Langkau ke kandungan utama

Garangnya Akak Ni, Takut!!!





Kisah apa yang aku nak kongsikan di sini?
Bila tak depan gajet, ada saja nak update. tapi bila menghadap gajet ni dah tak tau plak nak kata apa. Idea terus hilang.

Layankan saja lah.
Erm, pasal takut. Sebenarnya aku ni garang juga sebenarnya. tapi semua itu tak nampak
di hadapan, kat dalam ada.

Al-kisahnya, adikku ada exam esoknya, tapi ada bebudak laki duk kacau dia nak jumpa la apa la.
Duk call la mesej la. Dia layan elok saja. Aku yang duk sebelah ni, bengang je. Rasa nak rampas saja hp dan cakap. Ha, baru puas hati. Hehe~

Tapi, keadaan masih terkawal. Tapi tak apa, dapat diselamatkan lagi. Tapi!!! jeng2.. (suspen sikit)
Tapi, keesokannya, diorang whatsapp aku. Ha, inilah masanya untuk aku lepaskan apa yang terbuku di atma.
Geram sangat. Budak yang kacau adik aku tu pun rasa kecut.

Lepas tu, kami jumpa jap. Aku memang marah kat budak tu. Aku tak boleh la kalau bab study ni ada orang duk kacau macam la dia tak ada masa lain untuk keluar. Tapi, jangan kacau masa dia nak study untuk exam for tomorrow. Rasa nak tampar je. Haish!

Nasib baiklah juga mereka mendengar kata.. Fuh2.

Yang aku tahu diorang takutkan aku ni sebab malam semalam diorang ada ajak adikku keluar, tapi dia jawab nak study. Terus budak-budak tu kata, tak apa lah, studi. Nanti ada yang marah pulak.


Adik-adik yang masih studi tu, utamakan yang utama ye. Studi untuk peperiksaan anda ye. Jangan main-main.

Ok, selamat studi dan semoga berjaya! =)


Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…