Langkau ke kandungan utama

Selamat Berbahagia dan Masih Ingat Lagi Rupanya


Pada 5 April 2014, aku berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan teman serumah, Ila. Rumahnya terletak di Yan, Kedah. Lebih tepat lagi, Kampung Rendang Pasir, Yan. Aku tak pernah sampai ke rumahnya. Terujanya aku bila tahu rumahnya berdekatan dengan Gunung Jerai. Belakang tu, Gunung Jerai. Dekat saja.

Sebenarnya, aku sudah hampir lupa kerana sibuk bekerja. Mujur ada yang ingatkan. Dan mujur juga bos aku memahami. Kalau dia tak bagi cuti pun, aku akan ambil cuti juga. Ye la, kawan sendiri kahwin tapi tak pergi. Takkan tak pergi? Nanti kalau aku kahwin, tak ada orang nak datang, haa, baru padan muka. Hehe~

Kami pergi bertiga. Aku, Syaza dan Din. Sebenarnya, Ida dan Kak CT pun nak pi tapi terpaksa batalkan hasrat kerana ada hal lain yang penting. Kami tak tahu jalan ke sana. Tapi Din tu pura-pura tak tahu! Huh, kuat menyakat dan mengusik!

Ila sedang sibuk bergambar.  Tengok kameranya tu. Cayalah, bro..

Alhamdu lillah, berpandukan kad jemputan, akhirnya sampai ke rumah kenduri. Nampak pasangan pengantin sedang duduk di meja Makan Beradap. Ada beberapa orang kawan Ila dan 'potong kelapa' (fotografer) kat sana. Adalah juga seminit dua, baru Ila perasan akan kehadiran kami yang sedari tadi memandangnya. Kami berjumpa, menghulurkan hadiah, bersalaman dan berlaga pipi. Saat aku bertemu pipi dengan Ila, ada mata sedang asyik memerhatikan kami. Ingatkan lensa kamera, rupanya rentina mata!

Dia: Sha?
Aku: (diam)
Dia: Sha.. Sha.. (tak ingat nama blogku ke atau segan nak sebut? Aku biarkan saja. Hehe~)
Aku: (tetap diam)
Ila: Nama fb, Noor Hapisah. (terang Ila dengan jelas).

Dia: Artis ni.. Popular. (Sakat).
Aku: Mana ada.. (Dah malu).
Dia: (Gelak). Ok, pi makan dulu. Nanti kita ambil gambar. (Gembira).

 Ingatkan dia tak kenal aku. Rupanya kenal. Siapa dia? Dia ialah pemilik blog Mai Dari Bendang. Kami rapat dulu, masa era kemahsyuran blog masing-masing. Hehe~ Sekarang, beliau telah masuk ke dalam bidang fotografi. Iyalah, manalah tahu kot-kot tak kenal, sebab dah banyak shoot talent cantik-cantik, cute mute semua. Manalah nak kenal kite yang hodoh ni. Hahaha~

Usai makan, aku dan Syaza masuk ke dalam rumah. Berpusing juga cari bilik pengantin. Oh, ada sesi bergambar dalam bilik.

Dia: (Ramah, suruh bergambar).
Aku: (Segan, malu).
Dia: Kenal lama dah, sejak dari blog lagi. Rapat. Tapi tak pernah jumpa.
Aku: (Diam. Senyum).
Dia: Sha, masuk sekali. Artis ni, popular.
Aku: Mana ada.. Sha nak duk mana?
Dia: Tepi.

Setelah selesai ambil gambar, kami minta izin mengundur diri. Nak balik Pokok Sena? Ingat lagi rumah aku kat Pokok Sena, ya. Tapi sekarang, aku dah duk Alor Setar. Tu yang boleh kenal si Pengantin, Ila.

Ingat nak lepak jap tapi nampak macam kurang sesuai, terpaksalah berangkat pulang. Cek bukan sombong. Cuma cek pemalu dan segan jumpa dengan orang yang cek tak pernah bersua muka. First time meeting. Kalau tak kenal langsung tak apa, tak kisah sangat. Ini, kenal. Dengan kisah-kisah blog yang ntah pape, malu..


Tapi, ok juga la pak cik tegur cek. Kalau tak cam cek, cek pun takkan tegur dah. Segan r, orang tak kenal kita pun. Hahaha~ Dah bagitau kat kawan, hari ini wedding photog tu kenal orangnya. Tapi tak tau la sama ada dia kenal kite ke tak. Kite memang kenal dia.

Hadiah dariku. Cantik tak pembalut? Er, pembalut saja cantik. Tuan pembalut tak cantik. Eh, dah melalut.

Selamat berbahagia, Ila. Semoga kekal abadi. Amin..
Terima kasih Ila, jemput kami semua kenduri. Ila cantik sangat. U are so sweet, dear. Dengan Faizal, sesuai sangat. Jaga diri tau. Lepas ni, jangan sakit-sakit lagi. Tapi tak pe, Jan ada, boleh tengok-tengokkan. =)

Friendship forever. Untuk Ila dan Jan. Untuk Syaza dan Din. Untuk Encik Khairil Syahmi. Semoga semuanya sukses. All The Best.

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker