Langkau ke kandungan utama

Wangsa Maju Best City, Dekat Dengan Genting Highland, Sejuk Giler



Setelah setiap pagi ke sana ke sini dengan train (Komuter) dan teksi, akhirnya dapat rumah sewa. Alhamdu lillah. Rumahnya dekat dengan tempat kerja, Cuma beza satu syeksen saja. Tempat kerja syeksen lima, aku duk syeksen 4.  Kalau sebelum ini bangun pukul 5 pagi (kadang-kala lajak ke 5.30 pagi) untuk bersiap dan keluar seawal 6 pagi dan sampai rumah waktu Maghrib (7.40-8.30 malam). Sekarang bangun pukul 6 atau 6.30 pagi dan biasanya berada di rumah pada pukul 5.30 petang. Paling lambat pun pukul 6 sampai rumah. Masa dijimatkan!
Pernah juga aku bangun seawal 4.30 pagi dan 5.55 gerak ke Stesten KTM Klang, Selangor. Dapatlah naik train yang awal. 6.17 pagi. Masuk tu, ada seorang lelaki membaca Quran. Ye la, azan Subuh pukul 5.40. Lepas solat baru gerak. Train pula kena tunggu pukul 6. Tak sempat nak baca. Bagus dia baca. Aku tak baca, tapi bantai tidur, cover balik tidur yang tak cukup. Hehe~
Rumah dan tempat kerja boleh diakses dengan berjalan kaki (dalam 10 minit), kereta (kawan serumah), teksi  (biasanya bayaran RM4-5. Sekali buka pintu dah RM3 dicaj) dan bas (hanya dikenakan tiket RM1).
Rumah sekarang ini selesa, dekat dan housemate yang baik sangat dan memahami.
 Malam pertama dan kedua aku tidur situ, kira-kira pukul 3 pagi menggigil kesejukan, walaupun aku berselimut. Aku utarakan hal ini kepada kawanku yang merupakan penduduk tetap Wangsa Maju. Dia kata mungkin hujan. Memang sejuk la kat sini. Bila aku tengok pula, patut pun sejuk. Di kelilingi banjaran bukit dan gunung. Dekat dengan Genting Highland. Pagi-pagi boleh nampak bangunan sebuah-sebuahGenting Highland tapi bila tengahari dah tak nampak sebab diselimuti dengan awan.  Hohoi, teringinnya nak pergi Genting untuk kali kedua. Tapi sape la yang nak bawa aku ni? Boyfriend tak ada. Hehe~
Aku cerita kepada kakakku di Klang. Dia memberikan aku selimut tebal. Aku guna. Alhamdu lillah, sejuk tidak lagi menggigit kulitku. Dapat tidur dengan selesa walaupun hujan.
 Apa-apa pun, best duk Wangsa Maju.

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker