Langkau ke kandungan utama

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak


Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


1. Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

2. Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

3. Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.

Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, basuh seperti biasa dan masukkan dalam sup. Rasanya sedap setelah empuk.

Air buah kelapa memang tidak dapat disangkal lagi untuk menyembuhkan penyakit.

4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam

Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan salahkan aku. Wakaka~ Aku sekadar mengadaptasi dari petua orang kalau nak anak putih gebu, minum soya banyak-banyak masa mengandung.

Tapi aku dengar juga yang air soya ni tak berapa bagus juga terutamanya kepada ibu yang mengandung. Ia boleh membentuk kanser. Itu apa yang aku dengar la.

5. Makanan untuk orang demam campak adalah sup ayam yang direneh sendiri dan air kepala eh kelapa.

Elakkan dari terkena hujan dan shower yang berlubang-lubang
Hujan emas di negeri orang, orang batu di negeri sendiri.. Eh, ada eloklah dan mujarabnya korang hindari daripada terkena hujan. Kalau tak kulit korang akan berlubang-lubang. Kalau shower pipe? Eloklah hindarkan jugak la.. Mana tau tetiba berlubang-lubang pula wajah korang yang ayu dan kacak tu. Kurang la wang hantaran RM 10,000. Haha~

Bedak beras buat sendiri
Korang boleh bedakkan dengan guna campuran beras yang direndam dengan air, kasi lembut sikit.

Selepas korang rendam beras tu dalam masa sejam dua, korang masukkan dalam mesin pengisar bersama dengan daun cermai. Kisar halus. Campuran ini akan berwarna hijau.

Ramuan ini adalah untuk menghaluskan dan mencerahkan kulit. Dipakai setelah campak keluar habis. Lumurkan seluruh badan. Seluruh badan ye. Korang harus sabar bila diejek menjadi adiwira. Ini kerana korang akan berubah menjadi Hulk Hogan seketika k. Wakaka~

Bila dah kering ia akan berwarna kuning. Eh, silap mata (magic) la.. Cair hijau, kering kuning.

Aku teringin nak pakai jugak. Tapi since orang yang kena campak tu dah pakai, aku tak berani plak nak pakai. Kang tak pasal-pasal tetiba rasa gatal dan wow! Campak. oh, tidak!!!

Elakkan bercampur baju dan bekas minuman air masak
Baju-bajan pun diasingkan dalam bekas yang berasingan dan dibasuh juga secara berasingan. Adalah lebih molek jika basuh guna air panas berserta sabun pembasmi kuman seperti Dettol dan Klorox. Supaya kuman mati dan tidak berjangkit orang lain pula.

Gelas dan cawan bekas diorang guna,  aku tak kan sesekali biarkan diorang guna balik. Maka banyak kali jugak la kena basuh. Agak meletihkan sampai kecut jemariku kena air. Tapi tak pe, janji tak ada jangkitan virus.

Banyakkan minum air masak
Aku pulak, sentiasa minum air masak. Risau la berjangkit penyakit yang senang berjangkit seperti selesema, demam dan campak. Oh, tidak!


Jagalah pemakanan anda dan semoga cepat sembuh.


Entri ini diubahsuai dari entri sebelum ini, boleh baca:
Menjaga makanan orang demam campak dalam rutin harianku

Entri lain yang mendapat tempat di hati orang demam campak:
Tips Ubati demam campak

Terima kasih. Semoga bermanfaat.

Ulasan

  1. yayyy.suka air kelapa..heheh

    byk pantang nya kann

    BalasPadam
  2. pernah kena masa sekolah rendah dahulu.. memang banyak pantang larangnya..

    BalasPadam
  3. MK: Sedap air kelapa. Slurp.
    a ah, banyak kena pantang.

    BalasPadam
  4. Mizz Aiza: oo, pernah kena ek? ok la dah baik, kan?

    BalasPadam
  5. Mizz Aiza: oo, pernah kena ek? ok la dah baik, kan?

    BalasPadam
  6. Mizz Aiza: oo, pernah kena ek? ok la dah baik, kan?

    BalasPadam
  7. Saya baru kena dua hari lepas.. Skang pun mmg duk pulun minum air kelapa. Dah ada campak keluar kat tapak kaki. So kira dah nak baik dah tu kan?

    BalasPadam
  8. Demam cmpak tu bleh sembuh dlm temph bape hari? Bintik hitam tu mesti ade ke?? bkn ape sbb lgi seminggu nak exam...

    BalasPadam
  9. Berapa lama kita kena pantang? Anak saya 2 tahun kena campak dah seminggu dia berpantang. Skrg dah kering. Ada apa lagi kena ikut

    BalasPadam
  10. Eh ? Sup ayam ?? Bley kea mkn yg berkaiyan ayam msa campak ny ? Bkan nnty gatal kea ??

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. Saya tengah kena nk umo dh 22 rasa lenguh satu badan pening

      Padam
    2. Sy baru kena 2 hari lepas..seksa nya rasa...umur 28tahun da

      Padam
  12. Umur 39thn baru dapat campak...sakitt mcm demam denggi...mkn mmg kena pantang...air kelapa muda tanpa gula tanpa ais perlu diambil untuk beberapa hari ini bagus untuk keluarkan virus campak dr dalam badan....kalo tak kuar blh mengancam nyawa

    BalasPadam
  13. skarang ni tgh demam cmpak...umo dah 32 thn bru kne...mmg mkn bubur nsik ksong je...kdang2 mkn aym stim...air kelapa sehri 2bjik mnum...pagi skali...mlm skali...bedak sejuk pun ltak 2x sehri...pagi n mlm..tpi sye cmpur gram ckit n cmpur daum semambu yg dah di blend ksar..4hri dah...n dah start kering..ade yg pcah sndri..

    BalasPadam
  14. Saya umur 16 tahun tapi campak saya seperti campak bayi

    BalasPadam
  15. Sedang kena ni...lusa nak periksa

    BalasPadam
  16. Tengah kena,hermm preggy 7bulan ..perut yg sakit berontak,mkn ape je yg boleh ni sup ayam bole ke ni..hb low lg..haiyo..sakitnya amat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis makan pantang x..sya pun hamil dah 8 bln,berapa lama kudis kering elok

      Padam
  17. Skng dah hari ke 6 kena chicken pox, umur 31 tahun bru nk kena, demm menggigil2 sakit seluruh badn, saya amal mandi i daun semambu, sabun himalaya semambu, phtu saya tumbuk daun semambu perah kn i n gaul dgn bedak sejuk, alhamdulillah cepat kecut. Disamping itu saya p klnk doktr bgi ubt demam,ubt tahn gatal n antibiotik sebb truk sangat, nak mkan pon xblh saya xkisah berpantng, mmg xblh nk mkn sbb dalm mlut,kerongkok pon kena jugak, dah 6 ari saya mnm i susu je, xlih nk mkn bnda kasar2, bubur nasi pon setakat 2-3sudu je.. Kenangan dipenghujung tahun 2019..

    BalasPadam
  18. sy skrg umur 27 ank dua skrg kena campak besar allah ja yg tahu risau tkt jangkit kat ank no 2 masih bf mcm mna ya

    BalasPadam
  19. Saya 36 thn da seminggu kena campak,gatal sangat2,kdg kecil² kluar,yg lain bengkak kemerahan.klu da brpeluh lagi adui pedis sgt²😩.1 badan kena.yg teruk kat muka ada.dah g klinik ubat sapu sampi hbis,tk sembuh juga🤦.berapa lama campak org dewasa sembuh ye

    BalasPadam
  20. Klu mkn ikn sardin blh x klu org kna demam campak

    BalasPadam
  21. Nasib sy faham...air kepala tu air kelapa😁

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker