Langkau ke kandungan utama

Rahsia SEO: Menang Contest SEO

SEO banyak bantu kita jana pendapatan

Aku rasa link ini sangat bermanfaat untuk dikongsikan.Sebagai seorang blogger, kita kena tahu pasal SEO. Sebab blog juga boleh menambah ketebalan poket anda. Jana duit melalui blog. Aku ada juga side income masuk. Nuffnang. Ok lah kan, ada daripada tak ada. 

Tak guna juga kalau korang sekadar ada tempat meluah (dalam media sosial seperti facebook, twitter, weChat, Whatsapp, blog) tapi tak dapat sebarang imbuhan balik. Kan best kalau kita menulis dan diberi duit. Kaching! Masuk dalam bank kita. Tak banyak pun tak apa, janji ada dan berterusan. Alhamdu lillah.

Tapi, kalau nak duit, traffik yang masuk ke dalam blog kita kenalah tinggi. Paling kurang pun kena 100 pelawat unik sehari. Kalau nak dapat trafik tinggi, kena tahu cara buat blog dengan betul. Korang boleh tengok sini, halaman Tips Blog yang aku telah usahakan dengan pengalaman dan ilmu. Macam-macam tips ada dalam Tips Blog. Memang bermanfaat. Rugi kalau korang tak masuk dan baca.

Coretan Anuar ini sudah lama aku kenal. Dunia blogger Malaysia ini walaupun sekarang sudah ramai, berpuluh-puluh ribu mahupun ratusan ribu tetapi, yang aktif dan berjaya tu tidaklah ramai mana. Aku perasaan encik Anuar ini pada masa aku aktif berblog pada tahun 2011 hingga awal 2012. Kemudian, aku tinggalkan blog. Sempat juga belajar pasal ilmu SEO sikit-sikit. Fahamlah juga apa itu SEO, cuma nak amalkan itu sahaja tidak sempat. Hehe, alasan!

Sempatlah juga buat tutorial pasal SEO ini. 


 
Rahsia SEO Menang Contest SEO ini pula aku ambik dari Coretan Anuar. Best baca. Faham. Tapi kalau korang tak faham, korang baca dulu apa yang aku tulis kat atas ini. Itu lagi mudah faham sebab asas. Korang kena ada asas dulu, barulah senang nak faham yang seterusnya.

Kadang-kala, fikir balik, seronok juga berada dan menempatkan blog kita dalam halaman Google yang pertama.  Seronok tengok analitik atau statistik blog kita. Tengok apa yang orang cari dalam SEO. Lucu. Macam-macam yang mereka taip. 

Seronok tengok trafik yang tinggi. Paling seronok tengok duit masuk ke akaun kita hasil berblog. Itu memang rasa puas. Lagi seronok, bila semua ini kita tengok bila masa kita tak aktif berblog. Maknanya, kita sudah tidak menulis mahupun ada sebarang kemaskini (up date) entri terbaru, tetapi duit laju saja masuk. Ni dah boleh kalahkan Bill Gate. Masa tidur pun duit masuk. Hehe~

Jadi, selagi boleh kita berblog dan berbagi (berkongsi), tak salah. Paling rasa puas bila entri kita menjadi rujukan kepada orang lain. Harap-harap, inilah yang memberi pahala yang berterusan kepada kita di kubur nanti.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker