Langkau ke kandungan utama

Review Produk Freeman: Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar yang Best


Produk Freeman: Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar yang Best

Hari ini aku baru membeli salah satu produk Freeman: Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar (jenama Freeman, Topeng Gilap yang ada Arang dan Gula Hitam) di Watson dengan harga RM16.07. Promosi ke apa, aku pun tak tahu. Tapi bila tengok internet harganya memang murah. 

Mula-mula aku beli ingatkan mask yang boleh tarik-tarik tu, yang melekat kuat kat muka, jenama Sheshido.Okay, aku dah salah produk. Produk yang aku nak beli tu ada di Kedai Avon, harga RM19.00. Macam nak menyesal dah salah beli. Tapi, wow benda lain. Namun, aku sangat sukakan hasilnya!

Jenama Freeman. Tengoklah kandungannya.

Cara gunanya mudah sahaja. Picitkan sedikit gel tersebut ke tapak tangan, sapukan ke muka. Biarkan sehingga lima ke tujuh minit.Kemudian, gosokkan mask tersebut selama seminit hingga dua minit. Kemudian, basuh dengan air suam. Ingat, air suam tau. Jangan guna air biasa atau air sejuk. Kang tersumbat pula pori-pori kulit anda.

Kalau nak terus membuat scrub tanpa buat mask pun boleh. Tapi, tak boleh setakat pakai mask tapi tak buat scrub. Scrub is most important thing! Percayalah, wajah anda akan bersinar selepas itu. Glowing.

Kalau anda berkulit sensitif atau ada kemerahan, aku tak cadangkan guna produk ini sebab ianya scrub yang agak kasar. Tapi sangat dicadangkan kepada mereka yang mempunyai warna kulit tidak rata (bertompok-tompok) dan mengembalikan keserian kepada kulit yang kusam.

Topeng dan scrub gula ini membantu menyerap minyak yang berlebihan. Aku cadangkan guna sekali seminggu tetapi tidak boleh lebih dari sekali bagi yang mempunyai kulit kering. Manakala bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, jarakkan dengan dua kali seminggu atau lebih jarang menggunakannya.
Ni la isinya.. Yang bersinar tu ialah gula

Pengalamanku pakai Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar

Mula-mula letak Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar kat muka, aku rasa sedikit bahang. Mungkin sebab arang tu yang panas. Tapi sekejap sahaja. Tak ada hal lah kalau rasa suam macam tu dan sekejap sahaja.

Kemudian, aku tunggu lima minit macam tu, aku gosok gula-gula yang ada. Masa ini rasa berminyak. Aku terfikir, okay ke nanti sebab kulit wajahku dah sedia berminyak. Tapi, bila aku basuh dengan air suam, rasa berminyak tersebut hilang. Rasa licin sahaja kulit muka. Kemudian, aku lap dengan tuala dan tengok cermin. Wow, glowing! Bersinar dan makin cerah.

Aku pernah buat facial atau polish muka macam ni. Aku guna minyak zaitun dan gula halus.  Best saja muka. Caranya tuang beberapa titis minyak zaitun di tapak tangan anda dan lumur pada muka. Gosokkan gula tersebut sehingga menjadi halus dan hilang di muka anda. Kemudian basuh dengan air suam.

Kesimpulan

Produk ini adalah murah tetapi berbaloi memilikinya. Harga pun murah berbanding produk lain yang jauh lebih tinggi. Orang kata alah membeli, menang memakai. Tapi bagi yang ini, harga murah tapi berbaloi-baloi.

Ayuh, bersinar dan berseri bersama Produk Freeman: Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar!



Ulasan

  1. Knapa galak kn 1 smgu je.xley pkai evryday cm facial cleaner ke.. lepas pkai 5 minit dia jd keras cm mask.or bleh trus bilas, pm

    BalasPadam
  2. awak, biasalah mask (topeng) kan disarankan pakai seminggu sekali dua sahaja.
    tapi mask ini saya pakai hari-hari. terpulang kepada individu.

    Selepas pakai lima minit, tak jadi keras pun. Biasa sahaja. Gosokkan gula-gula yang ada dimuka itu. Kemudian bilas dengan air suam. Air suam tau, bukan air sejuk. Kalau tidak anda tidak merasai perubahan dan best pakai produk ini.
    Trust me! =)

    BalasPadam
  3. Awak pakai hari2 ke? Effect macam mana? Tak rosak ke kulit sebab kasar kan.

    BalasPadam
  4. Saya tak pakai hari-hari. Saya pakai 3 hari sekali. Kesannya best sangat.

    kasar? Tak adalah. Ia elok untuk membuang macam nasi-nasi putih di wajah dan melicin serta melembutkan kulit wajah.

    Cubalah.

    BalasPadam
  5. saya dh guna tp seminggu sekali sis.. apa pun mmg awesome 😍

    BalasPadam
  6. Dyg Norliana: Kan.. Memang best. Awesome. Kadang-kala rasa nak saja guna setiap hari. Tapi tak boleh, nanti kering sangat muka.

    Apa pun, best sangat bila sentuh muka yang tulus mulus.

    BalasPadam
  7. Kalau dah pakai scrub ni lepastu nak pakai clay mask freeman yang lemon n mint tu boleh ke, atau tak perlu dah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker