Langkau ke kandungan utama

Sakura Malaysia Meriahkan Suasana Negeri Kedah Seperti Berada Di Korea dan Jepun

Keindahan sakura sebegini sememangnya Kedah layak digelar Korea Malaysia. Boleh buat drama Autumn in my heart ni. Hehe~

Fenomena pokok Tecoma yang berbunga lebat setelah Kedah mengalami kemarau yang panjang menjadikan daya tarikan yang mengagumkan. Ramai yang berhenti seketika untuk merakamkan kecantikan dan keunikan pokok yang digelar Sakura Malaysia tersebut. Malah, ada yang sanggup memberhentikan kenderaan di bahu jalan semata-mata ingin mengambil gambar berlatar belakangkan bunga sakura seolah-olah berada di Korea ataupun Jepun.

Di bawah ini ialah petikan dari berita Sinar Harian, bertarikh April 6, 2014, Kedah dilanda musim bunga!
Kedah dilanda musim bunga!
Potensi jadi satu destinasi pelancongan baru negeri

ALOR SETAR - Selepas dilanda musim kemarau, Kedah kini dilanda musim bunga. Suasana indah ini bagaikan berada di Korea dilimpahi guguran bunga Sakura, berwarna putih dan merah jambu. Penduduk negeri ini dilihat tidak melepaskan peluang merakamkan saat indah itu apabila bunga-bunga yang jatuh berguguran menutupi permukaan tanah bagaikan hamparan permaidani.

Malah pengguna laman Facebook tidak terkecuali memuat turun keindahan suasana itu untuk dikongsi bersama sahabat handai, yang tidak berpeluang melihat sendiri keindahan alam ini. Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Faisal turut mencadangkan agar sebuah taman diwujudkan hanya dipenuhi lanskap pokok ini, yang digelar pokok Sakura Malaysia.

Dalam komennya itu, Faisal mencadangkan antara lokasi sesuai antaranya Taman Jubli Emas Suka Menanti dan perkarangan Stadium Darul Aman.

“Alangkah cantiknya jika satu kawasan taman atau tanah lapang, dipenuhi lanskap pokok ini sahaja. Saya dapat bayangkan apabila musim bunga, pelbagai warna menghiasi kawasan. Tidak mustahil jadi tarikan pelancong ke Kedah,” katanya.

Tambahnya, Kedah berpotensi mewujudkan taman Sakura, seperti di Akasaka Palace Garden di Tokyo, atau Washington Monument yang dipenuhi pokok Cherry Blossoms, menarik ribuan pengunjung setiap kali bunganya mekar.

“Setiap kali musim bunga, berduyun pelancong berkunjung. Kedah boleh menjadi perintis wujudkan taman Sakura Malaysia dengan adanya taman khas, seperti di Bangalore sinonim dengan ros, Belanda (Tulip), China (Cherry Blossoms) dan Jepun (Sakura),” katanya.

Pokok Tabebuia ini dikenali dengan nama pokok tecoma dan trumpet merupakan tumbuhan asli dari Mexico hingga ke bahagian utara benua Amerika Selatan. Terdapat lebih 50 spesis Tabebuia yang dibezakan melalui warna dan bentuk bunganya. Pokok daripada spesis ini mengeluarkan bunga berwarna putih, kuning, perak, merah dan merah jambu. Ia ditanam di kebanyakan negara tropika sebagai pokok hiasan dan membiak melalui biji benih dan boleh dibiakkan melalui keratan batang atau ranting.

Pokok yang diberi gelaran Sakura ini memerlukan musim kering yang ketara sebelum mengeluarkan bunganya yang lebat. Antara keistimewaan pokok ini ialah ia mempunyai aktiviti seperti antibakteria dan antimalaria, selain sesuai dijadikan halangan angin, pokok hiasan di jalan raya dan perumahan. Penduduk turut mendakwa apabila pokok itu mengeluarkan bunga yang lebat, selepas kemarau panjang, ia petanda bermulanya musim hujan.

Nurul Shamira Mohd Iqbal, 10, berkata, dia dan rakan terpegun dengan keindahan bunga itu dan merakamkan gambar untuk kenangan setiap tahun. “Ramai orang yang lalu lalang di Jalan Gangsa ini, memberhentikan kenderaan dan merakamkan gambar di sini. Kawasan ini bagaikan sebuah taman berbanding hari biasa, hanya belukar,” katanya.

Ada yang mengatakan pokok yang juga dipanggil Semarak, Bongor dan Sakura ini, di tempat lain di dalam Malaysia seperti Pahang, Melaka, Selangor dan Johor juga mempunyai pokok Tecoma. Tetapi dalam pemerhatian aku, tiada lagi gambar yang diupload dan mendapat like secara besar-besaran dan kecoh seperti Sakura di Kedah.

Ada juga yang mengaitkan dengan Kiamat. Ini bukan pasal kiamat, tetapi pokok ini sudah lama ditanam di beberapa kawasan di Kedah. Boleh dikatakan semua daerah di Kedah ada ditanam pokok Sakura Malaysia ini. Tahun ini, ia berbunga lebat dan membuatkan ia menjadi fenomena kerana kecantikannya.

Jom kita jamu mata dengan gambar yang aku ambil dari kamera kawan-kawanku.    

Cantik dan mempesonakan. Ramai yang sanggup berhenti dan mengambil gambar. Untuk Studi pun sesuai.
Pemandangan sakura yang cantik, di tepi sawah

Cantik, pelbagai versi sakura

Di kawasan Alor Setar, banyak ditanam pokok ini

Meruntun hati sakura di Jalan Tg Dawai-Singkir, Yan, Kedah. Gambar ini diambil oleh kawanku, fotografer hebat. Ada namanya di gambar tersebut dan aku pun duk komen dalam fbnya. Gambar ini mempunyai banyak like dan dikongsikan dalam page fb. Jadi, gambar ini sudah tersebar merata-rata.
 Cantik, menarik kau memang da bomb, bukan? Aku juga ada membuat entri terdahulu mengenai kecantikan sakura ini. Serius, gambar yang aku ambil dari kamera sendiri lagi cantik. Korang boleh bandingkannya. Kalau kamera aku, korang boleh tengok kat sini: Bunga Sakura Di Alor Setar, Kuala Kedah, Yan, Kedah

Hasil pencarianku menjumpai blog yang hebat dan gambarnya bersumber asal http://www.venusbuzz.com/archives/66489/places-see-sakura-malaysia/

Selamat menikmati Musim Bunga Di Kedah =)

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker