Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

Faktor Ketagihan Laksa Utara, Menu Yang Sentiasa Sedap untuk Dimakan

Faktor yang menyebabkan kami teringin sangat makan dan makan laksa berkali-kali tanpa rasa jemu. Boleh juga digambarkan sebagai faktor yang menyebabkan ketagihan laksa utara yang tanpa jemu. 

1. Laksa Utara memang sedap dan menyelerakan
Urat laksa yang putih bersih dan lembut, melentuk di dalam mangkuk, ulam-ulaman dan disajikan bersama kuah ikan segar dan manis rasa isi ikannya, telur rebus elok terhidang dengan aroma daun kesom dan bunga kantan membangkitkan nafsu makan yang membuak-buak.

2. Perantauan
Berada di perantauan ini (walaupun bukan di luar negara) akan rindu kepada masakan tanah tempat tumpah darahku ini. Kawan-kawan dan adik-beradik, dan orang Utara yang berada di perantauan akan berkongsi tentang momen mereka 'mengena' laksa, di media sosial. Pergh, memang terliur terus. Rasa nak meleleh air liur. Hehe~

3. Tak kira masa
Aku berasal dari Kedah. Kami orang Kedah akan makan laksa tak kira masa, pagi ke petang ke malam ke. Masa raya dan sekarang masa kenduri kahwin pu…