Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Bahasa Siam: Kiraan Tiga Puluh hingga Empat Puluh

Oyeah, sampai lagi kita di hari Sabtu. Hari untuk kita belajar Bahasa Siam.
Untuk pelajaran yang lepas, bolehlah merujuk pada entri sebelum ini seperti yang diberikan di bawah. Boleh rujuk entri ini:

Kiraan 1-10,

Kiraan 11-20

Kiraan 21-30


Ok, mari kita mula belajar mengira dengan tiga puluh

30 - saam sip 
31 - saam sip et
33 - saam sip saam 34 - saam sip si
35 - saam sip ha
36 - saam sip hok
37 - saam sip chet
38 - saam sip pet
39 - saam sip kau
40 - si sip


Untuk bacaan lanjut, boleh masuk ke halaman Bahasa Thai yang aku sudah sediakan: Bahasa Thai

Semoga bermanfaat.

Mee Udang versi Utara

MEE UDANG versi Utara
Untuk kuah
*5 biji cili kering
*3 ulas bawang putih
*3 biji bawang merah
* sebiji bawang besar
*setengah cm halia
(Blender semua bertanda *)

#1bji ubi keledek merah atau kentang
Agak-agak ye nak pekat mana. Kalau ubi keledek tu ambil yang kecil dah laaa sbb dia pekat sangat nanti
#10 ekor isi udang
Rebus bahan bertanda # dan blender

-sayur sawi asingkan batang dan daun
-kubis
-fish ball/fish kek (kalau suka)
- 3 sudu sos tiram
- 5 sudu sos tomato
- setengah cawan sos cili
-garam
-gula
-3 sudu minyak masak
-5 cawan air
-2 biji telur
-20 ekor udang
-1 biji tomato belah 4

Daun bawang, daun sup dan cili besar diracih nipis-nipis.
Limau nipis dipotong kecil.
Tauhu yang telah digoreng, dipotong nipis-nipis.


Cara-cara:
1.Tumis bahan kisar * sampai naik minyak
2. Masukkan sos cili, tiram, sos tomato
3. Masukkan bahan # dan air. Tunggu mendidih
4. Masukkan batang sawi n kobis..
5. Pecahkan telur dan masukkan bebola, fish kek dan udang
6. Masukkan tomato, gula dan garam
7. Ak…

Proses Mendapatkan Lesen Memandu Motosikal Senang Lulus

Proses mendapatkan lesen memandu motosikal yang senang untuk lulus. Saja kongsikan supaya ada yang mendapat manfaat dari pembacaan entri ini.

Pertama: Mendaftar dengan Institut Memandu yang Berdaftar di Malaysia
Banyak institut yang ada menyediakan perkhidmatan mengambil lesen. Bermacam-macam pakej yang ditawarkan. Pilih sahaja yang mana berkenan di hati.

Pilih juga tempat yang menyediakan perlaksaan ujian memandu yang mana pegawai Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) turun ke tempat latihan institut tersebut. Ini akan mengurangkan rasa gugup anda sebab sudah terbiasa dengan litar yang ada. Kalau litar baru, mungkin anda akan pening dan blur sedikit.

Oh ya, fikirkan juga adakah institut memandu ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan. Anda belum memiliki lesen ye, jadi jangan memandai menunggang sendiri. Dicadangkan memilih institut yang menghantar dan menjemput anda. Tidak perlu menyusahkan orang lain kerana biasanya awal pagi calon perlu berada di tempat institut memandu.

Kalau ka…

Bahasa Siam: Kiraan Dua Puluh hingga Tiga Puluh

Oyeah, sampai lagi kita di hari Sabtu. Hari untuk kita belajar Bahasa Siam.


Untuk pelajaran yang lepas, bolehlah merujuk pada entri sebelum ini seperti yang diberikan di bawah. Boleh rujuk entri ini:
Kiraan 1-10,

Kiraan 11-20

Ok, mari kita mula belajar mengira dengan dua puluh.

20 - yi sip 
21 - yi sip et 
22 - yi sip song 
23 - yi sip saam 
24 - yi sip si 
25 - yi sip ha 
26 - yi sip hok 
27 - yi sip chet 
28 - yi sip pet 
29 - yi sip kau 
30 - saam sip

Untuk bacaan lanjut, boleh masuk ke halaman Bahasa Thai yang aku sudah sediakan: Bahasa Thai

Semoga bermanfaat.

CPUV Campaign Nuffnang: Colgate SAN Launch

Colgate melindungi daripada kaviti. Dikuasakan oleh teknologi Pro-Argin tambah florida, ini menjadikan Colgate muncul produk penjagaan gigi pertama dan satu-satunya ubat gigi yang mengandungi florida dan menuetralkan asid gula dalam plak.



Sudah agak lama aku mendapat iklan Colgate SAN Launch ini, sama dengan iklan yang keluar di kaca televisyen. Seronok tengok iklannya yang berwarna ungu dan merah terang. Cantik sangat.


Korang juga boleh bermain permainan isi makanan kegemaran anda dan site akan tentukan berapakan jumlah manis makanan anda. Memang seronok dan terujalah main game ini. Tengok gambar kat bawah ini. Kalau nak main, klik sini

Colgate rajin membuat kajian dan mengeluarkan produk terbaru dan menjadi ikutan pesaing di lantai yang sama. Apa pun, korang kena mencuba colgate terbaru ini. Memang best. Power.

Terima kasih Nuffnang sebab sudi beri Sha kempen iklan ini.

Review Blog Oleh Pakar Blogger, Terima Kasih Sudi Bagi Respons

Aku ada terjumpa blog yang aku rasa baru dibina tetapi isinya mantap. Aku rasa blog ini dimiliki oleh blogger yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang blog. Kalau tidak, masakan beliau mempunyai pengetahuan dan ilmu blog yang luas.

Terima kasih sudi jawab soalan Sha dan beri penerangan yang jelas.

Bolehlah terjah ke blog beliau ikut link di bawah ini:
cara mudah dapat duit


Ada sesiapa sudi review blog aku lagi tak?

Bahasa Siam: Kiraan Sebelas hingga Dua Puluh

Lama rasanya aku tak buat entri dalam bahasa Thailand. Ingatkan tiada permintaan, tetapi selalu mendapat trafik dari enjin carian yang ada golongan tertentu yang mahu belajar bahasa Negara Gajah Putih ini.

Jadi, aku gunakan pengetahuan yang ada sedikit sebanyak ini dengan berkongsi dengan anda semua. Semoga bermanfaat.

Kiraan 1-10, boleh rujuk entri ini: Kiraan

11 - sip et 
12 - sip song 
13 - sip saam (sebutan sip sam. Bukan sa-am)
14 - sip sii (sebutan si. Bukan si-E)
15 - sip ha
16 - sip hok 
17 - sip chet 
18 - sip pet 
19 - sip kau 
20 - yi sip


Pergi hafal dulu, nanti Kunkru (cikgu)  Sha myheart akan tanya. Hehe~

Bersambung lagi ya.

MH370 Penerbangan Yang Hilang: Dirampas atau Terhempas

Satu dunia terkejut apabila pesawat 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) didapati hilang daripada radar pada hari Sabtu 8 Mac 2014 yang lalu.

Pelbagai persoalan wujud. Tentera dan nelayan mencari. Jumpa tumpahan minyak. Jumpa serpihan seperti kapal terbang, jumpa bot yang tulis boarding, jumpa itu, jumpa ini. Tetapi, itu bukan milik MH370.

Aku pada mulanya cuak juga. Risau. Berdebar-debar.Tetapi apabila dapat tahu satu artikel yang mengesyaki kapal terbang malang tersebut dirampas, aku mula tenang. Tidaklah terlalu risau kerana tahu yang kemungkinan besar pesawat yang membawa 239 manusia di dalam perutnya, dalam keadaan yang selamat. Tidak terhempas.

Selepas itu, kenyataan dari DCA, pengerusi MAS dan Menteri Dalam Negeri pun, aku sudah tidak ralat sangat. Keadaan seakan-akan mereka menyembunyikan sesuatu. Wallahu alam.

Kes bersangkut

Doa dan solat hajat
Banyak doa dari semua agama terlibat. Solat hajat juga dilakukan. Selepas solat Jumaat, dilakukan solat hajat.
Berita hari ini, pihak berk…

Tutorial Link Rosak Dalam Entri Blog

Link rosak dalam entri berlaku kerana:

Pertukaran link blog (blog yang telah tidak aktif-dibuang-sudah patah hati berblog)
Segment, GA atau contest yang telah tiada -sama ada blog sudah dinyahaktif atau pemiliknya membuang entri tersebut.
Link yang anda masukkan dalam entri - website yang telah bertukar domain
Link iklan -sudah bertukar domain


Kesan

Apabila kita klik pada link yang rosak, ia tidak dapat masuk ke dalam link yang terbuka tersebut. Jawapannya sama ada 404 atau  blog sudah dinyahaktif. Tiada lagi link blog tersebut dalam dunia maya ini. Hehe~

Kalau tak tahu, cuba uji link tersebut. Ke mana ia bawa anda. Kalau bawa ke link tersebut, kira ok la. Tapi kalau ia tiada dalam carian, silalah padam link itu. Sebab itu lah link yang rosak. Okay,  faham?


