Langkau ke kandungan utama

Anak Tudung Biasa Vs Anak Tudung Syria: Mana Satu Pilihan Terbaik


Anak tudung Syria
Anak tudung biasa



Aku rasa dah buat entri berkenaan cara pemakaian tudung yang selesa. Jap, nak selak-selak entri terdahulu.

Entri tersebut boleh diluncur di sini, Tips Hijab Selesa, Cantik Menawan.

Tadi, semasa aku ambil air sembahyang, Nurul, seorang rakan setempat kerja (syarikat lain-lain, tandas berkongsi), bertanya kepadaku, lebih kurang begini perbualan kami :

Nurul: Kak Sha selesa ke pakai anak tudung Syria?
Sha: Selesa.

Nurul: Oh..
Sha:  Dulu Kak Sha pakai anak tudung biasa jugak. Tapi, sejak Kak Sha bertukar kepada anak tudung syria ni, dah tak balik kepada anak tudung biasa. Selesa sangat-sangat.

Ya, sebab selesa aku masih menggunakan anak tudung syria sebagai alas kepada tudung yang aku sarung.

Kelebihan anak tudung Syria:

1. Tidak longgar
Anak tudung biasa, biasanya akan longgar atau ketat. Tapi anak tudung Syria ni pula, tidak longgar atau ketat. Sedang-sedang saja.

2. Terletak elok di kepala
Masalah biasa anak tudung biasa ialah 'lari'. Tetapi anak tudung syria tidak lari (kalau kita tak ubahnya). Cantik saja. Memandangkan anak tudung Syria merupakan orang Arab, maka beliau merupakan anak yang baik, patuh kepada ibu bapa dan mendengar kata. Hehe~ Gurau sikit.

3. Tahan lama
Bab tahan lama ini, kalau kita menggunakan anak tudung biasa, kalau rambut kita panjang, lama-lama ia akan longgar. Tetapi masalah ini tidak wujud apabila anda menggunakan anak tudung Syria. Aku dah guna anak tudung syria untuk setahun lebih, masih elok berfungsi walaupun rambut panjang. Tiada masalah langsung.
Biasanya akan kelihatan brooch and satefy pin (kerongsang atau pin keselamatan) dikenakan di belakang atau diikat menggunakan getah rokok atau getah rambut pada anak tudung biasa. Ini maknanya cepat longgar.

4. Senang membuat pilihan
Untuk maklumat anak tudung syria diperbuat daripada dua jenis kain iaitu kain jersi atau kain kapas campuran. Aku memilih kain kapas campuran. Lebih selesa. Kalau kain jersi nanti lari dan tidak serap peluh.
Manakala anak tudung biasa pula, terdapat yang nipis, sedang-sedang dan tebal. Kadang-kala tersilap beli yang nipis sangat yang tidak sedap pakai sebab terlalu ketat dan cepat longgar.


Ok, banyak lagi kelebihannya. Korang boleh rasai sendiri apabila menggunakan anak tudung Syria sebagai anak tudung utama anda selepas ini.

Selamat mencuba ye dan pasti berbaloi =)

Ulasan

  1. yana bedal je..yang biasa ke.anak tudung syria ke paskistan ke asalkan selesa.. tp wajib pakai laaa either one

    hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker