Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Bahasa Siam: Kiraan Tujuh Puluh hingga Lapan Puluh

Oyeah, sampai lagi kita di hari Sabtu. Hari untuk kita belajar Bahasa Siam.
Untuk pelajaran yang lepas, bolehlah merujuk pada entri sebelum ini seperti yang diberikan di bawah. Boleh rujuk entri ini:

Kiraan 1-10

Kiraan 11-20

Kiraan 20-30

Kiraan 30-40

Kiraan 40-50

Kiraan 50-60

Kiraan 60-70


Ok, mari kita mula belajar mengira dengan tujuh puluh

71 chet sip et 
71 chet sip song 
73 chet sip saam 
74 chet sip si 
75 chet sip ha 
76 chet sip hok
77 chet sip chet
78 chet sip pet
79 chet sip kau
80 pet sip


Untuk bacaan lanjut, boleh masuk ke halaman Bahasa Thai yang aku sudah sediakan: Bahasa Thai

Semoga bermanfaat.

Bahasa Siam: Kiraan Enam Puluh hingga Tujuh Puluh

Oyeah, sampai lagi kita di hari Sabtu. Hari untuk kita belajar Bahasa Siam.
Untuk pelajaran yang lepas, bolehlah merujuk pada entri sebelum ini seperti yang diberikan di bawah. Boleh rujuk entri ini:

Kiraan 1-10,

Kiraan 11-20

Kiraan 20-30

Kiraan 30-40

Kiraan 40-50


Ok, mari kita mula belajar mengira dengan enam puluh.


60 hok sip
61 hok sip et
62 hok sip nong
63 hok sip saam
64 hok sip si
65 hok sip ha
66 hok sip hok
67 hok sip chet
68 hok sip pet
69 hok sip kau
70 chet sip

Untuk bacaan lanjut, boleh masuk ke halaman Bahasa Thai yang aku sudah sediakan: Bahasa Thai

Semoga bermanfaat.

Line Semput Sampai Hujung Tahun

Sudah dua minggu line internet di Malaysia mengalami gangguan. Line wifi aku yang laju tiba-tiba asyik disconected (dc). Pelik. Masukkan sim dalam modem, langsung tak kesan sebarang jaringan internet. Fakta, guna internet dalam telefon bimbit lebih laju berbanding guna laptop.Menurut perkhabaran, hal ini berlaku kerana masalah teknikal penyedia khidmat internet sedang meningkatkan sistem. Ayat cliche! Mendengar risikan pula, hal ini dijangkakan sampai penghujung tahun ini. Oh tidak!Kasihan kepada mereka yang melanggan Internet Daily atau Internet Weekly. Kalau berada di tempat yang agak ramai pengguna internet seperti di bandar, langsung tidak dapat nak buka. Server is down. Kakak sekerja aku mengalami kerugian kerana hal ini. Aku juga kerugian. Duit diambil tetapi tidak dapat menyambung internet. Aku yakin, ramai lagi yang mengalami nasib yang sama. Jadi jangan langgani internet mobil lagi ya.Pada siapa kita harus mengadu hal ini? Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)…

Bahasa Siam: Kiraan Lima Puluh hingga Enam Puluh

Oyeah, sampai lagi kita di hari Sabtu. Hari untuk kita belajar Bahasa Siam.
Untuk pelajaran yang lepas, bolehlah merujuk pada entri sebelum ini seperti yang diberikan di bawah. Boleh rujuk entri ini:

Kiraan 1-10,

Kiraan 11-20

Kiraan 20-30

Kiraan 30-40

Kiraan 40-50


Ok, mari kita mula belajar mengira dengan lima puluh.

50 - ha sip

51- ha sip et

52 - ha sip song

53- ha sip saam

54- ha sip si

55- ha sip ha

56- ha sip hok

57- ha sip chet

58- ha sip pet

59- ha sip kau

60 hok sip


Untuk bacaan lanjut, boleh masuk ke halaman Bahasa Thai yang aku sudah sediakan: Bahasa Thai

Semoga bermanfaat.

Resipi Laksam Versi Utara yang Marvelous Sedap

Laksam Versi Utara

Isi laksam
* 2 cawan tepung beras
* 2 cawan air

Caranya:
1. Satukan kedua-dua. Kacau sampai tidak berketul
2. Panaskan pengukus dan panaskan tudung periuk
3. Tuang agak-agak. Tak nak tebal dan tak nak nipis sangat. Tunggu sampai naik melembong.
4. Apabila sudah melembung, angkat dan gulung.
5. Sapukan minyak selepas gulung. Tunggu sehingga suhu gulungan tadi sejuk dan gunting bulat-bulat.




Kuah laksam
Isi ikan secukupnya - asingkan isi dan tulang. Kisar. Blender.
Santan - kalau ikan 10 ekor, santan RM3

*1 biji bawang besar
*4 biji bawang merah
*2 sudu lada hitam
*1 cm halia
Blender semua bertanda*

5-10 keping asam
Daun kesom
Gula dan garam secukup rasa..

Cara-cara:
Satukan semua bahan di atas. Masak hingga mendidih. Pastikan jangan lama sangat. Nanti pecah minyak santan tu sudah tidak sedap.

Sambal
-cili kering buang biji & rebus dan sejatkan
-secubit belacan
-garam n gula
Persatukan semua. Campur sedikit air suam.
Blender sampai hancur. Siap laaa.

Ulam:
Kacang …

Sakura Malaysia Meriahkan Suasana Negeri Kedah Seperti Berada Di Korea dan Jepun

Fenomena pokok Tecoma yang berbunga lebat setelah Kedah mengalami kemarau yang panjang menjadikan daya tarikan yang mengagumkan. Ramai yang berhenti seketika untuk merakamkan kecantikan dan keunikan pokok yang digelar Sakura Malaysia tersebut. Malah, ada yang sanggup memberhentikan kenderaan di bahu jalan semata-mata ingin mengambil gambar berlatar belakangkan bunga sakura seolah-olah berada di Korea ataupun Jepun.

Di bawah ini ialah petikan dari berita Sinar Harian, bertarikh April 6, 2014, Kedah dilanda musim bunga!
Oleh: Roslinda Hashim.
Potensi jadi satu destinasi pelancongan baru negeri
ALOR SETAR - Selepas dilanda musim kemarau, Kedah kini dilanda musim bunga. Suasana indah ini bagaikan berada di Korea dilimpahi guguran bunga Sakura, berwarna putih dan merah jambu. Penduduk negeri ini dilihat tidak melepaskan peluang merakamkan saat indah itu apabila bunga-bunga yang jatuh berguguran menutupi permukaan tanah bagaikan hamparan permaidani.

Malah pengguna laman Facebook tidak…

Bahasa Siam: Kiraan Empat Puluh hingga Lima Puluh

Oyeah, sampai lagi kita di hari Sabtu. Hari untuk kita belajar Bahasa Siam.
Untuk pelajaran yang lepas, bolehlah merujuk pada entri sebelum ini seperti yang diberikan di bawah. Boleh rujuk entri ini:

Kiraan 1-10,

Kiraan 11-20

Kiraan 21-30


Ok, mari kita mula belajar mengira dengan tiga puluh

40 - si sip 
41 - si sip et 
42 - si sip song 
43 - si sip saam 
44 - si sip si 
45 - si sip ha 
46 - si sip hok 
47 - si sip chet 
48 - si sip pet 
49 - si sip kau 
50 - ha sip


Untuk bacaan lanjut, boleh masuk ke halaman Bahasa Thai yang aku sudah sediakan: Bahasa Thai

Semoga bermanfaat.

Selamat Berbahagia dan Masih Ingat Lagi Rupanya

Pada 5 April 2014, aku berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan teman serumah, Ila. Rumahnya terletak di Yan, Kedah. Lebih tepat lagi, Kampung Rendang Pasir, Yan. Aku tak pernah sampai ke rumahnya. Terujanya aku bila tahu rumahnya berdekatan dengan Gunung Jerai. Belakang tu, Gunung Jerai. Dekat saja.

Sebenarnya, aku sudah hampir lupa kerana sibuk bekerja. Mujur ada yang ingatkan. Dan mujur juga bos aku memahami. Kalau dia tak bagi cuti pun, aku akan ambil cuti juga. Ye la, kawan sendiri kahwin tapi tak pergi. Takkan tak pergi? Nanti kalau aku kahwin, tak ada orang nak datang, haa, baru padan muka. Hehe~

Kami pergi bertiga. Aku, Syaza dan Din. Sebenarnya, Ida dan Kak CT pun nak pi tapi terpaksa batalkan hasrat kerana ada hal lain yang penting. Kami tak tahu jalan ke sana. Tapi Din tu pura-pura tak tahu! Huh, kuat menyakat dan mengusik!


Alhamdu lillah, berpandukan kad jemputan, akhirnya sampai ke rumah kenduri. Nampak pasangan pengantin sedang duduk di meja Makan Beradap. Ada bebera…

Bunga Sakura Di Alor Setar, Kuala Kedah dan Yan, Kedah

Ramai sudah bercakap tentang kecantikan dan keindahan yang terdapat di negeri Kedah.  Dengan sawah padi yang luas terbentang dan gunungnya yang cantik, tidak dapat disangkal lagi kecantikan dan keindahannya. Kini, heboh orang memperkatakan kecantikan permandangan bunga sakura (Nama Inggeris Tabebuia Penthaphyl. Nama MelayuTecoma) di Kedah.

Ada juga yang mendakwa pokok Sakura Malaysia dan  nama saintifiknya Tabebuia Rosea. Ada juga yang mengatakan Pokok Bongor. Tapi pokok bongor jenis apa, sebab aku kenal pokok bongor. Ada yang mendakwa ini adalah  Pokok Semarak
Antara kawasan yang ditanam pokok sakura ialah sekitar Alor Setar seperti Langgar, Hutan Kampung, Taman Kota,Tesco Mergong, Kuala Kedah, Yan, Tanjung Dawai, Jitra dan lain-lain lagi.

Ramai yang mengatakan bak berada di Korea. Fefeling Korea gitu! Mari kita tengok gambar yang aku ambil sekitar Yan dan Kuala Kedah.

















Cantik, bukan? Ternyata tempat kita juga indah dan cantik. Kalau kat Jerman pada musim sejuk mana ada orang berjalan-…

Bayam Duri, Daun Neem Mambu, Daun Cermai Baik Untuk Demam Campak

Demam campak atau cengkering boleh menyerang sesiapa sahaja yang berhampiran dengan virus tersebut dan sistem ketahanan tubuh badan yang lemah.

Terdapat beberapa daun yang sesuai untuk merawat demam campak, semasa dan selepas campak habis keluar.

Pokok bayam duri. Cabut sampai keluar akar dan rendam ke dalam bekas air. Hasilnya, air rendaman tersebut terasa sedikit sejuk dan serangan virus dapat dipatahkan dari menjangkiti orang lain pula di dalam rumah tesebut.

Daun Neem atau Mambu. Selalunya berada di kawasan orang India kerana mereka menggunakan khasiat pokok ini.

Daun Cermai juga sesuai untuk dibuat bedak dan tempekkan ke seluruh badan setelah campak keluar habis dan susut (sembuh). Tujuan daun cermai dicampurkan ke dalam bedak sejuk atau beras yang dikisar adalah untuk menghilangkan parut campak.

Review Produk Freeman: Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar yang Best

Hari ini aku baru membeli salah satu produk Freeman: Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar (jenama Freeman, Topeng Gilap yang ada Arang dan Gula Hitam) di Watson dengan harga RM16.07. Promosi ke apa, aku pun tak tahu. Tapi bila tengok internet harganya memang murah. 
Mula-mula aku beli ingatkan mask yang boleh tarik-tarik tu, yang melekat kuat kat muka, jenama Sheshido.Okay, aku dah salah produk. Produk yang aku nak beli tu ada di Kedai Avon, harga RM19.00. Macam nak menyesal dah salah beli. Tapi, wow benda lain. Namun, aku sangat sukakan hasilnya!

Cara gunanya mudah sahaja. Picitkan sedikit gel tersebut ke tapak tangan, sapukan ke muka. Biarkan sehingga lima ke tujuh minit.Kemudian, gosokkan mask tersebut selama seminit hingga dua minit. Kemudian, basuh dengan air suam. Ingat, air suam tau. Jangan guna air biasa atau air sejuk. Kang tersumbat pula pori-pori kulit anda.

Kalau nak terus membuat scrub tanpa buat mask pun boleh. Tapi, tak boleh setakat pakai mask tapi tak buat scrub. Sc…

Contoh Borang Penilaian Memandu bagi Kelas A, B3, B2 B & C

Ini adalah Borang Penilaian Memandu bagi Kelas A, B3, B2 B & C yang aku salin dari kertas jawapan aku sebelum dihantar kepada JPJ untuk dibuat kad lesen P.


Kadang-kala Kita Terlupa Nak Bersyukur

Kadang kala hidup kita sudah cukup baik. Ada kerja. Ada pasangan. Ada anak. Ada ibu bapa dan mertua. Ada rupa. Ada kereta. Ada rumah. Ada bekalan elektrik. Ada hubungan jalan raya yang baik. Ada pasaraya. Ada surau dan masjid. Ada pendapatan bulanan yang bukan sahaja cukup untuk belanja bulanan malah cukup untuk tabungan.

Tapi, kita terlupa untuk bersyukur. Kita mahukan yang lebih lagi. Kita nak itu. Kita nak ini. Kita stress bila nampak orang lain lebih dari kita. Kita cemburu. Kita dengki. Kita cuma nampak mereka yang berada di atas kita tanpa kita perasan orang yang berada di bawah kita, keadaannya lebih teruk dari kita sedangkan alam dan udara yang kita sedut adalah sama. Kita langsung tidak pandang mereka. Apalah salahnya kita hulurkan sedekah, derma atau hadiah? Kenapa kita perlu asing dan pulaukan mereka?

Kawan, jangan begitu. Hidup kita ini bukan lama. Sekejap sahaja. Kita ini hanyalah menumpang sahaja di bumi fana ini. Sampai masa dipanggil pulang.

Tapi kalau …