Cara-cara membuang link rosak dalam entri

1. Masuk ke link ini  Free Broken Link

2. Masukkan link blog anda dan klik Find broken links.




3. Masukkan kod keselamatan (security code) dan tekan broken links now! Tunggu sebentar. Ia akan bawa an…

Musuh Dalam Lipatan

Geram. Kenapa dia selalu nak kacau hidup aku lagi? Kenapa dia nak burukkan aku lagi? Sedangkan aku sudah angkat kaki dari syarikat tu? Apa tujuan dia? Supaya bos sayang?

Sorry, i dont think so.

Aku angkat kaki pun secara elok. Beberapa hari mereka menghubungi aku. Pujuk untuk bekerja balik. Aku sudah tawar hati lebih-lebih lagi apabila mengetahui perangai teruk mereka dan betina itu. Maaf, aku tak mampu nak sebut namanya lagi atau menghormatinya apabila begini dia buat kepadaku.

Aku baik kepadanya, malah dia merupakan kawan rapatku. Dia sanggup tikam belakang aku. Dia adalah musuh dalam selimut. Gunting dalam lipatan.

Fitnah
Dia fitnah aku. She make my bos look underestime on me! Aku rasa lain apabila bos langsung tak sebut namaku tetapi nama betina tu saja. Tengok muka aku, bos tarik muka masam. Tapi bila depan betina tak sedar diri tu, dia bermanis muka.

Sape tak rasa pelik, kan? Sebelum ini, panggil aku tapi sejak hari itu, langsung tidak sebut namaku. Jahatnya kau wahai betina!

Cemburu? …

Resipi Sup Ayam untuk Orang Demam Campak

Rasanya sudah tahu, orang demam campak ini tidak boleh makan makanan berminyak, yang warna hitam dan yang pedas. Jadi, tumis-tumis tak bolehlah ye. Sila ambil perhatian. Jangan buat-buat lupa pula tau. Kang lagi teruk pula campak tu.

Ok, resipi yang nak dikongsi ini senang sahaja. Semudah main rebus sahaja.

Bahan-bahan:

5 ketul ayam yang sudah dibersihkan - ambil bahagian bertulang seperti kaki, tengkok, tulang belakang, sayap
3 ulas bawang merah,
3 ulas bawang putih
2 cm halia  dihiris halus/mayang
1 sup bunjut Adabi 800ml air
3 biji kentang sederhana besar dikupas kulit dan dipotong empat
Sebatang kayu manis dan sekuntum bunga lawang
Sedikit daun sup
Garam.

Cara-caranya:

Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan biarkan ianya mendidih.

Jangan risau kita tak letak minyak ye. Sebab ayam ada lemaknya yang akan jadi minyak jugak.

Senang sahaja, kan?


Manga (Komik Jepun) Mesej Cinta Di Tangan Kiri, Menghayun Sanubari

Semalam, aku bosan kat tempat kerja. Tiada kerja nak buat. Kerja sudah siap. aku sudah bosan untuk melayari internet. Aku sudah pun membaca majalah-majalah hiburan. Sudah habis baca. Bosan.

Cari lagi bahan bacaan yang terdapat di tempat kerjaku. Yang bestnya, bos tak marah aku membaca dan mengonlinekan diri. Bos memang sempoi. Yang penting kita buat kerja dengan elok. Siap buat kerja, ikut suka la nak buat apa pun. Hehe~

Cari punya cari, ternampak manga (komik Jepun). Puisi Terpendek Di Dunia. Si anak bos kata dia punya. Dia beli beberapa buah tapi belum sempat baca.  Aku buka plastik yang membalut manga tersebut. Buka. Wah, sajak. Aku suka. Lukisan pula cantik. Wah. Sangat suka. Tapi, tetiba ada kerja, membantutkan niatku untuk membaca.

Nak baca boleh tapi tak seronok sebab tak dapat nak tumpukan perhatian. Concentrate. Aku letak balik kat raknya. Masukkan kembali ke dalam plastiknya. Simpan.

Hari ini, aku bosan-bosan. Tengok-tengok bahan yang boleh dibaca, aku terjuma lagi satu manga. …

Kecoh Pergaduhan Antara Ultras Malaya Dengan FAM

Aku minat bola sepak. Mengikutinya. Aku bangga bila Ultras Malaya wujud. Kemudian, aku ada kawan-kawan yang geng Ultras. Lagi aku kagum dengan mereka.

FAM. Badan yang bertanggung jawab pasal bola sepak di Malaysia.

Tiada guna perlawanan bola sepak jika tiada penonton. Penonton pula kalau kutuk pemain pun tiada guna juga. Tujuan ada penonton untuk memberi semangat kepada pemain. Tanpa sokongan moral, perlawanan tidak rancak dan hambar.

Setelah macam-macam yang berlaku, Ultras Malaya (UM) tidak lagi mahu berdiam diri. Mereka menunjukkan perasaan pada Perlawanan Persahabatan Malaysia menentang Filipina, malam bebaru ini.

"FAM Bangsat"

"30 tahun dalam Neraka"

"Presiden FAM sila letak jawatan"


#SangNilaUtama
#PFSLJ
#Tribute30yearsFAM

"Busuk-busuk Harimau Malaya orang kita juga.

Bermula lah kisah baru Sang Nila Utama untuk tahun 2014."

#matchday#awayday
#PresidenFAMSilaLetakJawatan
#30mintSilent#Tribute30YearsFAM

Itu adalah antara slogan yang dilaun…

Resipi Kek Pisang Blended

Kek Pisang Blended

Bahan-bahan:

1 cawan gula
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh sodabikabonat
3 biji telur
4 biji pisang berangan atau 11 biji pisang emas

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar (blender)
2. Balik kaupkan supaya rata
3. Masukkan dalam loyang
4. Kukus selama 10 hingga 15 minit.

Selamat mencuba.

Tips Cari Hadiah Yang Sesuai Untuk Lelaki

Pening fikir apakah hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada orang lelaki? Tak tahu apa nak diberikan kepada lelaki dan apa yang disukainya? Di sini, ada tipsnya.

Dompet
Lelaki jenis yang setia kepada dompetnya sampai beberapa tahun dan kadang-kala dah teruk sangat pun dompetnya, masih belum mahu tukar. Jadi, anda ada kesempatan untuk memberinya hadiah sebuah dompet.

Tali pinggang
Sesuai juga menghadiah si jejaka dengan tali pinggang. Terdapat beberapa jenis tali pinggang. Buat pilihan yang tepat ya.

Baju
Kebiasaan lelaki akan memakai apa sahaja pakaian yang diberikan. t-shirt, jersi bola pasukan kegemarannya, kemaja dan baju kain kapas adalah terbaik dan buatlah pilihan yang tepat.

Tali leher
Pemberian tali leher adalah sesuai jika si lelaki menggunakan tali leher dalam pekerjaannya. Jika tidak, ia adalah membazir.

Pin tali leher juga adalah sesuai dipadankan dengan tali leher ke tempat kerjanya.

Minyak wangi
Boleh tahan mahal juga minyak wangi lelaki yang berjenama mahal. Siapa kata lelaki t…

Resipi Mee Ketam (Crab Noodles Recipe)

Resipi Mee Ketam ♡

Resipinya:

1 bungkus mee kuning
3 ekor ketam saiz sederhana (dipotong 2)
1 biji telur
Beberapa jenis sayur yang digemari
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk secukup rasa
1 sudu kecil air sotong (Nampla)
2 sudu besar chili paste
Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk dikisar:
4 biji tomato saiz sederhana
1 mangkuk kecil udang kering
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 cawan air

Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan tumis chili paste sehingga naik bau harum
2. Masukkan bahan kisar
3. Masukkan air secukupnya
4. Masukkan ketam
5. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, air stok sotong, serbuk secukup rasa, garam dan gula secukupnya.
6. Setelah ketam masak, masukkan sayur-sayuran dan kacau.
7. Pecahkan sebiji telur dan kacau.
8. Asingkan ketam dan sayur-sayuran dari kuah.
9. Tinggalkan kuah di dalam periuk.
10. Masukkan mee kuning dan tunggu sehingga mee masak.
11. Asingkan mee dari kuah.
12. Hidangkan bersama daun…

Open Tracker