Lima Masakan Menu Terbaik Malaysia Paling Sedap | ! sha my heart

.

Ahad, 13 Julai 2014

Lima Masakan Menu Terbaik Malaysia Paling Sedap

Malaysia merupakan syurga makanan. Cakap sahaja mahu makanan yang macam mana, semua ada. Nak dengan tak nak sahaja. Kali ini aku bawa korang melihat makanan yang superb sedap yang tidak dapat dinafikan lagi kelazatannya bagi bumi Malaysia.

Mee kari
Mee kuning Kuah kari dengan dimasukkan kacang panjang dan bebola ikan. Memang superb. Sedap hingga menjilat jari.

Laksa Utara
Laksa putih diperbuat daripada tepung beras. kuahnya diperbuat daripada isi ikan tamban, kembung atau selayang. Rasa isi ikan segar yang manis itu menyedapkan kuah. Juga dimasukkan bunga kantan, cili padi, cili kering,
Laksa Penang dan Laksa Kedah adalah berbeza dari segi warna kerana Laksa Penang tidak menggunakan cili kering dan telur rebus untuk dimakan bersama.
Laksa dimakan dengan ulam-ulam (mengikut negeri. Kalau negeri Utara Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, ulamnya ialah timun, bawang besar, cili padi, daun putat atau gajus. Manakala bagi negeri lain yang juga membuat Laksa Penang, menggunakan timun, bawang besar, cili besar dan daun salad)

Mee Bandung Muar
Mee kuning yang dimakan bersama kuah bandung yang diperbuat daripada ubi keledek, cili kering, telur.

Nasi Kerabu
Nasi Kerabu merupakan sajian makanan dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu dan Pahang). Bahan-bahannya, nasi yang diletak pewarna biru (sama ada bahan semulajadi atau tiruan), kepala parut, budu, cili. Dimakan bersama ikan goreng salut tepung dan solok lada (cili hijau bersaiz besar dan diletak isi ikan dan santan). Memang sedap.

Satey
Daging yang dipanggang dan aromanya memilkat hati. Dari jauh pun kita sudah boleh bau keharumannya. Daging yang dipotong kecik disalut dengan madu, rempah ratus dan serai serta minyak masak. Dipanggang penuh. Dimakan bersama dengan timun dan bawang berserta dengan kaut kacang.


Pergh, terbaiklah makanan Malaysia


2 ulasan:

Nur Inani berkata...

sedapnya laksa :)

Sha My heart berkata...

A ah, sedap kan? teringin pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...