Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Bahasa Siam: Kiraan Tujuh Puluh hingga Lapan Puluh

Oyeah, sampai lagi kita di hari Sabtu. Hari untuk kita belajar Bahasa Siam. Untuk pelajaran yang lepas, bolehlah merujuk pada entri sebelum ini seperti yang diberikan di bawah. Boleh rujuk entri ini: Kiraan 1-10 Kiraan 11-20 Kiraan 20-30 Kiraan 30-40 Kiraan 40-50 Kiraan 50-60 Kiraan 60-70 Ok, mari kita mula belajar mengira dengan tujuh puluh 71 chet sip et  71 chet sip song  73 chet sip saam  74 chet sip si  75 chet sip ha  76 chet sip hok 77 chet sip chet 78 chet sip pet 79 chet sip kau 80 pet sip Untuk bacaan lanjut, boleh masuk ke halaman Bahasa Thai yang aku sudah sediakan: Bahasa Thai Semoga bermanfaat.

Bahasa Siam: Kiraan Enam Puluh hingga Tujuh Puluh

Oyeah, sampai lagi kita di hari Sabtu. Hari untuk kita belajar Bahasa Siam. Untuk pelajaran yang lepas, bolehlah merujuk pada entri sebelum ini seperti yang diberikan di bawah. Boleh rujuk entri ini: Kiraan 1-10 , Kiraan 11-20 Kiraan 20-30 Kiraan 30-40 Kiraan 40-50 Ok, mari kita mula belajar mengira dengan enam puluh. 60 hok sip 61 hok sip et 62 hok sip nong 63 hok sip saam 64 hok sip si 65 hok sip ha 66 hok sip hok 67 hok sip chet 68 hok sip pet 69 hok sip kau 70 chet sip Untuk bacaan lanjut, boleh masuk ke halaman Bahasa Thai yang aku sudah sediakan: Bahasa Thai Semoga bermanfaat.

Line Semput Sampai Hujung Tahun

Sudah dua minggu line internet di Malaysia mengalami gangguan. Line wifi aku yang laju tiba-tiba asyik disconected (dc). Pelik. Masukkan sim dalam modem, langsung tak kesan sebarang jaringan internet. Fakta, guna internet dalam telefon bimbit lebih laju berbanding guna laptop. Menurut perkhabaran, hal ini berlaku kerana masalah teknikal penyedia khidmat internet sedang meningkatkan sistem. Ayat cliche ! Mendengar risikan pula, hal ini dijangkakan sampai penghujung tahun ini. Oh tidak! Kasihan kepada mereka yang melanggan Internet Daily atau Internet Weekly. Kalau berada di tempat yang agak ramai pengguna internet seperti di bandar, langsung tidak dapat nak buka. Server is down. Kakak sekerja aku mengalami kerugian kerana hal ini. Aku juga kerugian. Duit diambil tetapi tidak dapat menyambung internet. Aku yakin, ramai lagi yang mengalami nasib yang sama. Jadi jangan langgani internet mobil lagi ya. Pada siapa kita harus mengadu hal ini? Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Bahasa Siam: Kiraan Lima Puluh hingga Enam Puluh

Oyeah, sampai lagi kita di hari Sabtu. Hari untuk kita belajar Bahasa Siam. Untuk pelajaran yang lepas, bolehlah merujuk pada entri sebelum ini seperti yang diberikan di bawah. Boleh rujuk entri ini: Kiraan 1-10 , Kiraan 11-20 Kiraan 20-30 Kiraan 30-40 Kiraan 40-50 Ok, mari kita mula belajar mengira dengan lima puluh. 50 - ha sip 51- ha sip et 52 - ha sip song 53- ha sip saam 54- ha sip si 55- ha sip ha 56- ha sip hok 57- ha sip chet 58- ha sip pet 59- ha sip kau 60 hok sip Untuk bacaan lanjut, boleh masuk ke halaman Bahasa Thai yang aku sudah sediakan: Bahasa Thai Semoga bermanfaat.

Resipi Laksam Versi Utara yang Marvelous Sedap

Laksam Versi Utara Isi laksam * 2 cawan tepung beras * 2 cawan air Caranya: 1. Satukan kedua-dua. Kacau sampai tidak berketul 2. Panaskan pengukus dan panaskan tudung periuk 3. Tuang agak-agak. Tak nak tebal dan tak nak nipis sangat. Tunggu sampai naik melembong. 4. Apabila sudah melembung, angkat dan gulung. 5. Sapukan minyak selepas gulung. Tunggu sehingga suhu gulungan tadi sejuk dan gunting bulat-bulat. Gulung isi laksam begini ya Kuah laksam Isi ikan secukupnya - asingkan isi dan tulang. Kisar. Blender. Santan - kalau ikan 10 ekor, santan RM3 *1 biji bawang besar *4 biji bawang merah *2 sudu lada hitam *1 cm halia Blender semua bertanda* 5-10 keping asam Daun kesom Gula dan garam secukup rasa.. Cara-cara: Satukan semua bahan di atas. Masak hingga mendidih. Pastikan jangan lama sangat. Nanti pecah minyak santan tu sudah tidak sedap. Sambal -cili kering buang biji & rebus dan sejatkan -secubit belacan -garam n gula Persatuk

Sakura Malaysia Meriahkan Suasana Negeri Kedah Seperti Berada Di Korea dan Jepun

Keindahan sakura sebegini sememangnya Kedah layak digelar Korea Malaysia. Boleh buat drama Autumn in my heart ni. Hehe~ Fenomena pokok Tecoma yang berbunga lebat setelah Kedah mengalami kemarau yang panjang menjadikan daya tarikan yang mengagumkan. Ramai yang berhenti seketika untuk merakamkan kecantikan dan keunikan pokok yang digelar Sakura Malaysia tersebut. Malah, ada yang sanggup memberhentikan kenderaan di bahu jalan semata-mata ingin mengambil gambar berlatar belakangkan bunga sakura seolah-olah berada di Korea ataupun Jepun. Di bawah ini ialah petikan dari berita Sinar Harian, bertarikh April 6, 2014, Kedah dilanda musim bunga! Oleh: Roslinda Hashim. Potensi jadi satu destinasi pelancongan baru negeri ALOR SETAR - Selepas dilanda musim kemarau, Kedah kini dilanda musim bunga. Suasana indah ini bagaikan berada di Korea dilimpahi guguran bunga Sakura, berwarna putih dan merah jambu. Penduduk negeri ini dilihat tidak mele

Bahasa Siam: Kiraan Empat Puluh hingga Lima Puluh

Oyeah, sampai lagi kita di hari Sabtu. Hari untuk kita belajar Bahasa Siam. Untuk pelajaran yang lepas, bolehlah merujuk pada entri sebelum ini seperti yang diberikan di bawah. Boleh rujuk entri ini: Kiraan 1-10 , Kiraan 11-20 Kiraan 21-30 Ok, mari kita mula belajar mengira dengan tiga puluh 40 - si sip  41 - si sip et  42 - si sip song  43 - si sip saam  44 - si sip si  45 - si sip ha  46 - si sip hok  47 - si sip chet  48 - si sip pet  49 - si sip kau  50 - ha sip Untuk bacaan lanjut, boleh masuk ke halaman Bahasa Thai yang aku sudah sediakan: Bahasa Thai Semoga bermanfaat.

Selamat Berbahagia dan Masih Ingat Lagi Rupanya

Pada 5 April 2014, aku berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan teman serumah, Ila. Rumahnya terletak di Yan, Kedah. Lebih tepat lagi, Kampung Rendang Pasir, Yan. Aku tak pernah sampai ke rumahnya. Terujanya aku bila tahu rumahnya berdekatan dengan Gunung Jerai. Belakang tu, Gunung Jerai. Dekat saja. Sebenarnya, aku sudah hampir lupa kerana sibuk bekerja. Mujur ada yang ingatkan. Dan mujur juga bos aku memahami. Kalau dia tak bagi cuti pun, aku akan ambil cuti juga. Ye la, kawan sendiri kahwin tapi tak pergi. Takkan tak pergi? Nanti kalau aku kahwin, tak ada orang nak datang, haa, baru padan muka. Hehe~ Kami pergi bertiga. Aku, Syaza dan Din. Sebenarnya, Ida dan Kak CT pun nak pi tapi terpaksa batalkan hasrat kerana ada hal lain yang penting. Kami tak tahu jalan ke sana. Tapi Din tu pura-pura tak tahu! Huh, kuat menyakat dan mengusik! Ila sedang sibuk bergambar.  Tengok kameranya tu. Cayalah, bro.. Alhamdu lillah, berpandukan kad jemputan, akhirnya sampai ke rumah kend

Bunga Sakura Di Alor Setar, Kuala Kedah dan Yan, Kedah

Ramai sudah bercakap tentang kecantikan dan keindahan yang terdapat di negeri Kedah.  Dengan sawah padi yang luas terbentang dan gunungnya yang cantik, tidak dapat disangkal lagi kecantikan dan keindahannya. Kini, heboh orang memperkatakan kecantikan permandangan bunga sakura ( Nama Inggeris Tabebuia Penthaphyl. Nama MelayuTecoma ) di Kedah. Ada juga yang mendakwa pokok Sakura Malaysia dan  nama saintifiknya Tabebuia Rosea . Ada juga yang mengatakan Pokok Bongor. Tapi pokok bongor jenis apa, sebab aku kenal pokok bongor. Ada yang mendakwa ini adalah  Pokok Semarak Antara kawasan yang ditanam pokok sakura ialah sekitar Alor Setar seperti Langgar, Hutan Kampung, Taman Kota, Tesco Mergong, Kuala Kedah, Yan, Tanjung Dawai, Jitra dan lain-lain lagi. Ramai yang mengatakan bak berada di Korea. Fefeling Korea gitu! Mari kita tengok gambar yang aku ambil sekitar Yan dan Kuala Kedah. Indah, berlatar belakangkan Gunung Jerai dan sawah padi Sakura di tepi sawah nan permai Musim bu

