaja fail sijil yang digunakan sejak darjah enam. Beli fail sijil yang baru. Tak mahal mana pun. Di samping menggambarkan siapa diri kita sebenarnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...