Langkau ke kandungan utama

Jahatnya, Jual Tanah Orang Dengan Pindahmilik



Jangan kerana duit, kita kelabu mata

Aku nak cerita satu kisah benar. Pasal ‘kebodohan’ segelintir orang kampungku yang menanggap diri mereka pandai tetapi meletakkan diri sendiri ke jurang neraka.


Begini ceritanya..

Al kisah, Ali diberikan tanah untuk diusahakan (tanah bendang) oleh tuan tanah lantaran landlord (tuan tanah) berada di luar kawasan. Ali mengusahakan tanah tersebut bersungguh-sungguh. Hasilnya lumayan. Diberikan bayaran kepada tuan tanah mengikut kepada kadar yang dipersetujui.

Tiap tahun, Ali tidak pernah lupa untuk membayar ‘cukai’ kepada tuan tanah. Ali gembira kerana boleh mengusahakan tanah tersebut dan memberi kesenangan kepada hidupnya sekeluarga.

Selang beberapa tahun mengusahakan tanah tersebut, dia rasa kepenatan. Kalaulah tanah ini tanah aku, aku jualkan saja.. Kalaulah tanah ini, orang lain yang usahakan dan aku yang memperolehi hasilnya. Kalaulah, kalaulah..

Rancangan jahat

Niat Ali ini disampaikan kepada rakan baiknya, Rahman disambut hangat. Rahman juga mahu menjual tanah ladang getah yang diusahakannya tanpa pengetahuan tuan tanah. Rahman seorang yang hidup kerja tidak baik. Dia ada mengambil ladang getah orang untuk dinoreh. Tetapi bayaran yang sepatutnya diberikan kepada tuan tanah, dia tak pernah bayar. Apabila mengetahui tuan tanah mahu mengambil tanah tersebut, Rahman membuat ‘pagar’ dengan mengamalkan ilmu hitam.

Rahman ada mengenali seorang pekerja yang bekerja di Pejabat Tanah. Dengar cerita, tanah yang diberikan tuan tanah untuk usaha boleh dipindahmilik. Ini berita baik kepada Ali dan Rahman. Mereka bercadang untuk menuntut tanah tersebut sebagai hak mereka dan mahu mengaut untung dengan menjualnya kepada orang lain!

Gila, ini memang kerja gila! Tuan tanah hanya memberi mereka untuk mengusahakannya tetapi mereka mahu tukar hak milik dan mahu menjualnya.

Rahsia terbongkar apabila Ali mengajak Hafiz untuk sama-sama menyertai mereka menukar harta orang lain dan menjualnya. Hafiz enggan. Dia takut kalau-kalau terkena santau angin yang dihantar oleh tuan tanah.

Hafiz masih berfikir panjang. Dia tak mahu mati katak sebegitu. Lagipun, apabila dipindahmilik secara menipu begitu, apabila mati, anak cucu yang mengusahakan tanah itu, dia yang berada di dalam kubur masih mendapat dosanya! Siapa lagi yang dapat membantu kita kerana kita sudah berada di kubur. Tiada talian telefon, tiada facebook, twitter, weChat, Whatsapp, Viber, Line, dan lain-lain lagi. Seksaan dan api kuburlah jawabnya. Tidak, Hafiz tidak mahu nasib dirinya begitu.

Kesimpulan

Bersolatlah kita, semoga kita kembali kepada azali kita. Dunia dan perhiasannya bukanlah segala-galanya. Di akhirat bukan ditanya sebanyak mana harta kita tapi yang disoal tentang solat.  Bukan tentang harta kita. Harta kita akan ditanya tapi soalannya, dari mana kita dapat dan ke mana kita membelanjakannya. Kalau kita dapat hasil dari menipu dan mencuri? Bagaimana kita nak menjawabnya?

Berhati-hatilah dengan sumber pendapatan kita. Pastikan yang halal dan berkat. Kalau haram, ianya tak berkat. Makin kita ada, makin rasa tak cukup. Berhati-hati juga dengan harta kerana ia ibarat minum air laut, makin minum, makin dahaga.



Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker