Langkau ke kandungan utama

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)


Zaman teknologi dewasa ini yang canggih dan moden, sudah semestinya perubatan turut berubah menjadi lebih mudah dan konvinient (selesa).  Kabur sikit-sikit itu tidak menjadi masalah kerana kanta lekap berkanta sudah sedia ada dalam pasaran. Harganya pula tidaklah membebankan. Adakalanya lebih murah berbanding kaca mata (spek).

Nak pakai contact lens bukan senang bagi mereka yang pertama kali mencubanya.  Cuba bayangkan untuk memasukkan sesuatu bendasing dalam mata sedangkan mata itu adalah sangat sensitive dan peka terhadap cahaya mahupun apa sahaja yang berada dekat padanya, kelopak mata pasti akan tutup mata awal-awal. Benda paling berharga, mestilah ada penjagaan yang khas dan khusus.

Namun begitu, bagi mereka yang kerap kali memakai kanta lekap, tidak mempunyai masalah untuk memasukkannya ke dalam mata. Sekali dah Berjaya masuk ke dalam mata, kita akan tahu caranya.

Pertama: Basuh dahulu kanta lekap menggunakan air solution khusus untuk kanta lekap. Jangan guna air paip pula.
Kedua: Buang air yang dibasuh. Biarkan kanta lekap dalam keadaan yang lembab. Sebabnya, ia tak boleh kering. Nanti mata kita akan sakit bila kering.



Ketiga: Pastikan betul bentuk kanta lekap adalah dalam keadaan betul. Keadaan betul yang dimaksudkan ialah bentuknya melengkung ke luar, bukan ke dalam. Selain itu, kena pastikan bentuknya betul-betul jadi separuh bulatan, bukan kemek-kemek ye. Kalau salah ia akan menyakitkan mata.
Keempat: Letakkan kanta lekap di hujung jari. Letak kat hujung jari je. Lagi senang nak pakai. Gunakan hujung jari telunjuk untuk memasukkan kanta lekap ke dalam mata, manakala jari hantu dan jari ibu untuk membuka mata dari arah atas dan bawah.

Kelima: Apabila kanta lekap telah masuk ke dalam mata, jangan kelipkan mata. Bertahan untuk 10 saat. Jika perlu, tarik perlahan-lahan kanta lekap dalam mata anda itu, kasi betul-betul kedudukannya dan selesa dalam mata anda.
Adalah normal kalau keluar air mata dan pedih sedikit. Tapi tidaklah sepedih mata kena cili. Itu memang pedih tahap gaban. Hehe. Waspada jika anda rasa mata anda pedih sangat. Mungkin mata anda tidak sesuai memakai kanta lekap. Kalau mata merah sikit-sikit itu perkara biasa.

Pantang Larang Memakai Kanta Lekap

  1.       Pastikan kanta lekap dalam keadaan bersih. Paling kurang pun, basuh kanta lekap dengan air solution khusus untuk kanta lekap sebelum memakainya.
  2.      Basuh tangan dahulu sebelum memakai kanta lekap. Ini penting ya. Supaya sebarang habuk atau kuman dapat dibasmi. Juga, sabun tangan anda betul-betul jika baru menggunakannya untuk makan makanan yang pedas seperti sambal dan sambal belacan kerana air tangan itu akan menyerap pada tangan dan lekat pada kanta lekap jika kita menyentuhnya lama kerana proses untuk memasukkan ke dalam mata mengambil masa yang lama (bagi mereka yang baru belajar memakai kanta lekap).
  3.        Air solution dalam bekas menyimpan kanta lekap mestinya ditukar apabila ingin memasukkan kanta lekap dari mata. Amalkan apabila pakai contact lense, basuh bekas kanta lekap. Buang air di dalamnya. Apabila tanggalkan kanta lekap, masukkan ke dalam bekasnya, masukkan air solution hingga penuh, tutup.
  4.        Kanta lekap bersifat lembut dan mengering apabila terdedah kepada haba. Oleh itu, apabila pakai kanta lekap di dalam bilik berhawa dingin (air-cond), berada di bawah matahari, anda perlu memakai eye more khas untuk kanta lekap.
  5.         Isikan air solution dalam paras hampir penuh kerana jika airnya setengah, apabila bekasnya senget, kanta lekap di dalamnya berada di atas, ia akan kering.
  6.        Pemakaian kanta lekap adalah hanya untuk tempoh 8 hingga ke 12 jam sahaja. Jika lebih, ia akan memudaratkan mata.
  7. Apabila anda tidur malam, buka kanta lekap ya. Risau terlekat pada ruang dalam mata. Tidur sekejap (nap) tak apa. Aku dah cuba. Hehe.
  8.   Buka kanta lekap apabila anda mahu mandi. Risau air akan membuatkan contact lens ke atas dan ke bawah.
  9. Jangan pakai jika sudah tamat tempoh. Contohnya, sebulan expirednya, maka boleh pakai dalam tempoh sebulan sahaja dari hari pertama anda memakainya. Pakai dan tanggalkan ye. Bukan pakai dan tak buang-buang pula.
  10.    Jika mata anda sakit, merah, hindari daripada memakainya.
Sebenarnya, memakai kanta lekap tidaklah rumit mahupun bahaya. Jika ikut peraturannya, tiada sebarang masalah. Namun, anda perlulah menjadi seorang yang pembersih kerana perlu BERSIH, BERSIH, BERSIH dan BERSIH.

Selamat bergaya dengan kanta mata anda. Pastinya anda lebih elegan dan anggun selepas ini.

Hukum pakai kanta lekap dari http://panduanislam.com/blog/2012/07/hukum-memakai-kanta-lekap-wudhuk-solat-dan-puasa/

44 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…