Bayam Duri, Daun Neem Mambu, Daun Cermai Baik Untuk Demam Campak

Bayam duri Neem atau nama lainnya Mambu Demam campak atau cengkering boleh menyerang sesiapa sahaja yang berhampiran dengan virus tersebut dan sistem ketahanan tubuh badan yang lemah. Terdapat beberapa daun yang sesuai untuk merawat demam campak, semasa dan selepas campak habis keluar. Pokok bayam duri. Cabut sampai keluar akar dan rendam ke dalam bekas air. Hasilnya, air rendaman tersebut terasa sedikit sejuk dan serangan virus dapat dipatahkan dari menjangkiti orang lain pula di dalam rumah tesebut. Daun Neem atau Mambu. Selalunya berada di kawasan orang India kerana mereka menggunakan khasiat pokok ini. Daun Cermai juga sesuai untuk dibuat bedak dan tempekkan ke seluruh badan setelah campak keluar habis dan susut (sembuh). Tujuan daun cermai dicampurkan ke dalam bedak sejuk atau beras yang dikisar adalah untuk menghilangkan parut campak.

Review Produk Freeman: Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar yang Best

Produk Freeman: Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar yang Best Hari ini aku baru membeli salah satu produk Freeman: Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar (jenama Freeman, Topeng Gilap yang ada Arang dan Gula Hitam) di Watson dengan harga RM16.07. Promosi ke apa, aku pun tak tahu. Tapi bila tengok internet harganya memang murah.  Mula-mula aku beli ingatkan mask yang boleh tarik-tarik tu, yang melekat kuat kat muka, jenama Sheshido.Okay, aku dah salah produk. Produk yang aku nak beli tu ada di Kedai Avon, harga RM19.00. Macam nak menyesal dah salah beli. Tapi, wow benda lain. Namun, aku sangat sukakan hasilnya! Jenama Freeman. Tengoklah kandungannya. Cara gunanya mudah sahaja. Picitkan sedikit gel tersebut ke tapak tangan, sapukan ke muka. Biarkan sehingga lima ke tujuh minit.Kemudian, gosokkan mask tersebut selama seminit hingga dua minit. Kemudian, basuh dengan air suam. Ingat, air suam tau. Jangan guna air biasa atau air sejuk. Kang tersumbat pula pori-por

Contoh Borang Penilaian Memandu bagi Kelas A, B3, B2 B & C

Ini adalah Borang Penilaian Memandu bagi Kelas A, B3, B2 B & C yang aku salin dari kertas jawapan aku sebelum dihantar kepada JPJ untuk dibuat kad lesen P. BAHAGIAN III 1. Pusingan 8 1. Tidak melanggar benteng 2. Membuat satu setengah pusingan 3.   Kaki tidak jijak / cecah jalan 4. Calon tidak jatuh dari motosikal / roda luar tidak terangkat *2. Meniti di atas papan 1. Roda tidak terkeluar dari papan 2. Kaki tidak mencecah/ pijak papan/ jalan 3. Calon tidak jatuh dari motosikal 4. Tidak kurang dari tujuh saat. 3. Menunggang di antara kon 1. Tidak melanggar kon 2. Tidak menyentuh/ melanggar benteng 3. Kaki tidak mencecah/pijak jalan 4. Calon tidak jatuh dari motosikal / roda luar tidak terangkat 4.   Break kecemasan 1. Calon tidak jatuh dari motosikal/roda luar tidak terangkat 2. Membreak di dalam kotak 3. Tidak melebihi garisan berhenti 4. Menggunakan break kaki dan tangan 5. Menunggang di selekoh tajam 1. Tidak melanggar

Kadang-kala Kita Terlupa Nak Bersyukur

Kadang kala hidup kita sudah cukup baik. Ada kerja. Ada pasangan. Ada anak. Ada ibu bapa dan mertua. Ada rupa. Ada kereta. Ada rumah. Ada bekalan elektrik. Ada hubungan jalan raya yang baik. Ada pasaraya. Ada surau dan masjid. Ada pendapatan bulanan yang bukan sahaja cukup untuk belanja bulanan malah cukup untuk tabungan. Tapi, kita terlupa untuk bersyukur. Kita mahukan yang lebih lagi. Kita nak itu. Kita nak ini. Kita stress bila nampak orang lain lebih dari kita. Kita cemburu. Kita dengki. Kita cuma nampak mereka yang berada di atas kita tanpa kita perasan orang yang berada di bawah kita, keadaannya lebih teruk dari kita sedangkan alam dan udara yang kita sedut adalah sama. Kita langsung tidak pandang mereka. Apalah salahnya kita hulurkan sedekah, derma atau hadiah? Kenapa kita perlu asing dan pulaukan mereka? Kawan, jangan begitu. Hidup kita ini bukan lama. Sekejap sahaja. Kita ini hanyalah menumpang sahaja di bumi fana ini. Sampai masa dipanggil pulang. Tap

Open Tracker