Cerita Pengalaman Pengasuh Taska Permata Harapan yang Kejam Pada Kanak-kanak | ! sha my heart

.

Sabtu, 11 Januari 2014

Cerita Pengalaman Pengasuh Taska Permata Harapan yang Kejam Pada Kanak-kanak

Ini adalah kisah benar seperti yang adik-adik aku ceritakan.

Adik-adik aku (dua orang kerja serentak) pernah kerja taska atau nurseri jugak.
Cerita pasal susu dan pampers tu sama.
Diorang kata, pekerja sana ambik makanan yang parents budak-budak tu bekalkan utk anak mereka. Pagi-pagi, meluru mereka periksa beg budak-budak tu sebab nak ambik makanan dan makan depan budak-budak tu. Korang bayangkanlah, pekerja makan buah epal dan mee goreng hak budak-budak tu tayang depan mata. Zalim!

Ya ALLAH,  mak bapak diorang bagi bekalan supaya anak-anaknya tak lapar tapi pekerja pulak yang ambil. Bila budak-budak tu lapar, nak makan apa? Kesian sangat tengok budak-budak lapar.
Adik-adik aku tak ambil. Tapi tolong blikan makanan kat luar utk budak-budak tu. Budak-budak suka dan sayang pada diorang.

Adik-adik aku pun kerja tak lama. Tak tahan tengok penderitaan yang kanak-kanak terpaksa tanggung. Kasihan. Tapi, adik-adik aku keluar, bagaimana pula nasib budak-budak tu? Pasti lagi teruk sebab tiada siapa yang mahu belikan makanan untuk mereka. Tapi, adik-adik aku tak mampu nak buat apa-apa untuk menolong kanak-kanak di sana (kecuali dengan berhenti). Mungkin boleh bagitahu kepada ibu bapa budak-budak tu. Tapi, macam timun dengan durian. Erm..

-Aku yang menaip ni pun rasa kesian pada budak-budak tu dan geram pada pekerja yang buat macam tu.

               ____________________________________________________________

CERITA BEKAS PENGASUH TASKA PERMATA HARAPAN DI RUANGAN KOMEN AMAZINGNARA MENGENAI PENGALAMAN BELIAU BEKERJA SELAMA SEBULAN DI SANA.

Bersama kita ambil iktibar :


Aku pernah bekerja di taska ni, aku kerja sebulan je. Sebab aku tak larat nak tengok budak berapa bulan kena campak atas tilam, (pengasuh) pukul budak yang tak tahu apa-apa. Hari-hari aku tersebak hati, kerana budak-budak kena dera dengan mereka.

Aku tak tahu apa nak buat, bila masa aku terdengar bayi menangis dekat atas, aku naik dan dukung budak yang menangis. Tapi tiga orang termasuk tuan punya Taska tu kata , "oi, kau buat apa tu? Semak la kau ni, jangan manjakan budak tu." Aku hanya mendiamkan diri.

Dan aku dipanggil turun untuk mengajar budak dekat bawah dan dua orang lagi naik ke bilik bayi. Lagi kuat (bayi) menangis, aku tak tahu apa yang dia orang (pengasuh) lakukan.

Yang aku tengok dengan mata aku sendiri, budak bertukar-tukar susu. Ibu-ibu bayi selalu letakkan susu badan dalam bekas tapi satu bekas, diberi semua budak minum. Yang lain bila masa balik, cikgu tu buang susu dalam bekas kata anak sudah minum, padahal tak minum.

Bagi lampin pulak, dia pakaikan pada budak masa balik, yang lain simpan buat anak tuan taska pakai semua, seperti susu tepung. Ada seorang kanak-kanak istimewa dekat situ, masa nak balik dia orang akan turunkan ke bawah, cara turun heret dari atas hingga bawah.

Kadang-kadang ibu bapa hantar, ada yang buang air besar, pengasuh tidak tukarkan (lampin), (sebaliknya) pengasuh letak dalam bilik mandi mana yang buang air sampai lenjun itu sampai masa mandi.

Ingat apa yang emak (pengkomen) katakan, jangan ikut apa yang mereka lakukan, kita jaga budak dengan elok. Itu amanah ibu bapa mereka hantar mereka (ke taska itu).

Akhirnya aku berhenti, setelah mendapat gaji. Mak marah, "kau kerja dah berhenti macam mana nak cari duit untuk majlis ni". Aku kata rezeki di mana-mana. Aku gembira mendengar berita yang taska ini dah pun terbongkar. Terima kasih kepada bapa PMSA.

(gambar suspek: ROZITA AWANG, pemilik Taska Permata Harapan. Komen dioleh semula supaya sesuai untuk bacaan umum)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...