Langkau ke kandungan utama

Pakaian yang Sesuai untuk ke Rumah Terbuka Raya Aidil Fitri

Baju kurung sopan gila kalau pakai

Pakaian yang sesuai untuk ke rumah terbuka Raya Aidil Fitri perlulah diambil berat. Kalau tidak, ia akan menjatuhkan imej dan air muka kita. Orang kata kita tak tahu adress code!

Pakaian apa yang perlu dipakai? Pertamanya mestilah sopan. keduanya kalau dapat penuhi tema lagilah sempoi.

1. Pakaian tradisional
Seeloknya kalau Rumah Terbuka Aidil Fitri, kenalah pakai pakaian tradisional Melayu. Jangan pula tetiba kau pakai pakaian tradisional orang Dutch. Ha, itu dah pelik. Pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung, teluk belanga, cekak musang, kebaya, kebarung, kain batik, kain palikat, dan sebagainya.

2. Pakaian yang sopan
Jubah, abaya, kemeja, blaus, cardigan, skirt labuh dan sebagainya pakaian yang sopan, bukannya yang seksi-meksi kepsi ya. Hehe~

3. Kasut
Terpulanglah, janji sesuai. Sneakers? Boleh. Tapi untuk lelaki lah. Kalau perempuan, simpan untuk dipakai pada acara lain ya. Untuk majlis Rumah Terbuka, tak payah lah ye. Carilah kasut, sepatu, tumit tinggi, sandal, selipar, balet, bot dan sebagainya yang sesuai ya.

4. Tudung kepala
Bagi lelaki letaklah songkok hitam atau kopiah di kepala. Bagi kaum Hawa pula, ada eloknya memakai tudung. Ini adalah sambutan raya ikut agama, bukannya parti hari jadi kau. Adalah lebih sopan dan mulia perempuan yang mengenakan tudung. Tudung pula berbagai jenis kategori. Pilih saja dan belit tudung-bunuh-diri. Hahaha~ Tudung-bunuh-diri, panggilan kakak angkatku untuk tudung moden yang belit sana, pusing sini.

5. Kemas
Tak kisah korang nak pilih macam mana pakaiannya. Tetapi mestilah kemas. Kan lepas tu nak berselfie ramai-ramai guna monopod. Hehe. Lagipun kalau tak kemas, kang nanti pakaian tu yang makan kuah kacang dan rendang serta minum air oren terlebih dahulu. Faham?
Semoga bermanfaat.
2 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)