Langkau ke kandungan utama

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri




Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 

Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.

Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.

Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada buang air besar. Tapi mungkin sebab aku dah detox sebab ada pakai produk-produk atau bahan natural yang buang toksik dalam badan. 

Hari ketiga, biasa. Tak ada efek apa-apa. Cuma rasa kulit makin tegang.

Hari keempat, seperti hari ketiga.

Hari kelima dah berani keluar tanpa pakai krim dan bedak. Rasa muka lebih berseri.

Hari keenam seperti hari ke-lima. Seri-seri.

Hari ketujuh, kawan cakap parut jerawat dah pudar. Muka nampak bersih. Sukanya.

Banyak testimoni yang berpuas hati. Yang tidak puas hati, tak jumpa pula. Kiranya produk ini terbaik.Dalam tiga hari penggunaan sudah nampak kesannya. Kawan Sha yang pernah mengamalkan produk ini pun menyatakan ianya adalah terbaik. Tapi dia tak amalkan sebab dia tak ada belanja khusus untuk produk kesihatan. Tak kisahlah muka dia tak ada masalah sangat. Tak pakai apa-apa pun tak apa. Sha ni muka jenis berjerawat. Tak pakai apa-apa, teruklah muka yang telah sedia buruk. Hehe~

Harga

Pada Sha, harga begini memang berbaloi anggaran 30 ringgit boleh dapat 6 botol Innershine yang magik khasiatnya manakala peruntukkan sahaja sejumlah RM60, boleh dapat 12 botol Innershine yang menakjubkan. Dalam sebulan, hanya peruntukkan duit sebanyak kira-kira RM120 untuk 24 botol untuk 24 hari. (Sha tak kira tepat kerana harga bagi pasaraya tak sama. Pandai-pandailah korang kira sendiri ya).

Sha kata begini sebab harga produk kecantikan yang lain adalah mahal. Kalau kesannya dalam masa 3 hari, harganya ialah RM200 dan ke atas. Serius. Kalau tak percaya, boleh cari sendiri. Kalau kesannya lambat sedikit, harganya ialah RM35 untuk kegunaan lima hari sahaja tetapi tetap kena konsume sampai sebulan, baru nampak hasil yang mengamumkan. Sha cakap sebab Sha tahu. Pernah cari dan pernah guna. Sha juga pernah kerja jual produk kecantikan, sebab tu Sha lebih tahu pasal harga.

Cara guna

Cara guna, minum produk Innershine untuk mendapatkan kesan yang terbaik ialah minum pada waktu malam dan tidur. Maknanya, jangan ada sebarang apa-apa makanan atau minuman selepas itu. Air masak tak apa, dibenarkan. Sebab produk apa-apa pun akan bekerja dengan elok pada waktu malam. Korang dah minum tu, jangan tak tidur. Korang kena tidur. Tidur kan salah satu cara menjaga kecantikan. Kalau sebelum tu korang telan Innershine, lagi baguslah. Bangun pagi nampak berseri-seri. Wow, class you!

Ada juga yang Sha baca testimoni yang mengamalkan tiga hari sekali. Sha pun nak buat macam itu juga sebab nak jimat tetapi pada pendapat Sha, ini adalah kali pertama Sha cuba. Kalau kali pertama ini, kita sendiri atau kawan-kawan kita akan tanya apa kesannya, berapa cepat perubahannya, best tak pakai, dan sebagainya persoalan yang diajukan. Tapi, kalau kita pun pakai selang-selang, macam mana nak jawab? Kira macam tak berapa adil bagi produk yang kita konsume sebab dah menjatuhkan imej produknya.

Jadi, kalau korang pun kali pertama cuba, korang amalkan tiga hari berturut-turut dahulu. Atau, kalau badan korang belum 'bersih' dari toksik, maksudnya bila amalkan Innershine, perut membuang sisa-sisa yang kotor, korang tak boleh nak 'claim' bahawa dah berseri-seri sebab toksik dalam badan anda belum habis. Selain itu, jangan berani nak selang-selang ya. Minum je setiap malam sampai habis pek. Tapi, kalau korang tak sempat minum malam, boleh minum awal pagi sebelum sarapan. Tapi, kalau hasilnya kurang dan lambatlah sedikit jangan marah pula ye. Dah korang yang salah cara penggunaannya, padan mukalah. Hehe~

Ibu mengandung pun boleh amalkan Innershine. Ini adalah produk sari pati buah, tak ada masalah buat ibu mengandung. Sumbernya, Sha baca kat dalam web Innershine.

Kalau nak kesan yang cepat, boleh digunakan dalam apa-apa juga produk yang anda konsume, ada tiga perkara. Pertama, anda minum banyak air. Perbanyakkan air dalam badan. Sebab badan kita pun banyak peratus terdiri daripada air. Memang begini. Tak kisah apa-apa produk pun. Kesannya akan cepat.

Kedua, minum pada waktu malam sebelum nak tidurya. Minum dan tidur. Ada juga yang jaga kerampingan perut, minum dan tunggu sehingga paling cepat setengah jam hingga dua jam, baru tidur. Itu terpulang. Tapi yang penting, jangan makan atau minum apa-apa dah, kecuali air kosong.

Ketiga, korang buat detox dahulu. Tak kisahlah korang nak pilih detok kaki ke, minum teh langsing ke, minum produk kecantikan ke. Sebab produk kecantikan ada detox dulu sebelum ia mula merawat. Tapi, kalau langsung tak ada rasa sakit perut untuk buang air besar, memang ada masalah. Sama ada korang yang bermasalah atau produk tu. Sebab produk yang baik, akan ada detox. Tapi kalau korang dah pernah buat detox tak kisahlah apa-apa pun, korang jangan risau kalau tak buang air besar. Sebab badan korang dah suci bersih. Hehe~

Tapi, kalau korang tak cari detox pun tak apa. Innershine pun akan buat detox. Tengok kat kotak pun tahu, ada tulis untuk penghadaman. Tapi kesan untuk kulit berseri tu lambat sikitlah.

Selain itu, ubat tak elok diambil dalam keadaan sejuk (ais atau rendah suhunya - sejuk - peti sejuk). Sebab, er, Sha tak pandai nak goreng bab ni. Tapi dah pengamal perubatan kata tak boleh, maka tak boleh la ye. Sebenarnya, boleh tu boleh tapi ia akan merosakkan sel ubat yang ada tu. Jadi kurang berkesan. Buat rugi sahaja, dah ada ubat tapi sia-siakan.


Sekian dahulu untuk kali ini. Tak salah gunakan sedikit duit untuk diri sendiri. Berseri-seri.
Innershine-lah dulu!

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker